Monday 30 September 2013

Program Pembangunan Ekonomi Bumiputera Bawa Manfaat Kepada Bumiputera Sabah

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin program-program pembangunan ekonomi Bumiputera memberi manfaat besar kepada seluruh masyarakat Bumiputera di Sabah.

Beliau berkata taraf hidup masyarakat Bumiputera Sabah menunjukkan peningkatan, hasil daripada pelaksanaan program-program pembangunan khusus untuk golongan ini.

Dari segi pendapatan isi rumah di Sabah, Muhyiddin berkata terdapat peningkatan ketara yang mana pada tahun 2012 purata pendapatan isi rumah meningkat kepada RM4013 berbanding RM3102 pada tahun 2009.

"Dan untuk tahun 2013, ia akan terus meningkat," kata beliau semasa menyampaikan ucaptama sempena Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di sini, pagi tadi.

Katanya, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 29.4 peratus dengan kadar purata pertumbuhan 8.6 peratus setiap tahun. Peningkatan pendapatan isi rumah di luar bandar Sabah juga meningkat 33.8 peratus iaitu RM2177 pada tahun 2011 yang meningkat kepada RM2913.

Manakala di kawasan bandar meningkat sebanyak 22.7 peratus iaitu RM3803 perkapita pada tahun 2009 kepada RM4668 tahun 2012.

Tambah beliau kadar kemiskinan terus berkurangan daripada 19.7 peratus tahun 2009 kepada 8.1% pada tahun 2012.-/Penerangan.

Kaunter KABB Di Membakut

MEMBAKUT:  ADUN Membakut, DAtuk Arifiin Arif merasmikan program kaunter Aduan Bergerak Bersapadu ( KABB ) di sini, baru-baru ini.

Sebanyak  28 agensi kerajaan terlibat dalam menjayakan program tersebut di samping kempen derma darah oleh Hospital dearah Beaufort, pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan  Dearah Membakut Dan Kaunter transaksi bagi semakan /senaraihitam oleh Jabatan Pengakutan Jalan ( JPJ ). /PENERANGAN-

Friday 27 September 2013

Kerajaan Sabah Galak Penganjuran Program Ilmu: Musa

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah sentiasa menggalakkan dan menyokong penganjuran program-program yang menyumbang kepada penyuburan tradisi ilmu dan perkembangan syiar islam.

Bagi menjayakan usaha tersebut pada setiap tahun kerajaan negeri menyalurkan peruntukan yang besar dalam aspek pembangunan agama, pendidikan dan kecermerlangan ilmu dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata demikian ketika menjadi tetamu kehormat pada Majlis Forum Perdana Ehwal Islam yang di adakan di Dewan Saadah, Wisma Muis, di sini, malam tadi.

Teks ucapan beliau telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

Menurut Musa lagi, beliau yakin bahawa masyarakat di negeri ini khususnya umat islam seperti juga di negeri-negeri lain memang meminati dan setia mengikuti majlis-majlis ilmu seperti Forum Perdana ini dan mereka juga mengharapkan agar ia diadakan selalu bagi menyumbang kepada kemajuan tradisi ilmu sekaligus melahirkan masyarakat berilmu serta bertamadun.

Musa juga menyarankan agar para pendakwah untuk keluar daripada kaedah konvensional kepada gerak kerja dakwah yang lebih kreatif dan berinovasi bagi mendekati generasi muda yang merupakan generasi pewaris pada masa akan datang.

“Kejayaan kita menganjurkan aktiviti yang boleh menarik kehadiran golongan muda sudah tentu akan menjadikan mereka kumpulan yang menyumbang secara signifikan kepada kejayaan misi dan visi badan-badan dakwah di Negara kita”, tambah beliau lagi.

Majlis Forum Perdana Ehwal Islam tersebut merupakan anjuran Yadim Zon Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) serta TV Al-Hijrah.


Dua orang panel undangan iaitu Yang Di-pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Asyraf Wajdi Haji Dato’ Dusuki serta Ketua Jabatan Pengajian Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya Sabah, Dr. Rapihi Derim manakala Ustaz Mohd Jumat Abd. Razak dari Pejabat Mufti Sabah menjadi moderator bagi forum itu yang mengupas tajuk “Indahnya Syariat Cantiknya Muafakat”.


Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Salleh Tun Haji Mohd Said; Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan; Pengarah JHEAINS Sabah, Datuk Amri A. Suratman serta pembantu-pembantu menteri kabinet Sabah.-/PENERANGAN

Thursday 26 September 2013

Farmers Should Not Hesitate To Seek Advice From Govt Agencies - Musa

Chief Minister Datuk Seri Musa Aman  (second left) says syabas  to the winner (Boer) Goat. Onlooking are  Minister of Youths and Sports Datuk Tawfiq Abu Bakar (left), Deputy Chief Minister cum Minister of Agriclture and Food Industry Datuk Seri Yahya Hussin (fourth from left) , Federal Secretary Dato’ Abu Bakar Hassan (second right) and State Secretary Tan Sri Sukarti Wakiman (right).
KOTA KINABALU: Farmers, breeders and fishermen should not hesitate to seek advice from government agencies involved in agriculture sector.

Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said they should always look for new technology, learn new techniques to increase production and  value added products.

“As such they should not hesitate to seek help from state or national government agencies such as Federal Agriculture Marketing Agency (FAMA), Agriculture Bank or Agriculture department.”

He was launching the Farmers, Breeders and Fishermen Day Celebration at Tg Aru this morning.

Musa said the state government  placed great emphasis on agriculture along with other sectors such as tourism.

“Sabah is blessed with vast land and natural resources. We must fully utilise our land for agricultural products to get more yield ,  more income, employment and profit ,” he said.

Musa said Sabah, with its 1.3 million hectares of oil palm plantation,  is the largest producer of CPO  in Malaysia.

Sabah is also the largest producer of dairy milk, producing 10 million litres per year, he added.

He said Kota Belud has been identified as the potential place to be the rice bowl of Sabah as it had vast land suitable for padi cultivation.

“With sufficient rice production, we should be able to reduce the dependence on imported rice,” Musa said.

Earlier, in his welcome speech Minister of Agriculture and Food Industry Datuk Seri Haji Yahya Hussin said the agriculture sector is given greater importance to reduce the import  of food products which stood currently at RM2.9 billion.

Yahya said this figure increased every year and the government had taken initiatives to introduce modern technology to increase agriculture production.

“The government, under the Economic Transformation Programme (ETP)   is encouraging  farmers  to diversify their products by giving incentives,” he said.

Later, Musa gave away prizes to “High Achievers” who were adjudged best performers for 2013 in their chosen field of agriculture.

Musa and Yahya then visited the special booths and expo centres set up specially for the four day function.

The event was also attended by the Speaker of State Assembly Datuk Seri Salleh Tun said, the Federal secretary Dato’ Abu Bakar Hassan, the State Secretary Tan Sri Sukarti Wakiman, Minister of Youths and Sports Datuk  Tawfiq Abu Bakar and other dignitaries.-END/PENERANGAN

Zon Tengah Juara Pesta Sukan RTM Ke-10

Keterangan gambar: Kelihatan..Musa menerima cendera kenangan daripada Abdul Wahid (kiri) sambil diperhatikan oleh Jalani (kanan sekali).
KOTA KINABALU: Kontinjen Zon Tengah telah dinobat sebagai juara keseluruhan bagi Pesta Sukan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kali ke -10 yang diadakan di Kota Kinabalu sejak 22 September yang lalu.

Upacara penyampaian piala pusingan kepada para pemenang telah diadakan pada Majlis Penutupan Pesta Sukan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke -10 Sabah 2013 di Dewan MAKSAK, Likas, malam tadi.


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.


Semasa berucap pada majlis tersebut, beliau bangga dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh warga RTM dalam menjayakan pesta sukan tersebut disamping ia mengeratkan lagi semangat perpaduan, kekitaan dan kekeluargaan khususnya dalam kalangan warga RTM.


“Tentunya kesempatan seperti ini juga memberikan ruang dan peluang kepada warga RTM dari seluruh negara untuk melihat sendiri kepesatan pembangunan dan kemajuan di negeri Sabah”, kata Musa.

Justeru, beliau amat mengalu-alukan pemilihan Sabah sebagai tuan rumah kepada temasya sukan RTM untuk edisi kali ini dan sememangnya negeri Sabah akan terus menjadi tumpuan penganjuran pelbagai aktiviti sama ada seminar, forum mahupun acara-acara sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Seramai 540 peserta yang terdiri daripada Zon Sabah, Zon Sarawak, Zon Timur, Zon Tengah, Zon Utara dan Zon Selatan telah mengambil bahagian pada pesta sukan tersebut dimana sebanyak 11 acara sukan telah dipertandingkan.

Daripada 11 acara tersebut, Zon Tengah yang diwakili oleh kakitangan RTM Angkasapuri Kuala Lumpur, telah berjaya memenangi 7 acara, 3 acara pula menjadi milik Sarawak manakala tuan rumah Sabah berjaya memenangi 1 acara sukan pada pesta sukan yang dianjurkan dua tahun sekali itu.


Turut hadir, Pengerusi Majlis Sukan RTM, Haji Abdul Wahid Abdul Hamid dan Pengarah RTM Sabah, Abdul Jalani Mahmud serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Sabah.-/PENERANGAN

BIGFEST pada 4 Hingga 6 Oktober Ini

GITAR…Tun Haji Juhar (tengah) memetik gitar yang merupakan cenderamata daripada rombongan BIGFest 2013.
KOTA KINABALU:  Konsert Pesta Gitar Antarabangsa Borneo (BIGFest) akan berlangsung di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah pada 4 hingga 6 Oktober ini.

Presiden Teater Muzik Sabah, Peter Chua berkata konsert tersebut membariskan persembahan oleh Yuta Tanaka (Jepun), Peter Dickson (Australia), Trio Baihana Acappella (Filipina) dan Sheikh Hady Basmeih (Malaysia) dan ramai lagi.

“Konsert tersebut bersempena dengan sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Yang Ke-60 tahun ini.

“Konsert akan bermula pada jam 6 petang sampai 11 malam dan tiket berharga RM80 boleh didapati di Music Mart Asia City di talian 088-232629.

“Selain itu, bengkel percuma turut diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tarikh yang sama bermula jam 11 hingga 1 tengah hari,” katanya selepas membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri, kelmarin.

Turut hadir Pengarah JKKN Sabah, Jasmi Rasit dan Pengurus Music Mart, Dr Janet Lee.

Terdahulu, Tun Haji Juhar menerima kunjungan hormat rombongan Ma’had Tahfiz Al Quran Wassunah Sandakan yang diketuai penegerusinya, Datuk Haji Daning Bajau.

Kunjungan berkenaan bertujuan untuk memaklumkan perkembangan dan prestasi para pelajar di pusat pengajian berkenaan sejak ditubuhkan tiga tahun lalu.

“Kini terdapat lebih 60 orang pelajar yang menuntut di pusat ini dan pencapaian terbaik ialah melahirkan enam orang hafiz.

“Mereka terdiri daripada para pelajar lepasan PMR dan diwajibkan menduduki peperiksaan SPM selain belajar tahfiz al quran,” katanya./PENERANGAN-

Wednesday 25 September 2013

TYT dan Toh Puan Hadiri Malam Apresiasi Merdeka

Tun Haji Juhar dan Hajah Norlidah merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang hadir pada majlis itu.
KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan Isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk RM Jasni telah berkenan menghadiri Majlis

Malam Apresiasi Merdeka anjuran Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah sempena sambutan 50 tahun Sabah Maju Jaya dalam Malaysia di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sabah, malam tadi.

Malam Apresiasi Merdeka tersebut dianjurkan sebagai satu wahana bagi menzahirkan penghargaan, sokongan, rakaman hati dalam bentuk deklamasi sajak, pengisahan, monodrama, pantomin, lagu puisi dan lagu rakyat yang dicanai dalam satu pakej aneka persembahan yang disajikan pada Malam Apresiasi Merdeka tersebut.

Pada persembahan tersebut, para tetamu dihiburkan dengan persembahan pentas melalui tiga segmen iaitu segmen sebelum merdeka, segmen merdeka dan segmen pasca merdeka.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Abu Bakar Hassan; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman, beberapa pembantu menteri kabinet Sabah serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.-/Penerangan 

Tuesday 24 September 2013

Lebih 1.2 Juta Pemegang Akaun ASNB Di Sabah

GIMIK PELANCARAN... Musa memukul gong sambil disaksikan oleh Tun Ahmad Sarji.
KOTA KINABALU: Sabah antara negeri mempunyai jumlah Pemegang Akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tertinggi iaitu lebih 1.2 juta dalam profil pelabur Permodalan Nasional Berhad (PNB) , menerusi pelaburan lebih 14.75 billion dalam unit amanah ASNB.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata jumlah tersebut menunjukkan bahawa rakyat Sabah sedar pentingnya melabur untuk masa hadapan.

"Melihat kepada perkembangan positif ini, saya yakin dan percaya rakyat di Sabah akan menyokong sepenuhnya pelaksanaan perkhidmatan terbaru oleh ASNB ini," kata beliau dalam ucapannya sempena Majlis Pelancaran Harta Pusaka PNB Peringkat Negeri Sabah di sini, pagi tadi.

Pada majlis tersebut, Musa telah melancarkan produk baru PNB yang berkaitan dengan perkhidmatan perancangan harta pusaka ASNB.

Terdahulu, Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata dari segi ranking, negeri Sabah berada di tangga kelima dari segi jumlah pelaburan dan tangga keempat dari segi jumlah pemegang akaun.

Beliau berkata PNB menerusi ASNB memperkenalkan satu perkhidmatan baharu untuk memelihara harta-harta yang dimiliki melalui pelancaran Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah ASNB.

"Hibah Amanah adalah satu perkhidmatan berlandaskan Syariah yang menerapkan konsep hibah dan amanah.

Perkhidmatan ini memberi kemudahan alternatif kepada para pelabur beragama Islam untuk mempercepatkan proses pentadbiran harta pusaka berbentuk unit amanah ASNB," jelas beliau.

Selain itu, kata beliau, Pengisytiharan Amanah adalah perkhidmatan menerapkan konsep amanah dalam pengurusan harta pelabur bukan Islam yang membabitkan pelaburan unit amanah mereka di ASNB.

Sehingga Ogos 2013, seramai 1,000 orang pelabur telah membuat Hibah Amanah dan Pengisyitharan Amanah bernilai lebih 400 juta.

Tambah beliau, melalui perkhidmatan baru tersebut, tuntutan harta pusaka boleh selesai dalam masa yang lebih singkat.

Pada 17 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd. Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan perkhidmatan tersebut di peringkat nasional bersempena sambutan Ulang Tahun PNB ke-35.

Majlis Pelancaran hari ini merupakan yang pertama diadakan di peringkat negeri. sebelum diteruskan ke Pahang, Sarawak, Melaka dan Kedah dalam tahun ini.-/PENERANGAN

Kunjungan Hormat Ke Istana

Tun Haji Juhar (duduk tengah) bergambar kenangan bersama rombongan Datuk Jainab.
KOTA KINABALU:  Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin menerima kunjungan hormat daripada MenteriPembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, di Istana Negeri, pagi tadi.

Menurut Jainab, kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk mengundang Tun Haji Juhar untuk hadir ke Majlis Penutupan Bulan Kebajikan dan Malam Penghargaan 2013 yang akan diadakan pada 27 September 2013 di Grand Ballroom, The Pasific Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu.

Majlis tersebut merupakan majlis penutupan rasmi bagi Program Bulan Kebajikan 2013 dan ia juga memberi pengiktirafan dan penghargaan kerajaan negeri Sabah kepada individu serta organisasi di atas jasa dan bakti  serta sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit dalam bidang kebajikan, katanya

Terdapat beberapa Anugerah akan disampaikan pada malam tersebut seperti Anugerah Sukarelawan Kebajikan 2013, Anugerah Sumbangan Ikhlas 2013 untuk organisasi dan Anugerah Muda 2013, katanya lagi.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Anita Baranting.

Dalam majlis terdahulu, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan Isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk RM Jasni menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Dato’ Sohaimi Shahadan.

Kunjungan itu bertujuan untuk memberi taklimat kepada Tuan Yang Terutama tentang perkembangan industri Kraftangan di Sabah.

Menurut Sohaimi, objektif utama perbadanan ini adalah untuk membantu usahawan dari segi bimbingan dan pemasaran produk mereka.

Selain itu, kami juga menekankan kualiti berbanding kuantiti untuk tujuan pasaran dalam dan luar negara, katanya lagi.-/PENERANGAN 

Program KABB Membakut pada 29 September

KOTA KINABALU: Biro Pengaduan Awam Negeri Sabah, Jabatan Perdana Menteri (BPA)  akan mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) bertempat di Dewan Serbaguna Membakut pada 29 September ini.

Pegawai Perhubungan Awam BPA, Encik  Ismail Bin Daim berkata program ini merupakan satu lagi langkah proaktif Kerajaan untuk mendekati masyarakat bagi merasai dan menyelami permasalahan yang dihadapi di kawasan terlibat.

Program bermula  8.00 pagi hingga 1.00 tengahari dijangka akan dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N24 Membakut, Datuk Haji Mohd Ariffin Arif.

Tambahnya, lebih 28 Jabatan dan Agensi Kerajaan  akan membuka kaunter aduan dan perkhidmatan bagi memudahkan orang ramai khususnya penduduk di kawasan Membakut dan Beaufort menyuarakan isu dan masalah terus kepada jabatan/agensi yang terlibat.

Orang ramai khususnya  masyarakat di kedua-dua daerah disaran merebut peluang untuk hadir pada program ini. Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh berhubung terus dengan Encik Ismail Bin Daim di talian 088-280300 atau melalui e-mail ismail@pcb.gov.my.

Malaysian High Commissioner Designate to Brunei Darussalam paid a courtesy call on Head of State

Head of State Tun Juhar Mahiruddin (third left) and his wife Toh Puan Norlidah Datuk R.M.Jasni (third right) pose for a photo with Malaysian High Commissioner to Brunei Datuk Awang Sahak Awang Salleh (second left) and Malaysian High Commissioner to Papua New Guinea Jilid Kuminding (left).
KOTA KINABALU: Two High Commissioners paid a courtesy call on the Head of State Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar  Bin Datuk Haji Mahiruddin and wife at State Palace yesterday.

Malaysian High Commissioner Designate to Brunei Darussalam, Datuk Awang Sahak Hj Awang Salleh and wife and Malaysian High Commissioner Designate to Papua New Guinea, Solomon Islands and Vanuatu, Jilid Kuminding and wife had a brief audience with Haji Juhar and wife.

Speaking to the press after the audience, Datuk Awang said the bi-lateral realtions between Malaysia and Brunei have been excellent and hope it would continue in terms of business, politics, investment, tourism, education and others.

While, Jilid Kuminding said the discovery of new natural resources such as oil and gas has opened a new chapter and hoped that he could help spur more investments in Papua New Guinea. He said Malaysia is the second largest invester there and Malaysians have been doing business for more than 20 years with that country.

Later, the head of the police investigating team for the Royal Commission of Inquiry (RCI) on Illegal Immigrants in Sabah, Supt   Mohd Azman Mohd Sapri also paid a courtesy call on Juhar Mahiruddin to express his thanks for giving full cooperation for the  conduct of the inquiry in the state. He was accompanied by 12 of his team members. /– PENERANGAN

Program Syarahan Umum 2013 Sempena Jubli Perak Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA)


KOTA KINABALU: Program Syarahan Umum 2013 sempena sambutan Jubli Perak Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) telah diadakan di Wisma Wanita, kelmarin.

Program syarahan umum itu menampilkan Penyandang Kursi Kepimpinan Wanita bertaraf dunia, Profesor Dr. Louise Morley didatangkan khas daripada Universiti Sussex, United Kindgom dengan syarahannya yang bertajuk “Lost Leaders: Women In The Global Academy”.

Majlis yang bermula pada jam 10 pagi itu dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid.
Jainab berkata JHEWA dan MPWS akan menyemak semula Pelan Pembangunan 10 Tahun Wanita Sabah tidak lama lagi.

Justeru, beliau berharap kumpulan pemikir-pemikir wanita tempatan tampil ke hadapan untuk menyumbangkan ilmu dan pengalaman dalam meneliti semula perancangan ke arah kecemerlangan negeri Sabah.

Terdahulu,Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah, Datuk Hajah Mariati Robert berkata program itu antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada wanita Sabah mendengar dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dengan para ahli ilmuan.

Katanya, program anjuran bersama Pusat Kepimpinan Wanita (PKW) Tun Fatimah Hashim Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diterajui oleh Pengarahnya, Profesor Madya Madeline Berma itu adalah sebahagian daripada kerjasama dalam usaha melahirkan wanita berwibawa selaras dengan tema sambutan Jubli Perak iaitu ‘Wanita Sabah Memacu Kecemerlangan’.

Turut hadir, Pengarah JHEWA, Datuk Siti Sapo Hj Ahok; Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Program, Datuk Siti Aisah Mohd Asri dan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara, Kampus Kota Kinabalu, Profesor Madya Hajah Rosdiana Haji Sukardi selaku moderator program.-/PENERANGAN

Sunday 22 September 2013

PMBS Martabatkan Gambus Pupuk Budaya Dan Perpaduan - Musa

GAMBUS..Aririn memetik gambus sebagai gimik perasmian penutupan Pesta Gambus sambil diperhatikan Ghulam (enam dari kiri), Rahim (enam dari kanan) dan Johnny (tujuh dari kiri).
PAPAR: Usaha Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) dalam memartabatkan instrumen muzik gambus terbukti berjaya memupuk dan mengekalkan perpaduan dan mengeratkan tali silaturahim di kalangan semua lapisan masyarakat termasuklah para pelajar, belia, para akademik dan sebagainya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata tema 'Gambus Instrumen Perpaduan' bertepatan dengan aspirasi kerajaan dalam memupuk dan meningkatkan semangat muhibah dan perpaduan masyarakat berbilang kaum.

"Acara kesenian dan kebudayaan setiap kaum penting bagi memupuk semangat perpaduan dan setiakawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum," katanya pada Majlis Perasmian Penutupan Pesta Gambus Kali Ke-14 di Dewan Masyarakat dekat sini, pagi tadi.

Teks ucapan disampaikan oleh pembantunya, Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif.

Beliau turut menyeru kepada semua persatuan suku-suku kaum di negeri ini untuk memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan kerajaan untuk membangunkan dan memajukan seni warisan masing-masing.

Antaranya ialah auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah serta Dewan Kebudayaan Penampang di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Pada majlis tersebut, Arifin menyampaikan hadiah kepada kumpulan-kumpulan yang memenangi pertandingan gambus dan gulingtangan.

Jemputan kehormat terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei. Datuk Awang Sahak bin Awang Salle dan konsulat Besar Indonesia, Soepeno Sahid.

Turut hadir, Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk johnny Mositun; ADUN Pantai Manis, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail; ADUN Kawang, Datuk Haji Ghulam Haidar ; Presiden PMBS, Datuk Haji yusoff Datuk Seri Panglima Mohd Kassim dan Pegawai Daearah, Iman Ali./PENERANGAN-

Majlis Perasmian Pesta Sukan RTM Ke-10

Norhayati  (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Jailani (kiri)
KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato’ Jailani Johari merasmikan Pesta Sukan  Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Ke-10 Sabah 2013 di Kompleks Sukan Likas, hari ini.

Seramai 540 peserta yang terdiri daripada Zon Sabah, Zon Sarawak, Zon Timur, Zon Tengah, Zon Utara dan Zon Selatan mengambil bahagian.

Turut hadir, Ketua Pengarah RTM, Dato’ Norhyati  Ismail, Pengerusi Majlis Sukan RTM, Haji Abdul Wahid Abdul Hamid dan Pengarah RTM Sabah, Abdul Jalani Mahmud.-/PENERANGAN

Friday 20 September 2013

Puspanita JaPen KL Lawat Puspanita Papar

ALBUM…Asmiah (tujuh dari kiri) dan Iman (enam dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama rombongan diketuai Salehah (enam dari kiri) dan Masniah (lima dari kiri) yang melawat ke Puspanita Derah Papar.
PAPAR : Rombongan Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kuala Lumpur mengadakan lawatan muhibah ke pusat pengeluaran produk makanan tradisi di sini, kelmarin.

Pengerusinya, Datin Salehah Abdull Hak mengetuai rombongan seramai 30 orang itu melawat ke pusat pemprosesan kuih lidah di Kg Berundung serta pusat pengeluaran kuih cincin dan kelupis di Kg Melugus.

Mereka yang tiba di Kota Kinabalu sejak 16 September lalu, juga sempat melawat Rumah Puspanita daerah ini dan diraikan dalam majlis makan tengah hari di dewan pekan berkenaan dan diringi oleh Penegrusi Puspanita Daerah, Asmiah Mohd Yusof serta Pegawai Daerah, Iman Ali.

Turut serta dalam rombongan tersebut ialah ahli-ahli Puspanita Jabatan Penerangan Negeri Sabah yang diketuai pengerusinya, Hajah Masniah Tarah dan timbalannya, Dg Ainun Bujang./PENERANGAN-

Arkib Negara Anjur Majlis Bicara Tokoh Tun Fuad Stephens

Daresah (kiri) menyerahkan buku cenderakenangan kepada Tan Sri Abdul Majid Khan (kanan) pada majlis bicara tokoh
KOTA KINABALU: Ketua Pengarah Arkib Negara, Hajah Daresah Haji Ismail berkata Majlis Bicara Tokoh: Allahyarham Tun Datuk Haji Mohammad Fuad Stephens memberi ruang kepada generasi muda untuk memahami perjuangan beliau dalam merealisasikan pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Daresah berkata, penganjuran majlis bicara tokoh ini adalah sebahagian daripada usaha Jabatan untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat majmuk di negara ini terutamanya generasi muda yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.

Majlis Bicara Tokoh: Allahyarham Tun Datuk Haji Mohammad Fuad Stephens diadakan bersempena dengan Sambutan 50 Tahun Penubuhan Malaysia di Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah, kelmarin.

Dua personaliti penting iaitu bekas Setiausaha Politik Tun Fuad Stephens, Tan Sri Abdul Majid Khan dan anak lelaki kepada Allahyarham Tun, Asgari Stephens dijemput sebagai tokoh pembicara pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, Daresah turut berkata maklumat yang diperoleh melalui individu terdekat yang mengenali Allahyarham Tun seperti Tan Sri Abdul Majid Khan dan Asgari Stephens adalah penting bagi melengkapkan maklumat dan pengisian pameran Memorial Negarawan.

“Segala maklumat melalui sumber terdekat dengan Allahyarham Tun akan disimpan di Arkib Negara dan akan dibuka kepada penyelidik untuk rujukan,” katanya.

Daresah dalam ucapannya turut menyeru rakyat Sabah agar sama-sama menghayati perjuangan Allahyarham Tun Fuad Stephens bersama pemimpin-pemimpin tempatan lain dalam gagasan Malaysia 50 tahun lalu yang telah memberi rahmat kepada negeri ini.

“Kebijaksanaan, ketokohan dan keikhlasan Allahyarham Tun telah dapat menyuntik semangat rakyat Sabah untuk menyokong pembentukan Malaysia.

“Bukan mudah untuk Allahyarham Tun memastikan kewujudan Malaysia kerana tidak semua rakyat menyokong gagasan berkenaan,” jelasnya.

Majlis bicara tokoh itu dihadiri kira-kira 200 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, badan berkanun, swasta, pelajar-pelajar institut pengajian tinggi dan masyarakat setempat.

Hadir sama, isteri Allahyarham Tun, Toh Puan Rahimah Stephens; ahli keluarga dan kenalan rapat Allahyarham Tun serta Pensyarah Pusat di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mohd bin Samsudin selaku moderator majlis.-/PENERANGAN

Thursday 19 September 2013

JPAM Hargai Media Dan Kenang Jasa Anggota

Sumbangan JPAM…Selamat (tengah) ketika menyerahkan sumbangan kepada wakli keluarga anggota JPAM  yang terkorban semasa bertugas disaksikan oleh Mulliadi (kiri)
KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan  Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Y.A.S. TPj.(PA) Hj. Selamat Bin Hj. Dahalan berkata sokongan dan kerjasama antara JPAM dan Media Massa telah memperkukuhkan peranan dan perkhidmatan JPAM di negara ini. 
‘Selain berperanan menyebarkan maklumat kepada umum,  media massa juga berperanan dalam membantu JPAM memperkukuhkan sistem penyampaian dan kesiapsiagaan JPAM dalam menyalurkan perkhidmatan kecemasan dan bencana di negara ini,'katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penghargaan Warga JPAM dan Malam Jalinan Kasih Bersama Media di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.
‘ Ianya membuktikan bahawa pihak media sentiasa bersama JPAM sebagai salah satu pendekatan dan usaha berterusan dalam menyebarkan informasi terkini berkaitan isu-isu kecemasan, bencana dan keselamatan yang melibatkan kepentingan masyarakat sejagat di negeri dan negara yang bertuah ini.’ katanya
Terdahulu Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sabah, Lt. Kol. Mulliadi Al-Hamdi Bin Ladin dalam ucapanya berkata pihak Jabatan tidak pernah meminggirkan atau mengenepikan kebajikan anggotanya  yang tercedera atau terkorban semasa bertugas.
Katanya, kerajaan melalui Jabatan amat menjaga dan mementingkan kebajikan warganya. Bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka, Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis dan Penjara telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia dan memproses setiap permohonan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) jika  berlaku  musibah atau kecelakaan semasa bertugas.
Pada majlis tersebut dua wakli anggota JPAM yang terkorban  semasa bertugas  telah menerima sumbangan TAPPN masing-masing mewakili Allahyarham SK Jawawi bin Jahamin dan Mendiang L/Kpl. Terrence Mazilin.
Manakala sumbangan Tabung Kebajikan Pertahanan Awam (TAPA) bagi anggota terlibat dalam kemalangan dan tercedera semasa penugasan diberi kepada Pbt. Jobbairun bin James.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Merangkap Komandan Kor-SISPA Universiti Malaysia Sabah Prof. Madya Datuk Dr. Haji Kassim Bin Haji Md. Mansor, Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sabah Mej. Mohd Rosman Bin Abdullah serta wakil-wakli media massa.-/PENERANGAN

Majlis Malam Mesra Bersama Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia

Kelihatan Hajah Masniah menyampaikan cenderakenangan kepada Datin Salehah (kiri sekali)
KOTA KINABALU: Seramai 30 orang ahli-ahli Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia dari Kuala Lumpur yang mengadakan sesi lawatan ke Negeri Sabah selama 4 hari telah diraikan pada Majlis Malam Mesra Bersama Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia di salah sebuah hotel terkemuka, di sini, malam tadi.

Pengerusi Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia, Datin Salehah Abdull Hak, ketika berucap pada majlis tersebut, berasa amat bertuah kerana dapat mengadakan sesi lawatan ke Negeri di Bawah Bayu ini, lebih-lebih lagi sempena Sambutan Hari Malaysia ke -50 yang baru diraikan oleh masyarakat negeri ini pada 16 September yang lalu.

"Melalui lawatan yang diadakan, ia akan mengeratkan lagi tali silatulrahim antara semua ahli-ahli Puspanita antara semenanjung mahupun dari Sabah sendiri dan berharap agar ahli-ahli Puspanita dari Jabatan Penerangan Sabah dapat mengadakan lawatan  balas ke Semenanjung pada masa yang akan datang, katanya lagi.

Selama lawatan tersebut, ahli-ahli rombongan telah di bawa melawat ke tempat-tempat menarik di daerah Ranau seperti Kolam Air Panas Poring, Timpohon Gunung Kinabalu, Pulau Manukan serta akan di bawa melawat ke daerah Papar pada hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Puspanita Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Hajah Masniah Tarah; Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Haji Almain Ajirul serta Timbalannya, Yunus Haji Saprin.-/PENERANGAN

Sambutan 50 Tahun Sabah Maju Jaya Dalam Malaysia Peringkat Daerah Kudat Meriah

Upacara Perasmian … Teo (kiri) menyempurnakan Majlis Perasmian sambil disaksikan oleh Sebastian (dua, kiri ) dan ketua-ketua Jabatan Peringkat Daerah Kudat
KUDAT: Lebih 8,000 orang masyarakat sekitar daerah Kudat hadir memeriahkan Sambutan 50 Tahun Sabah Maju Jaya Dalam Malaysia Peringkat Daerah Kudat yang diadakan di Kompleks Sukan Kudat  baru-baru ini.( 7 September 2013)
Pengerusi Pelaksana Sambutan yang juga Pegawai Daerah Kudat,  Sebastian Lim ketika ditemui berkata, sambutan menggalakan daripada pelbagai masyarakat  menunjukan bahawa masyarakat menyedari bahawa nikmat kemerdekaan seiring dengan sambutan Perayaan 50 Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia  perlu dikenang, diraikan dan dijadikan asas kepada semangat 1Malaysia dan kemakmuran bersama.
Tambahnya,   penyertaan   lebih  42 kontinjen  dalam perarakan perbarisan terdiri daripada Jabatan kerajaan, Badan Berkanun, Sekolah dan Badan-Badan Bukan kerajaan   disamping  acara hiburan daripada  artis-artis tempatan   menjadikan sambutan  ini sungguh bermakna.
Sambutan  Perayaan  50 Tahun Sabah Maju Jaya Dalam Malaysia Peringkat Daerah Kudat telah disempurnakan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan  Ketua Menteri  di Datuk Teo Chee Kang.-/PENERANGAN

Wednesday 18 September 2013

Puspanita, the women wing of the Malaysia Information Department, came on a four day visit to Sabah


Led by it's woman leader Datin Salehah Abdul Hak, the group of 30 from Kuala Lumpur and 14 from Sabah,  visited the Timpohon Gate, the point where mountain climbers begin and end their climbing of Mount Kinabalu. 

They were excited to see the clear view of the majestic mountain and basked in the serene beauty of it's nature.

They were briefed on  the geological and bio-diversity information  at the Park's  Gallery. 

Later the group enjoyed fish massage at Sungai Moroli in Kg. Luanti, 17 km from Ranau.

They also visited Poring in the evening.

On Wednesday the women wing visited the Manukan island where they enjoyed the clean beach and clear sea for about two hours.

A participant said this was the first visit to Sabah and totally excited.

" This can be the greatest gift for me on the 50th Malaysia Day celebration," she said.

The Puspanita group will vist Papar on Thursday.-/PENERANGAN

TYT Sampaikan Surat Watikah Penyambungan Tempoh Pro-Canselor UMS

Yeoh Tiong Lay (tiga dari kiri) menerima surat watikah penyambungan pelantikan beliau sebagai Pro-Canselor UMS daripada Tun Haji Juhar
KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin menerima kunjungan hormat Pro-Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS),Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Yeoh Tiong Lay dengan diringi oleh Naib Canselor Universiti tersebut, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah bersama ahli-ahli rombongannya di Istana Negeri dekat sini, petang tadi.

Kunjungan tersebut bertujuan bagi penyampaian watikah oleh Tun Haji Juhar selaku Canselor UMS kepada Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Yeoh Tiong Lay sebagai penyambungan tempoh lantikan beliau sebagai Pro- Canselor bagi universiti tersebut.

Penyambungan lantikan Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Yeoh Tiong Lay yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif YTL Power International, sebagai Pro- Canselor UMS akan dilanjutkan selama dua tahun mulai 1 Julai tahun ini hingga bulan Jun 2015.


Selain beliau, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman juga merupakan Pro-Canselor bagi universiti tersebut.-/PENERANGAN

Tuesday 17 September 2013

Jabatan Penerangan Meraihkan 29 Orang Anak-Anak Malaysia

Jailani (enam, kanan) menyempurnakan majlis gimik sambutan ulangtahun ke-50 Anak-Anak Malaysia sambil disaksikan oleh Ibrahim (tujuh,kanan).
KOTA KINABALU – Jabatan Penerangan Malaysia meraihkan seramai 29 orang Anak-Anak Malaysia di seluruh Negara hari ini.
Mereka ini adalah antara 1,080 orang yang lahir pada 16 september 1963 menurut Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato’ Jailani Johari.

Program yang julung kalinya ini adalah bertujuan untuk menghimpun induvidu-individu dari seluruh Negara yang lahir pada tarikh pembentukan Malaysia iaitu pada 16 September 1963, beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Himpunan Anak-Anak Malaysia Sempena Jubli Emas Pembentukkan Malaysia di Kota Kinabalu hari ini.

“Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Jubli Emas pembentukkan Malaysia tahun ini, jabatan Penerangan Malaysia mengambil inisiatif khusus bagi menjayakan program Himpunan Anak-Anak Malaysia yang diadakan hari ini” katanya.
                
Dalam ucapan terdahulu, menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman berkata, objektif utama program ini adalah bertujuan untuk menyuburkan semangat semangat Patriotisme dan cintakan Negara khususnya dalam kalangan genersi baru hari ini, katanya.

“Saya optimis, jika masyarakat kita mempunyai kefahaman dan semangat cintakan Negara yang menebal di sanubari, pastinya nikmat keharmonian dan keamanan yang dinikmati bersama hari ini dapat kita wariskan untuk generasi hadapan”, katanya lagi.

Beliau berkata, selain daripada program ini, Jabatan Penerangan juga melaksanakan  pelbagai program lagi seperti Pameran Kemerdekaan Ke-56, Konvoi Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri dan Kebangsaan, Pertandingan Keceriaan Merdeka 2013, Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia peringkat Kebangsaan dan Pertandingan Video Pendek Merdeka sempena penubuhan Malaysia Ke-50, menurutnya lagi.

"Semua program yang dianjurkan ini mempunyai signifikan yang tinggi dalam usaha untuk mewujudkan sebuah masyarakat memiliki jati diri yang unggul” jelasnya.

Justeru itu, marilah kita sama-sama menyemarakkan Sambutan Hari Malaysia ini dengan benar-benar memahami sejarah pembentukan Negara yang kita cintai ini, sebagai tambahan beliau.-/PENERANGAN