Saturday 31 August 2013

Sabah celebrated the 56th anniversary of Malaysia's Independence Day


KOTA KINABALU: Sabah celebrated the 56th anniversary of Malaysia's Independence Day and the Golden Jubilee Malaysia Day at Likas Stadium this morning.

Head of State Tun Juhar Mahiruddin and his consort Toh Puan Hajah Norlidah Datuk Jasni and Chief Minister Datuk Seri Musa Aman and his wife attended the function along with other state cabinet ministers and invited dignitaries.-/PENERANGAN

Syukuri Dan Kenang Jasa Pejuang Merdeka - Musa


KOTA KINABALU:  Perayaan Hari Merdeka tidak sempurna tanpa rasa syukur dan mengenang serta menghargai jasa pengorbanan para pejuang kemerdekaan negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata,mereka telah mencetus dan merintis kemerdekaan
seharusnya
 
generasi pasca merdeka perlu bertanggungjawab mengisi, memanfaatkan dan mempertahankan kemerdekaan 
tersebut
.

“Marilah kita merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada anggota pasukan keselamatan di seluruh negeri ini khususnya yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan negara dalam insiden berdarah di K
ampun
g Tanduo, Lahad Datu dan K
ampung
 Simunul, Semporna 
dalam 
Op Daulat
 yang lalu
.

“Kepada perwira negara yang telah gugur, kita doakan semoga roh mereka dicucuri rahmat.

“Kepada mereka yang meneruskan perjuangan dalam Op Sanggah di bawah ESSCOM, kita doakan selamat berjuang demi maruah dan kedaulatan negara,” katanya dalam perutusan khas sempena Hari Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Merdeka, malam tadi.

Musa juga turut meny
e
ru rakyat
 di negeri ini agar
 terus berganding bahu dan mengukuhkan perpaduan
 yang sedia ada t
anpa mengira latar belakang
.
 
Katanya lagi, 
rakyat perlu terus memelihara hubungan baik dan me
n
gelakkan diri daripada membangkitkan isu-isu yang boleh menjejaskan keharmonian sesama kita.


 “Apa jua isu yang menyentuh sensitivit
 i
 mana-mana pihak perlu diselesaikan dengan sebaik-baiknya sebagai sebuah keluarga Malaysia yang harmoni dan bersatu padu,” jelas beliau./PENERANGAN-

Thursday 29 August 2013

Konvoi KMJG Zon Pedalaman Atas Tamat Jelajah Kelmarin


KENINGAU: Peserta Konvoi Kembara Merdeka dan Kempen Jalur Gemilang Zon Pedalaman Atas telah menamatkan jelajahnya di destinasi terakhir iaitu Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Sinulihan, Sook, petang kelmarin.

Ketua Konvoi, Hendry Nurdin berkata kerjasama dan penglibatan yang aktif antara agensi dan pelbagai jabatan kerajaan telah menjayakan matlamat konvoi ini iaitu menyemarakkan semangat kibar jalur gemilang masyarakat di sini sempena bulan kemerdekaan.

Antara agensi dan jabatan kerajaan yang menyertai konvoi ini seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Antidadah Kebangsaan, Hospital Keningau dan Jabatan Kebajikan Keningau.

Majlis Penutupan Kembara Merdeka dan Kempen Jalur Gemilang ini telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Daerah Sook, Primus Takom.

"Usaha murni semua peserta konvoi yang terlibat patut dipuji dan dicontohi oleh semua pihak," kata Primus.-/PENERANGAN

Wednesday 28 August 2013

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMS

Gerai Terbaik…Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial
KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Majlis Rumah Terbukanya sempena Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, pagi tadi.

Pendaftar UMS, Lt. Kol (K) Datuk Abdullah Hj. Mohd Said berkata majlis tahunan itu diadakan untuk memberi peluang kepada semua warga UMS untuk merapatkan hubungan silaturahim dan mewujudkan semangat kekeluargaan bagi mengukuhkan perpaduan sesama mereka.

Majlis Rumah Terbuka yang bermula pada jam 10 pagi itu diserikan dengan pertandingan gerai aneka juadah terbaik yang bertujuan untuk menggalakkan penyertaan warga UMS sambil menghayati hubungan persaudaraan di antara mereka yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Johan bagi pertandingan itu dimenangi oleh Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan menerima wang tunai RM1,500 berserta sijil, tempat kedua dimenangi oleh Sekolah Pengajian Seni dan menerima wang tunai RM1,000 berserta sijil manakala tempat ketiga dimenangi oleh Institut Biologi Tropika Pemuliharaan dan menerima wang tunai RM500 berserta sijil.

Pertandingan itu disertai oleh 31 Jabatan/Sekolah/Pusat/Institut termasuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita UMS.

Turut hadir, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah merangkap Canselor UMS, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin merangkap Canselor UMS bersama Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti Datuk R.M Jasni.-/PENERANGAN

Kibar Jalur Gemilang Dengan Ikhlas

Manja (Tengah ) menyaksikan penyerahan Jalur Gemilang yang disampaikan oleh Peter (Kanan) kepada Pengerusi Kominiti Kampung Unggun Jaya,  Haji Samsuddin ( kiri)
Kota Kinabalu:  ‘Kibarlah Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan dengan hati yang ikhlas kerana ia adalah sebahagian kepada asas  kesetiaan kita terhadap  negara yang tercinta’.

Pemimpin Kemajuan Rakyat Karambunai,  Encik Manja Ag. Bahar berkata demikian semasa merasmikan majlis pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu mewakili  Yang Berhormat  Datuk Hajjah Jainab DSP Hj Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna yang berlangsung di Dewan Komuniti Kampung Unggun Jaya Menggatal, pagi tadi.

‘Dengan hati yang penuh ikhlas dan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia, sudah pasti budaya mengibarkan Jalur Gemilang bukan setakat menjadi amalan pada bulan kemedekaan  tetapi akan menjadi budaya harian masyarakat di negara ini’, katanya.

Tambah Beliau, perbuatan mengibarkan jalur gemilang dengan penuh rasa ikhlas sudah pasti mendapat hikmah tersendiri bukan sahaja menjadi amalan dan ikutan masyarakat pelbagai kaum yang lain,   malah ia akan mempengaruhi jiwa kita untuk terus memelihara kemerdekaan sepanjang 56 tahun kita mengecapi kemerdekaan.

Majlis pelancaran Konvoi Kembara Merdeka dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu anjuran Jabatan Penerangan turut diisi dengan program penyampaian bantuan  kepada golongan yang memerlukan  merangkumi individu di kawasan-kawasan  perhentian konvoi selain upacara pengagihan Jalur Gemilang kepada masyarakat setempat termasuklah sekolah-sekolah serta  permis perniagaan.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kota Kinabalu  yang juga Ketua Konvoi Program Kembara Encik Peter Tong Ah Pin serta Pengerusi Komuniti Kampung Unggun Jaya Tuan Haji Samsuddin Ag. Aman.-/PENERANGAN

Tuesday 27 August 2013

Konvoi Kembara Merdeka Medium Terbaik Menyampaikan Mesej Kemerdekaan : Pairin


TAMBUNAN : Usaha Jabatan Penerangan Sabah menerusi Konvoi Kembara Merdeka dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 
adalah sebuah
 medium yang terbaik untuk menyampaikan mesej kemerdekaan kepada masyarakat di seluruh Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.

"K
embara
 ini telah memberi ruang kepada agensi dan jabatan kerajaan untuk mendekati rakyat di merata tempat," kata beliau semasa menyampaikan ucapan perasmian Sambutan Konvoi Kembara Merdeka dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Daerah Tambunan di Rumah Anak Yatim Tambunan, sini, petang tadi.

Konvoi ini
 turut
 disertai 23 buah dari pelbagai Agensi dan Jabatan Kerajaan
 di
 Keningau untuk sama-sama berkempen mengibarkan jalur gemilang bagi menyemarakkan semangat 
patriotisme sempena bulan kemerdekaan
 .

Teks ucapan beliau diibacakan oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Wilfreddoline Jakil.

Dalam pada itu
,
 beliau menyeru agar masyarakat di negeri ini berusaha sendiri untuk mendapatkan jalur gemilang tanpa mengharapkan pemberian kerajaan atau pihak lain secara percuma.

Pada majlis tersebut turut diadakan penyerahan titik sentuhan berupa sumbangan ikhlas kepada Timbalan Pengetua Rumah Anak Yatim Tambunan, Abu Bakar Panglima Libadah.
/PENERANGAN

Hargai Nikmat Kemerdekaan Dan Pupuk Cinta Pada Tanah Air - Joniston

Joniston semasa mengagihkan Jalur Gemilang di permis peniagaan sekitar Pekan Kiulu.
Kota Kinabalu: “Hargai nikmat kemerdekaan kerana ianya tidak akan kekal sekiranya masyarakat di negara ini berpecah belah, bersengketa dan tidak menghormati antara satu dengan lain”.

Ahli Dewan Undangan Kiulu,  Yang Berhormat Datuk Joniston Bangkuai berkata,  anasir luar dan dalam sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengugat serta cuba memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat negara ini.

“Pergolakan dan perbalahan yang berlaku di negara Mesir umpamanya sudah cukup dijadikan contoh sekiranya perpaduan dan  kecintaan kita terhadap negara tidak dihargai dan dipelihara sebaik mungkin”.

‘Justeru kita  harus sentiasa meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cintakan tanah air dengan menterjemahkannya melalui pengibaran Jalur Gemilang di rumah kediaman, pejabat mahupun dipermis-permis perniagaan, katanya.  

Dengan berbuat demikian sudah pasti ianya akan membentuk jiwa kita agar terus membara dalam mempertahankan kedaulatan Negara,  tambahnya. 

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Daerah Tuaran bertempat di Kampung Rumindako, Kiulu petang tadi.

Program Konvoi Kembara Merdeka dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Tuaran telah dilancarkan di Pekan Tuaran yang melibatkan lebih kurang 25 kenderaan pacuan empat roda daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta dengan mengelilingi Pekan Tuaran sebelum  menuju ke Pekan Tamparuli dan berakhir di Pekan Kiulu.

Antara pengisian sepanjang konvoi kembara merdeka termasuklah penyampaian titik sentuhan serta bantuan  kepada golongan yang memerlukan serta pengagihan Jalur Gemilang kepada masyarakat setempat termasuklah sekolah-sekolah,  pengerusi dan ketua-ketua kampung serta  permis-permis perniagaan  sekitar Daerah Tuaran, Tamparuli dan Kiulu.-/PENERANGAN

Kembara Merdeka Jalur Gamilang Peringkat Daerah Kinabatangan Penutupan Di Daerah Beluran

PEGAWAI DAERAH KINABATANGAN EN.ARISIN BIN ARIPIN (KANAN), YANG MEWAKILI PEMBANTU MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH MERANGKAP ADUN N.47 KUAMUT, YB MASIUNG BANAH, MENYAMPAIKAN TITIK SENTUHAN  HAMPER KEPADA SALAH SEORANG OKU PADA MAJLIS ITU YANG ADAKAN DI PERKARANGAN BALAIRAYA PEKAN BUKIT GARAM

PEGAWAI DAERAH BELURAN TUAN YUSOP HJ OSMAN MEMASANG JALUR GAMILANG PADA SALAH SEBUAH KENDERAAN DI PERKARANGAN DEWAN MAJLIS DAERAH BELURAN

Konvoi Kembara Merdeka Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Bahagian Pedalaman Atas


KENINGAU: Konvoi Kembara Merdeka dan Kempen Kibar Jalur Gemilang (KMJG) anjuran Jabatan Penerangan Sabah meneruskan lagi jelajahnya di Zon Pedalaman Atas (Keningau-Tambunan-Tenom-Nabawan) bermula hari ini.

Jelajah dimulakan dengan pelancaran dan pelepasan konvoi KMJG yang disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, YB Datuk Haji Sairin Karno, di sini, pagi tadi.

Sairin berkata KMJG ini mampu menyemarakkan semangat penduduk di kawasan sekitar untuk sama-sama mengibarkan jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan titik sentuhan berupa hamper dan beras kepada yang memerlukan dan mengagihkan jalur gemilang di Pekan Keningau.

Selepas itu konvoi singgah di Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Banjar, Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau 2, K1M Tudan Baru, Kem Latihan Khidmat Negara Tanaki Tambunan dan berakhir di Rumah Anak Yatim Tambunan hari ini.

Konvoi disertai 22 buah kenderaan dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan membabitkan 70 peserta dan 40 anak-anak muda berbasikal.

Esok konvoi akan bertolak ke Dataran Kemabong, Tenom, Pekan Tamu Nabawan, dan mengadakan majlis penutupan KMJG Zon Pedalaman Atas di Kampung Sinulihan./-PENERANGAN

TYT Terima Kunjungan Hormat Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Tun Haji Juhar (Tengah) Bersama Dr. Mohd Harun (Dua Dari Kiri) Dan Ahli Rombongan Yang Lain
KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin menerima kunjungan hormat Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS),Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah bersama ahli-ahli rombongannya di Istana Negeri dekat sini, pagi tadi.

Kunjungan tersebut bertujuan menjemput Tun Haji Juhar ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMS yang akan diadakan esok di kampus tersebut di samping memaklumkan kepada Tun Haji Juhar yang juga merupakan Canselor UMS mengenai penyambungan lantikan Pengerusi Eksekutif YTL Power International, Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Yeoh Tiong Lay sebagai Pro- Canselor bagi universiti tersebut.

Beliau turut memaklumkan bahawa UMS telah bersiap sedia menerima seramai lebih kurang 4 ribu pelajar-pelajar baru daripada pelbagai jurusan yang akan mendaftar pada 1 September ini.


Beliau juga berharap agar pengambilan para pelajar baru kali ini dapat sekurang-kurangnya menghampiri sasaran universiti tersebut iaitu nisbah 60 peratus para pelajar menceburi dalam bidang sains.-/PENERANGAN

Monday 26 August 2013

DI SINI... BERMULA KONVOI KMJG 2013


Di sini....Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-56, Jabatan Penerangan Malaysia terus menggalas peranan menyemarakkan rasa cinta negara di kalangan rakyat menerusi program tradisinya, Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) dan Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Berbeza dengan penganjuran sebelumnya, kali ini program konvoi diadakan mengikut bahagian secara berjadual ke destinasi serta aktiviti dengan para pemimpin masyarakat masing-masing.

Bermula pada 21 Ogos lalu, majlis pelancaran kempen dan konvoi KMJG 2013 itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Haji Ahmad di Esplaned Sipitang.

Di sini..terdapat 70 buah kenderaan yang mengambil bahagian dalam konvoi berkenaan dengan jumlah penyertaan tidak kurang daripada 2,000 orang yang terlibat secara langsung dalam program tersebut.

Sebelas lokasi menjadi destinasi konvoi iaitu SK Matintaman, Masjid Kg Pantai, Gereja Kg Ranau-ranau, SK Sindumin, Balairaya Kg Siputol, SK Banting, Balairaya Kg Batu 7, Kg Guruh-guruh, Pekan Mespol, Sekolah Ugama Islam Kg Naluyan dan SK Kg Melalia.

Berucap merasmikan majlis tersebut Sapawi menyeru selain peranan ibu bapa, generasi muda juga mesti menyemai semangat patriotik dalam diri sebagai benteng kepada cabaran globalisasi.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Sabah, Haji Almain Ajirul berkata program tersebut bukan hanya memfokus kepada kempen mengibar jalur gemilang semata-mata sebaliknya menyemai rasa cinta dan semangat bersatu-padu dalam mempertahankan negara sesuai dengan tema Hari Kemerdekaan ”Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku”.

Pada 22 Ogos, konvoi KMJG 2013 berada di Daerah Beaufort dan majlis pelepasan dibuat di Pekan Weston oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Kamarlin Ombi.

Di sini...sambutan sangat meriah dengan lebih 10 buah motosikal ahli Kelab Motor Weston menyertai konvoi yang bergerak mengelilingi Pekan Beaufort. Turut diadakan, sambutan konvoi di Sekolah Ugama Islam Rancangan Klias yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah, Haji Abdul Manap Lakariba.

Keesokkan harinya, konvoi berada di Padang Pekan Kuala Penyu dan majlis pelepasan dilakukan oleh ADUN Kuala Penyu, Limus Jury. Konvoi menjelajah ke pekan berkenaan sehingga ke Pekan Menumbok.

Di sini...paling membanggakan, golongan muda turut hadir memberikan sokongan terhadap kempen ini. Terdapat 10 buah kenderaan dari pelbagai jabatan turut serta dalam konvoi itu.

Konvoi terus bergerak ke Daearah Papar melengkapi empat buah daerah di Bahagian Pedalaman Bawah negeri ini.

Majlis pelepasan dilaksanakan oleh ADUN Pantai Manis, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail di Taman OKK Mahali. Disertai 10 buah kenderaan daripada pelbagai jabatan, konvoi mengunjungi Komuniti 1 Malaysia (K1M) Mukim Benoni, Kem PLKN Ovai dan K1M Mukim Pengalat.

Di sini...sambutan hangat masyarakat setempat mengalu-alukan kehadiran konvoi di tempat mereka. Kediaman, premis perniagaan dan pejabat-pejabat rata-rata telah mengibarkan jalur gemilang.

Sebagai destinasi penutup program konvoi di daerah itu, Pegawai Daerah, Iman Ali ketika berucap merasmikan majlis berkenaan turut menyeru masyarakat menjadi warga negara yang bertanggungjawab dan memberi sokongan padu terhadap semua cita-cita negara.

Program konvoi diteruskan di Bahagian Sandakan, Pedalaman Atas, Pantai Barat Selatan, Tawau dan Pantai Barat Utara.

Oleh itu, masyarakat setempat disaran terus mengibarkan jalur gemilang sehingga 16 Ogos dan nantikan kedatangan konvoi KMJG di daerah anda./PENERANGAN-

Kembara Merdeka Dan Kempen Galur Gemilang Ranau Meriah

Haji Faimin ketika melakukan perlepasan " Flag off" bagi pengembaraan konvoi meneruskan menuju ke daerah Tuaran
RANAU : Lebih Dua Puluh Kenderaan pacuan empat roda terdiri daripada  agensi kerajaan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) serta  ahli-ahli  Komuniti 1Malaysia   sekitar Ranau  telah menyemarakkan lagi  Program Konvoi Kembara Merdeka dan Kempan Jalur Gemilang anjuran Jabatan Penerangan Peringkat Bahagian Pantai Barat Selatan yang diadakan di Daerah Ranau petang tadi.

Konvoi Kembara Merdeka dimulakan dengan mengunjungi Komuniti 1Malaysia Kampung Luanti, Kampung Lohan, Kampung Libang dan Kampung Paka Jaya dan berakhir pengembaraanya di Komuniti 1 Malaysia kawasan Kundasang.

Pelbagai acara telah diadakan sempena pengembaraan konvoi antaranya penyampaian titik sentuhan  kepada golongan memerlukan termasuklah anak-anak yatim, ibu tunggal serta warga emas yang memerlukan.

Selain daripada mendekati masyarat dengan program penyerahan bantuan, program turut diimarahkan lagi dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua-ketua masyarakat dan masyarakat setempat di semua laluan  konvoi berlangsung.

Majlis perlepasan Konvoi telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Ranau,  Tuan Haji Faimin Kamin  sebelum konvoi meneruskan perjalanan ke Daerah Tuaran

Dalam ucapan ringkasnya  beliau  menyeru kepada masyarakat berbilang kaum di Ranau agar sama-sama menghayati erti kemerdekaan yang sebenar disamping menolak sebarang tohmahan yang mengugat perpaduan dan kehormonian  sedia ada termasuklah anasir songsang yang ingin menukar Jalur Gemilang.

Tambahnya, dengan kesepaduan untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang samada di rumah kediaman mahupun gerai-gerai peniagaan sudah pasti semangat patriotism dan rasa cinta pada negera akan terus berkekalan malah akan menular kepada    genarasi akan datang.

Pada majlis berkenaan Haji Faimin turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada semua pengerusi-pengerusi komuniti mukim kawasan Ranau seterusnya mengagih-agihkan Jalur Gemilang kepada peniaga-peniaga gerai sekitar Kundasang.

Turut hadir, Encik Peter Tong Ah Pin selaku Ketua Konvoi Kembara Merdeka  serta Pengerusi Komuniti Mukin Kundasang, Encik Suatin Mayor.-/PENERANGAN

Sunday 25 August 2013

TYT and Wife Attended Dinner on Independent Day Celebration of the Republic of Indonesia

Juhar and the Consul General tossing the ceremonial tea
Kota Kinabalu:  Head of State Tun Juhar Mahiruddin and his  wife and Chief Minister Datuk Seri Musa Aman and his wife attended a dinner in conjunction with the  Independent day Celebration of the Republic of Indonesia on Saturday night.-/PENERANGAN

Saturday 24 August 2013

Patriotisme Pertahan Daulat Negara - Rahim

KONVOI...Rahim membuat 'flag off' konvoi KMJG 2013 Peringkat Daerah Papar
PAPAR : Semangat patriotisme yang ditanam dalam sanubari rakyat mampu melahirkan semangat untuk mempertahankan kedaulatan negara .
 
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) merangkap Ahli Dewan Undangan Pantai Manis, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail berkata sempena dengan sambutan 56 tahun kemerdekaan masyarakat di negara ini diseru menzahirkan semangat patriotisme dengan mengibarkan jalur gemilang.
 
"Masyarakat seharusnya menyambut bulan kemerdekaan ini dengan lebih bersemangat kerana tema pada tahun ini berkait dengan kedaulatanb negara.
 
"Oleh itu semangat yang ditunjukkan untuk mempertahankan kedaulatan negara itu adalah lebih daripada sekadar mengibarkan jalur gemilang," katanya selepas membuat pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2013 Peringkat Daerah Papar di Taman OKK Mahali, pagi tadi.
 
Konvoi yang disertai 10 buah kenderaan daripada pelbagai jabatan menjelajah ke Komuniti 1 Malaysia (K1M) Kg Benoni, Kem PLKN Ovai dan K1M Pengalat sebagai destinasi penutupan konvoi berkenaan.
 
Rahim turut menyeru kepada para pemilik premis perniagaan, pejabat serta masyarakat agar terus mengibarkan jalur gemilang sehingga 16 Ogos ini.
 
Turut hadir Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Pegawai Daerah, Iman Ali./PENERANGAN-

TYT dan Toh Puan Hadiri Majlis Makan Malam Persatuan Bekas Pelajar Maktab Sabah ( OSCA)

ALBUM...... Tun Haji Juhar ( Tengah ) bergambar bersama Bekas Pelajar Maktab Sabah
Kota Kinabalu: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin yang juga bekas penuntut  Maktab Sabah  dan isteri  Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni berkenan menghadiri majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Maktab Sabah ( OSCA) di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negeri malam tadi ( 23 Ogos ).

Hadir sama pada majlis adalah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa  Haji Aman dan isteri Datin Seri Faridah Haji Tusin.

Ketua Menteri yang juga salah seorang  bekas pelajar Maktab Sabah, dalam ucapannya berharap agar semua bekas pelajar Maktab Sabah yang pernah menuntut di sekolah berkenan agar terus memberi sokongan dan mendekati para pelajar kerana mereka mampu mempengaruhi pelajar menjadi insan yang cemerlang.

Katanya, dengan sokongan bekas pelajar ditambah dengan  suasana persekitaran yang kondusif serta didikan guru yang berwibawa sudah pasti Maktab Sabah mampu melahirkan lebih ramai pelajar yang berjaya seterusnya melahirkan lebih banyak golongan professional di pelbagai bidang termasuklah pemimpin dan tokoh-tokoh pemimpin yang disegani.

Turut hadir pada majlis Menteri Pelancongan Sabah Datuk Masidi Manjun, Presiden Persatuan Bekas Pelajar Maktab Sabah, Datuk A. Asrie Haji Abdul Kadir serta  Bekas Pengetua Pertama Maktab Sabah, J Clark.-/ PENERANGAN

National Campaign Against Rat Disease

The Minister is taking a look at some of the rats trapped in a cage
KOTA KINABALU : A national campaign on rat control was launched  by Minister of Urban Wellbeing, Housing and Local Government, Dato’ Abdul Rahman Dahlan this morning.
He said the campaign is carried out throughout the nation following  several Leptospirosis cases, a disease carried by rats,  highlighted  in the media  in June 2013.
“ The number of cases  is on the rise  but  the awareness on Leptospirosis  is very low among the people,” he said.
Abdul Rahman said  according to the the statistics released by the Ministry of Health, in 2011 there were 2268 reported cases with 55 deaths, and the number increased to 3665 cases with 48 deaths in 2012. Up to June 1st this year the figure stood at 1768 reported cases with 18 deaths.
" This shows the infestation problem by rats is on the rise and had raised concern and had to be given due consideration,” he said while delivering his speech before launching the National Campaign on Rat Control at the Community Hall, Menggatal here.
Abdul Rahman said we need to remind ourselves of the death cases that took place due to this disease at Lata Bayu, Baling in Kedah, Lubuk Yu, Maran in Pahang, in Malacca and several cases in Sarawak and other places throughout the country.
“On this awareness basis, the Ministry of Urban Wellbeing, Housing and Local Government has taken initiative to combat the repeat of this  Leptospirosis. The Ministry has launched nationwide community programmes simultaneously to clean-up the public places, including the markets, retail shops and other common areas,” he added.
The event was attended by the  Member of  Parliament  for Sepanggar, Datuk Jumat Haji Idris, Mayor of the Kota Kinabalu City Datuk Abidin Madingkir, heads of government agencies and invited guests.-/PENERANGAN

Friday 23 August 2013

Generasi Baru Diseru Hayati Sejarah Kemeredekaan

Limus melepaskan konvoi KMJG 2013 yang disertai 10 buah kenderaan bermula di Pekan Kuala Penyu sehingga ke Pekan Menumbok

KUALA PENYU : Masyarakat di negeri ini diseru menghayati sejarah kemerdekaan bagi mewujudkan semangat patriotisme khususnya generasi baharu.
 
Ahli Dewan Undangan Kuala Penyu, Limus Jury berkata kebanyakan golongan itu hanya mewarisi nikmat kemerdekaan daripada para pejuang kemerdekaan daripada pejuang yang terdahulu. 
 
"Sebahagian besar generasi hari ini adalah generasi pasca merdeka yang tidak melihat dan merasai kepahitan serta kepayahan dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
 
"Oleh itu, mereka dilihat sebagai golongan yang kurang dan sukar menghayati erti kemerdekaan yang kita capai sejak 56 tahun yang lalu," katanya.
 
Mengenai Program Konvoi dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2013, beliau sangat menyokong program berkenaan dan sesuai dengan sambutan bulan kemerdekaan yang disambut setiap bulan Ogos sehingga 16 September ini.
 
Menurutnya, program sedemikian dapat memupuk semangat perpaduan yang tinggi di kalangan masyarakat selain semangat cinta kepada negara.
 
Semangat perpaduan yang jitu di kalangan rakyat dapat menjana rasa tanggungjawab untuk mempertahankan negara dan bersedia menghadapi apa jua cabaran.
 
Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2013 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Dearah Kuala Penyu di sini, pagi tadi.
 
Pada majlis itu, Limus membuat pelepasan konvoi yang disertai 10 buah kenderaan daripada pelbagai jabatan yang menjelajah bermula di daerah berkenaan sehingga ke Pekan Menumbok.
 
Antara yang hadir Pegawai Daerah, Edmund Teo dan Pegawai Penerangan Bahagian Pedalaman Bawah, Zulhanin Hasni./PENERANGAN-

80 Peserta Hadir Bengkel Draf Pelan Tempatan Kota Kinabalu 2020

Mayor Bandaraya, Datuk Abidin ketika menyampaikan ucapan pada majlis penutupan bengkel Draf Pelan Tempatan Kota Kinabalu 2020

Kota Kinabalu: Seramai 80 peserta ahli professional pelbagai bidang di kalangan penjawat awam dan swasta telah menghadiri Bengkel Draf Pelan Tempatan Kota Kinabalu 2020 yang diadakan bertempat di  salah sebuah hotel terkemuka di sini petang kelmarin.  

Antara kertas kerja yang dibentangkan pada bengkel merangkumi Pelan Tempatan Kota kinabalu menjelang tahun 2020 disampaikan oleh Encik Stanley Chong Hon Chung daripada Jabatan Perancangan Bandaraya manakala  kertas kerja bertajuk  “ The Importance Of Geologigal Input For Landuse Planning- Case Study Of Draf Kota Kinabalu Local Plan 2020”  disampaikan oleh Encik Zamri bin Ramli  daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah.

Bengkel sehari anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu tersebut telah disempurnakan majlis penutupannya oleh Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu,  Datuk Abidin Madingkir.

Hadir sama pada majlis penutupan bengkel Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya, Encik Alijus Haji Sipil serta Encik Micheal Samuil Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia , Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.-/PENERANGAN

Thursday 22 August 2013

Kibar Jalur Gemilang Lambang Patriotisme

MERDEKA...laungan merdeka oleh Kamarlin (tengah) bersama Penolong Pegawai Penerangan Bahagian Pedalaman Bawah, Zulhanin Hasni (dua dari kiri), Pegawai Penerangan Daerah Beaufort, Haji Sarah Bulindan (paling kiri) serta penduduk kampung yang menerima jalur gemilang

BEAUFORT : Premis kerajaan disaran mengibarkan jalur gemilang sebagai lambang semanagat patriotisme rakyat kepada negara ini tanpa mengharapkan bendera yang dibekalkan.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan, Datuk Kamarlin Ombi berkata semua seharusnya mengambil inisiatif masing-masing untuk mengibarkan bendera tersebut sebagai tanda sokongan serta semangat patriotik rakyat terhadap negara ini.
 
"Mereka tidak perlu menunggu bendera yang biasa dibekalkan, sekiranya ingin menunjukkan semangat patriotik mereka boleh membelinya dan kibarkan sempena bulan kemerdekaan ini.
 
"Lambang kebesaran sesebuah negara ialah pada benderanya, jadi peranan mengibarkan bendera itu terletak pada semua lapisan masyarakat sebagai tanda sokongan yang padu kepada kepimpinan negara dan keamanan yang kita nikmati," katanya pada Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang 2013 di Pekan Weston, pagi tadi.
 
Menurutnya, semangat patriotisme pula bukan hanya pada bulan kemerdekaan tetapi perlu berterusan dan masyarakat juga perlu bersyukur atas nikmat kemerdekaan sejak 56 tahun lalu.
 
Katanya, kunci kemerdekaan ialah bersatu padu antara semua kaum di negara ini, oleh itu masyarakat diseru mengekalkan keharmonian perpaduan itu.
 
Pada majlis itu, Kamarlin turut menyerahkan jalur gemilang kepada wakil sekolah-sekolah, kelab motor Weston, wakil masjid, kampung dan premis perniagaan di sekitar pekan berkenaan sebelum melepaskan konvoi Kembara Jalur Gemilang (KMJG) yang bergerak mengelilingi Dearah Beaufort.
 
Turut berlangsung, acara pemakaian topi keledar sumbangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) oleh Kamarlin kepada 20 orang ahli Kelab Motor Weston yang menyertai konvoi KMJG. /PENERANGAN-

Draft KK Local Plan 2020 Workshop - Launching Ceremony


KOTA KINABALU: The “Kota Kinabalu Structure Plan 2030” and the “Draft KK Local Plan 2020” shall be used to guide the Urban Planning and the Development Control for Kota Kinabalu City, said the Assistant Minister in the Chief Minister’s Department, Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah.

Edward said, two important town plan documents has been produced by the Kota Kinabalu City Hall (DBKK), adding that the “KK Structure Plan 2030” is the long term strategic which covers the most ranges of Town Planning Strategies and Policies to guide Kota Kinabalu City towards the Nature Resort and Maritime City by Year 2030.

Edward was speaking during the launching ceremony of the Draft Kota Kinabalu Local Plan 2020 Workshop at Promenade Hotel, this morning.

In his speech, Edward explained that the new statutory planning document of the Draft KK Local Plan 2020 and its memorandum were prepared in accordance to Section 6 of the Town and Country Planning Ordinance, Sabah Cap.141.

“Once the Draft KK Local Plan 2020 adopted by The Central Board, it will officially supersede the old draft schemes which include the Draft Greater Kota Kinabalu Scheme (1978), Draft Kota Kinabalu Comprehensive Development Plan (1984) and the series of Draft Kota Kinabalu Local Plans (1990)”, he said.

He also added that for any development plan submissions to DBKK, it shall be aligned with the new land use and zoning as shown in the Draft KK Local Plan 2020.

Edward, who is also the Minister in-charge of DBKK, said the workshop conducted by DBKK is to strengthen the planning policies and standard of the Draft KK Local Plan 2020 by gathering the inputs from the professional bodies, NGOs and government agencies who had attended the workshop.

“This workshop has also demonstrates DBKK, as the local authority under the Chief Minister’s Department, is practicing professionalism and transparency for the wellbeing of the stakeholder and the next generation,” he added.-/PENERANGAN

Wednesday 21 August 2013

Pupuk Kasih Sayang Untuk Keharmonian Negara - Sapawi

PELEPASAN...Sapawi mengibarkan jalur gemilang tanda bermulanya penjelajahan konvoi KMJG 2013 sambil diperhatikan oleh Jalani (paling kanan), Manap (dua dari kanan), Ahmad (tida dari kanan) dan Almain (lima dari kanan)
SIPITANG : Ibu bapa perlu
 menyemat dan
 memupuk rasa kasih sayang terhadap negara
 kepada
 anak-anak mereka bermula di rumah
bagi
 mencapai keharmonian dan
 mengekalkan
 perpaduan
 di kalangan masyarakat
.
 
Exco Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Sapawi Haji Ahmad berkata kasih sayang itu penting bagi memastikan generasi muda terus menghargai serta menghayati nikmat kemerdekaan.
 
"Generasi kini hanya menikmati hasil daripada perjuangan tanpa melihat bagaimana duka nestapa perjuangan para pejuang kemerdekaan.
 
"Pemikiran dan paradigma anak-anak perlu dianjak sekaligus meletakkan asas yang kukuh bermula daripada kasih sayang kepada keluarga, kampung dan masyarakat yang berbilang kaum, daerah, negeri dan negara," katanya selepas Majlis Pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2013.

Sapawi turut menyarankan agar generasi muda kini diberikan suntikan semangat patriotisme yang bermula di bangku sekolah.
 
"Keamanan akan mudah hancur sekiranya alpa daripada konsep patriotisme itu," katanya lagi.
 
Terdahulu beliau melaksanakan 'flag off' Konvoi KMJG yang disertai oleh 35 buah kenderaan pelbagai jabatan yang menjelajah untuk mengedarkan jalur gemilang kepada orang ramai termasuk di  premis-premis perniagaan, pejabat, masjid, gereja, sekolah-sekolah dan kampung.
 
Antaranya ialah SK Matintaman, Masjid Kg Pantai, Gereja Kg Ranau-ranau, Balairaya Kg Siputol, Pekan Mesapol dan SK Banting.
 
Sapawi juga turut meyampaikan jalur gemilang kepada 26 wakil-wakil jabatan serta agensi kerajaan di daerah itu untuk dikibarkan sempena dengan kempen berkenaan.
 
Bagi daerah Sipitang, konvoi tamat di SK Kg Melalia yang disempurnakan oleh  Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin, YB Haji Ahmad Haji Bujang.
 
Konvoi KMJG 2013 ini akan bergerak ke daerah Beaufort mulai esok, Kuala Penyu pada 23 Ogos dan Papar pada 24 Ogos.
 
Hadir sama pada majlis itu, Penagrah Penerangan Sabah, Haji Almain Ajirul; Pengarah PenyiaranKawasan Sabah (RTM), Abdul Jalani Mahmud; Pengarah JASA, Haji Abdul Manap Lakariba dan Timbalan Pengarah SKMM Wilayah Sabah dan Labuan, Jusly Elias. /PENERANGAN-

Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun Musim Ke-4

Para peserta Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun Musim Ke-4...dari kiri...Fazhon (Kota Marudu), Jona (Menggatal), S. Welly - dihadiri oleh wakil (Kota Belud, Elsie (Telipok), Fredo (Keningau), Fabian (Ranau), Pollo (Tamparuli), Hyelarry (Tenghilan), Khadijah (Keningau) dan Hary (Beluran)

KOTA KINABALU : Seramai 10 peserta akhir akan berentap bagi merebut tujuh kategori anugerah pada pertandingan akhir Juara Carta Lagu Dusun Musim Ke-4 2011/2012 yang akan diadakan pada 24 Ogos 2013, di Dewan Masyarakat Tun Hamdan, Tamparuli, Sabtu ini.

Timbalan Pengarah Penyiaran Kawasan Sabah, Ali Ngasio berkata objektif penganjuran Pertandingan Akhir Juara Lagu Dusun ini adalah untuk memartabatkan lagu-lagu Dusun dalam industri muzik tanah air.

Tambahnya, pertandingan ini juga adalah sebahagian daripada usaha untuk kita menghargai dan mengiktiraf usaha penyanyi, pencipta dan penulis lirik lagu Dusun agar mereka dapat memajukan industri muzik di negeri ini dan berkembang setaraf dengan penyanyi-penyanyi lain di peringkat kebangsaan.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun Musim Ke-4 2011/2012 di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia, petang tadi.

Tambahnya lagi, pertandingan anjuran Sabah V fm Unit Siaran Dusun yang diadakan pada dua tahun sekali itu juga angkat diangkat sebagai wadah seni bagi mengeratkan lagi hubungan mesra di kalangan pendengar dan peminat RTM.

Hadir sama pada sidang media itu, Ketua Penolong Pengarah Rancangan Radio, Encik Abdul Razak Hamid, Penolong Pengurus Sabah V fm, Encik Mohd Azzry Abdullah, juruhebah dan kakitangan pengurusan Sabah V fm Unit Siaran Dusun.-/PENERANGAN