Thursday 27 June 2013

111 Pengerusi-Pengerusi JKKK/JKDB Daerah Tenom Tamat Kursus Pengurusan Dan Pentadbiran

TENOM: Seramai 111 peserta terdiri daripada Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kesejahteraan Dalam Bandar (JKDB) Daerah Tenom telah tamat Kursus Pengurusan dan Pentadbiran JKKK/JKDB yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 Jun sehingga hari ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, YB Datuk Raden Malleh berkata kehadiran pengerusi-pengerusi JKKK/JKDB yang telah dilantik ini membuka peluang kepada mereka untuk saling mengenal antara satu sama lain disamping dapat berkongsi pengalaman khususnya kepada isu-isu yang berkaitan dengan tahap keberkesanan perkhidmatan JKKK/JKDB di daerah Tenom.

Selain itu kata Raden lagi, JKKK/JKDB berperanan sebagai pemudahcara kepada agenda pembangunan Kerajaan di peringkat kampung bagi merealisasikan agenda pembangunan masyarakat luar bandar.

"Ini amat penting dan ianya perlu dilaksanakan menerusi sistem penyampaian yang telus," kata beliau semasa ucapan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran JKKK/JKDB di sini, pagi tadi.

Tambah beliau lagi, sebagai pemimpin di peringkat yang paling hampir dengan rakyat akar umbi seharusnya menjadi teladan yang baik kepada masyarakat setempat yang diwakili.

"Kepimpinan berteladan yang mempunyai ciri-ciri positif seperti bersih, telus, cekap, amanah, berhemah serta mesra rakyat akan memberi inspirasi kepada rakyat setempat, sekali gus dapat menggembleng kekuatan untuk mencapai tujuan asal penubuhan JKKK/JKDB," kata beliau.

Raden berkata lazimnya masyarakat yang maju dan berdaya saing lahir daripada seorang pemimpin yang baik dan berkaliber serta kemampuan serta mampu memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan.

"Kepimpinan bukanlah pangkat, keistimewaan atau gelaran tetapi ia adalah satu amanah dan tanggungjawab," kata beliau.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ghulam Jelani Khanizam.

Turut hadir sama Pegawai Daerah Tenom, Siriman MF Basir dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong, Gan En Siong @ Fredian Gan.-/Penerangan

Ghulam menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus.

Ghulam menyampaikan ucapan perasmian
EK/JM

Friday 21 June 2013

Sabah Immigration To Continue Deportation Exercise - Director

KOTA KINABALU: The Sabah Immigration has deported 6178 detainees as of June 17 this year, according to the department’s newly appointed director Noor Alam Khan bin A. Wahid Khan.

The breakdown of country of origin and the number of the detainees deported were: Philippine 4475, Indonesia 1594,   Brunei 1, Indian 3, Pakistan 24, China 36, Ukraine 2, Germany 1, Vietnam 30 and Nepal 12.

Noor said the twice a week exercise to deport them will be carried out throughout the year.

He was speaking to the official media after paying a courtesy call to the Head of State, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin at the Istana Negeri this morning.

He said a total of 17,728 detainees were deported in 2011 and the figure went down to 12,551 in 2012.

He said these detainees from three detention camps at Papar, Sibuga and Tawau were sent back to their respective countries for various  offences under Immigration Act 1959/63  including entering and staying in Malaysia without valid Pass or permit and overstaying.-/PENERANGAN

Juhar  (in centre) presents a memento to Noor
RS/TH

Saturday 8 June 2013

Perasmian Pertandingan Futsal Kampung Unggun Jaya


Kelihatan… Setiausaha Jawatankuasa Penganjur, Norazley Ammat (empat dari kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Yakub (empat dari kanan), sambil diperhatikan oleh Razi (kanan sekali)

Tendang Bola…gimik perasmian pertandingan futsal yang dilakukan oleh Yakub
KOTA KINABALU: Gerakan Belia Kampung Unggun Jaya, Sepanggar telah menganjurkan Pertandingan Futsal Tertutup Kampung Unggun Jaya yang telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Yakub Khan bagi mewakili Ahli Parlimen P.171 Sepanggar, Datuk Jumat Haji Idris.

Pertandingan tersebut  yang diadakan di Gelanggang Futsal Kampung Unggun Jaya petang tadi, adalah bermatlamat bagi mengalakkan golongan belia di kampung tersebut untuk bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti belia yang dijalankan khususnya aktiviti-aktiviti kesukanan yang mampu mengeratkan tali silatulrahim dan seterusnya mengamalkan hidup sihat dikalangan masyarakat.

Turut hadir, Naib Pemuda UMNO Sepanggar, Razali Razi; Setiausaha Jawatankuasa Penganjur, Gerakan Belia Kampung Unggun Jaya, Norazley Ammat serta Ketua Kampung Unggun Jaya, Juma’a Dusi.-/PENERANGAN

MFM/SMR