Wednesday 30 October 2013

Kolej Vokasional Johan Pertandingan Sketsa

SESI FOTOGRAFI.. Sahanip bergambar bersama peserta-peserta
pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia.
KENINGAU: Kolej Vokasional Keningau muncul johan dalam Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2013 anjuran Jabatan Penerangan Sabah yang berlangsung di sini, hari ini.

Kemenangan pada pertandingan itu telah membolehkan Kolej Vokasional Keningau meraih pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1500 berserta piala.

Naib Johan pula disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang yang mewakili Bahagian Pantai Barat Utara dan tempat ketiga dimenangi daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan, Tawau.

Terdahulu, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Haji Sairin Haji Karno berkata penyertaan generasi muda khususnya ahli-ahli Kelab 1Malaysia dalam pertandingan ini dapat memberi impak positif dalam usaha memperkasakan semangat patriotisme.

Katanya, generasi muda kurang menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara dan ini amat menyedihkan kerana golongan ini merupakan pelapis kepimpinan Negara masa depan.

“Bertepatan dengan tema Pertandingan pada hari ini iaitu “Penghayatan Rukun Negara Teras Penerapan Nilai-nilai Murni” diharap peserta mampu menjadi agen perubahan dalam melahirkan masyarakat yang cintakan negara,” katanya dalam ucapan perasmian Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2013, pagi tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh wakilnya, Pemimpin Kemajuan Rakyat Liawan, Encik Sahanip Jamil.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Perhubungan , Encik Raymie Amiril, Encik Mohd Nadzim Ariffin  mewakili Pengarah Kolej Vokasional Keningau serta Pegawai Penerangan Daerah Keningau Encik Hendry Nordin.

Monday 28 October 2013

Pusat Aktiviti Untuk Pesakit Kanser Payudara

Hajah Norlidah (enam dari kiri), Lucilla (lima dari kiri) serta para Ahli Jawatankuasa Kinabalu Pink Ribbon memotong kek pada majlis tersebut.
KOTA KINABALU: Kinabalu Pink Ribbon memerlukan sebuah pusat aktiviti untuk kemudahan para mangsa serta penghidap kanser payudara di negeri ini.

Presidennya, Lucilla Pang berkata pusat tersebut akan menyediakan penginapan selain tempat untuk berehat bagi pesakit yang datang dari luar bandaraya untuk medapatkan rawatan atau temujanji di mana-mana hospital di sini.

“Kini kami mempunyai bilangan ahli seramai 400 orang seluruh negeri ini yang terdiri daripada para pesakit dan juga sukarelawan.

“Kami menyeru kepada para pesakit kanser payu dara untuk menyertai program ‘Unmasking Breast Cancer’ bagi memberi inspirasi dan menggalakkan semangat untuk meneruskan kehidupan di kalangan mereka.

'”Dengan mendengar serta berkongsi cerita-cerita daripada pesakit kanser payudara yang lain, diharap dapat memberi inspirasi dan menggalakkan mereka untuk meneruskan perjuangan dan yang paling penting untuk meraikan kehidupan,” katanya semasa berucap pada Majlis Malam Gala Masquerade 2013 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Menurutnya, majlis tersebut bagi mengumpul dana tabung kebajikan pesakit yang akan digunakan untuk membantu para mangsa dan pesakit kenser dari segi bantuan kewangan yang meliputi pelbagai perbelanjaan termasuk pengangkutan, penginapan dan bantuan terapi.

Pada majlis itu, badan tersebut telah menerima cek sumbangan bernila RM 10,585.00 daripada syarikat Diamoney yang disampaikan oleh isteri Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni.

Selain menampilkan 10 orang pesakit yang berkongsi cerita perjuangan hidup mereka melawan penyakit tersebut dan cabutan tiket bertuah, majlis turut diserikan dengan persembahan artis yang juga bekas pesakit kanser payudara, Salamiah Hassan dan Atilia.

Sunday 27 October 2013

TYT Rasmi Tamu Besar Kota Belud 2013

GIMIK PELANCARAN DAN PERASMIAN TAMU BESAR KOTA BELUD ……Tun Haji Juhar  ketika membuka tirai perasmian berbentuk replika  Mangis   salah satu  permainan tradisi suku kaum Bajau dan kaum Irranun  pada majlis pelancaran tersebut.
Kota Belud: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan isteri  Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni berkenan menghadiri  dan menyempurnakan  Majlis Perasmian Tamu Besar Kota Belud tahun 2013 bertempat di Tapak Tamu Mingguan Kota Belud pagi tadi.

Keberangkatan tiba Tuan Yang Terutama Tun diiringi sepasukan Penunggang Kuda Bajau lengkap berpakaian tradisional telah diberi sambutan meriah termasuklah persembahan Sambut Tamu dan persembahan kebudayaan suku kaum.

Pelbagai acara disusun sempena Tamu Besar Kota Belud Tahun ini.   Antaranya Pertandingan Ratu Serimpak, Pertandingan Betitik di samping pameran hasil-hasil kraft termasuklah acara kebudayaan suku-suku kaum dan aktiviti pertunjukan Penunggang Kuda Bajau yang menjadi acara istemewa dan tarikan yang besar kepada para pelancong.

Turut hadir pada majlis Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap  Ahli Parlimen Kota Belud,  Datuk Haji Abdul Rahman Haji Dahlan, Pembantu Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar, Datuk Kamarlin Haji Ombi, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan  Datuk Haji Musbah Haji Jamli serta Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Tamu Besar Kota Belud  Norsafi Haji Dukah.

Saturday 26 October 2013

Charity Golf Tournament

The Head of State Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin officiated the Charity Golf Tournament 2013 at  Sutera Harbour Golf and Country Club this morning.

Photo (below): Champion under Open Gross category receiving prize from  Sabah State Secretary Tan Sri Sukarti Wakiman


Friday 25 October 2013

National Integration Visit

Head of the National Integration team Haji Yahya Mahmad (right) gives a souvenir to the Director of Sabah Information Department Haji Almain Ajirul, watched by Almain’s deputy Yunus Sapirin (left).
KOTA KINABALU: As part of the National Integration Programme, a 25 member team from the   Federal Development Department Kelantan  and representative from Pahang State Development Office, paid a visit to the Sabah Information Department this afternoon. They were given a short briefing on economic, social and political situation of Sabah.

Konvoi Kembara Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1435h Di Lancar

Datuk Haji Tawfiq ketika menyempurnakan  perlepasan Konvoi Program Kembara Hijrah 1435H  Peringkat Negeri Sabah  bertempat di Perkarangan Masjid Bandaraya,  Kota kinabalu pagi tadi. 
Kota Kinabalu: Menteri Belia  dan Sukan Negeri Sabah, Yang Berhormat Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan  telah menyempurnakan  perlepasan Konvoi Kembara Hijrah 1435H Peringkat Negeri Sabah  bertempat di Perkarangan Masjid Bandaraya,  Kota kinabalu pagi tadi.

Program Konvoi Kembara Hijrah 1435H  Peringkat Negeri Sabah yang bermula hari ini dan berakhir pada Ahad adalah program bersama anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM),  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM).

Lebih 20 kenderaan pacuan empat roda dan 60 peserta daripada pelbagai jabatan  dan agensi  terlibat dalam pengembaraan ke beberapa lokasi antaranya ke daerah  Tuaran, Ranau, dan Beaufort.

Antara  objektif Program Kembara Hijrah  1435H dianjurkan bertujuan membentuk disamping  menjalin rasa ukhuwah dan kerjasama erat di kalangan agensi kerajaan dengan masyarakat setempat dalam melaksanakan program-program dakwah selain bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Negeri Sabah  yang akan disambut awal November depan.

Antara pengisian sepanjang program berlangsung termasuklah Program Khidmat Komuniti, Gotong-royong di Masjid dan Tanah Perkuburan, Membaiki surau, Khidmat Kaunter Tabung Haji disamping mengadakan kuliah-kuliah berbentuk keagamaan di Masjid dan Surau yang dilawati.

Turut hadir pada Majlis Pelancaran Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Bin Haji Mohd Arif, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ( JHEAINS) Datuk Amri A. Suratman serta  Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM ) Zon Sabah Haji Samin Haji Ongki.

Thursday 24 October 2013

206 Kanak-Kanak Dirai Sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah 2013

Toh Puan Norlidah bermesra dengan kanak-kanak istimewa yang hadir dalam majlis itu.
KOTA KINABALU: Seramai 206 orang kanak-kanak istimewa diraikan dalam Majlis Jamuan Teh Sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah 2013 di salah sebuah hotel terkenal, sini, petang tadi.

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah R.M Jasni berkenan hadir dalam majlis sebagai tetamu kehormat.

Pada majlis tersebut, Tun Juhar turut menyampaikan hadiah kepada 26 buah institusi kebajikan dan sekolah khas.

Majlis yang diadakan setiap tahun diraikan meriah dengan pelbagai persembahan yang menarik daripada bakat-bakat muda.

Turut hadir sama isteri Ketua Menteri Sabah merangkap Yang Di-Pertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat (BAKISA), Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid, Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj. Sukarti Wakiman dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato' Abu Bakar Hassan.

Courtesy Call From The Organizing Committee of The ‘Tamu Besar Kota Belud’ to State Istana

Head of State Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin received a courtesy call from the organizing committee of the ‘Tamu Besar Kota Belud’ at the State Istana this morning.

The seven member delegation was headed by its chairman Norsafi bin Haji Dukah, who is also the Assistant District Officer of Kota Belud (Development). The committee officially invited Juhar to officiate the annual ‘Tamu Besar” event on 27th October at Kota Belud.

Norsafi presents a souvenir to Tun Juhar

Sunday 20 October 2013

Kenyans Reign Mt Kinabalu Climbathon

Men Open champion Enock Kipchirchir Kigen
KUNDASANG: Kenyan runners almost swept  all the prizes in men and women open category in today’s 27th Mt Kinabalu Climbathon 2013.

Under the men open, the first , second and third places were swept by the Kenyans.

Enock Kipchirchir Kigen won the 23km race by clocking 2:28:57 and became the champion. He took away  RM5000 as cash prize.

The second and third places also fell for two other Kenyans, namely Stephen Daniel Karithi Kuria who clocked 2:30:45 and Nelson Kiptoo who clocked 2:33:21. They received RM3000 and RM2000  cash respectively.

Under the women open, the first and second places fell for Kenyan ladies and the third place was won by a Nigerian.

Carolyne Jepkosgei Chepkwony  became the champion by finishing the race in 3:13:21. The first runner-up Viola Jepchirchir Kimeli clocked in 3:26:10. The third place went to a runner from Nigeria, Genevive Uchechi Nooku who finished at 3:36:44.

Another interesting thing was husband and wife won the race under veteran category.

Reigning champion Guainus Bin Salagan retained his number one spot by finishing the race in 2:37:14, beating his own record of 2:40:19 set last year. His wife Kona @Lydia Binti Liau A Ken won the second place in women veteran race. She clocked 3:40:47.

Deborah Chinn who won the race last year under this category, retained her title as  the champion. She clocked 3:36:51.

Almost all runners expressed it was a tough run. The Kenyans have no training running the mountain race and this is the first such run for almost all of them.
They  are eager to run next year.

Saturday 19 October 2013

27th Mount kinabalu International Climbathon

Summit Race Elite Men winners posing for a photo: David Simpat (centre) Dai Matsumoto (second right) and Safrey Sumping (third left), joined by Datuk Pang Yuk Ming (second left)
David Simpat, a porter from Kinabalu Park, emerged victorius beating 44 other participants in the 27th Kinabalu International Climbathon held here this morning.

The 31 year old from Kota Belud said he was very happy and didn’t expect to win the race.

“ I’m a porter and I did my training while carrying the things up the mountain,” he told reporters after crossing the finishing line, clocking 4hr.12m.29sec

He said the 33 km race was very challenging this time as he had to run up to the summit.

“But when I reached the summit I looked behind and felt relieved when I saw the second runner still away from me,” David said. He reached the peak and set the first record timing of 2hr.11m.17sec.

David won the Summit Race under Elite Men Category, taking away cash prize RM8000.

The first runner-up Dai Matsumo( 31), a pro-skyrunner from Japan, clocked 4hr.18m.27sec and received RM 6000 cash.

Safrey Sumping (30) from Masilau bagged the second runner-up prize of RM4000 cash. He clocked 2hr. 25m. 47sec.

Under the Elit Women category, a 24 year old young lass from New Zealand emerged as the champion , beating ten other participants.  She clocked 5hr.24m.28sec.

The ex-teacher who is studying Chinese language in Taiwan now,  said she was excited to win the race.

“The most toughest part of the trail was reaching the peak,” she said.

This is the first time she is running the race in Malaysia. She took home RM8000 as prize money.

Rubber tapper Danny@ kuilin binti Gongot (47) emerged as the first runner-up clocking 5hr.57m.34sec. This is the fifth run for her and expressed her wish to run again next year if her health permits.

Swiss women Nora Barbara Senn (38) took the third place in the Summit Race, bagging RM4000 cash. She clocked 6hr. 11m. 17sec.

She said this is the first time running this race and taken away by the absolute beauty of the nature along the trail.

“ I have been here 6 times and every time I wanted to climb Mount Kinabalu. I’m happy this time I made it. I was not sure I would make it to the top. I’m really happy I made it to the summit,” she said.

Earlier this morning, Minister of Tourism, Culture and Environment Datuk Seri Masidi Manjun flagged off the 27th Mount Kinabalu International Clibathon Summit Race. Others who were present at the event were his assistant Datuk Pang Yuk Ming and Chairman of Sabah Tourism Board Datuk Joniston Bangkuai.

Friday 18 October 2013

Pelajar Pendidikan Khas Tuaran Raih Tempat Pada Majlis Tilawah Pendidikan Khas Kebangsaan

Kota Kinabalu: Dua pelajar Sekolah Pendidikan Khas Pekan Tuaran berjaya meraih tempat dan mengharumkan nama negeri Sabah pada Majlis Tilawah Pendidikan Khas Kebangsaan yang diadakan di Negeri Kelantan pada penghujung September lalu.

Kedua-dua pelajar berkenaan, Muhammad Amar Amiirul Amin dan Muhammad Iman Izzuddin Jamaludin masing-masing berjaya mendapat tempat ke-dua dan tempat ke-tiga bagi Bahagian Tilawah dan Bahagian Hafazan.

Pengerusi  Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG) Sekolah Pendidikan Khas Pekan Tuaran, Jamaluddin Haji Kassim berkata kejayaan kedua-dua pelajar itu yang mempunyai masalah penglihatan merupakan kejayaan yang amat membanggakan  bagi pihak sekolah berkenaan.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang  turut berperanan membimbing dan memberi tunjuk ajar sehingga berjaya membawa pelajar-pelajar mengembangkan bakat dan ilmu ke peringkat lebih tinggi melalui pertandingan yang dianjurkan.

Sambil merakam ucapan tahniah kepada kedua-dua pelajar, Jamaluddin berharap kejayaan ini akan mendorong lebih ramai pelajar pendidikan khas di negeri ini khususnya pelajar-pelajar  di sekolah berkenaan mewakili negeri Sabah dalam majlis seumpama ini pada masa hadapan.

Saturday 5 October 2013

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah 2013

KOTA KINABALU: Seramai 53 orang menerima Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang serta Pingat-Pingat Negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Ke-60 Tahun Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin di Istana Negeri, pagi tadi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran tertinggi iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima, diikuti Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Panglima Angkatan Tentera Datuk Seri Panglima Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; Ketua Polis Negara Datuk Seri Panglima Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pengasas YTL Corporation Datuk Seri Panglima Tan Sri Dr Yeoh Tiong Lay.

Tun Juhar turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran kedua tertinggi iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Senator Datuk Dr. Lucas Umbul; Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Datuk Au Kam Wah; ADUN Sindumin Datuk Haji Ahmad Bujang; Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Jame Alip; Datuk Haji Abdul Shukur Haji Idrus; Datuk Haji Abdul Kadir M.E. Sikkandar; Datuk Alex Sham Ching Nam; Datuk Dr. Hajah Suzain Datuk Haji Suhaimi; Datuk Li Yuan Ken dan Datuk Patrick Jilan.

Pada majlis istiadat itu, Tun Juhar turut mengurniakan Watikah Pelantikan  sebagai Jaksa Pendamai (JP) kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Johnny Mositun; Datuk Haji Mohd. Ainal Fattah dan Dato’ Sulaiman Ibrahim.

Selain itu, seramai 14 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK).

Antaranya ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Sabah (JASA) Tuan Haji Abdul Manap Lakariba; Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun dan Ketua Pemberita Utusan Borneo Salamat Tambanan @ John.

Manakala, seramai 21 orang lagi menerima Darjah Kebesaran Ahli Darjah Kinabalu (ADK).  

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Bin Tun Said Keruak; Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan; Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin; Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Seri Panglima Sukarti Wakiman; para jemputan khas dan ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.-/PENERANGAN

ISTIADAT PERBARISAN HARI JADI KE-60 TYT

KOTA KINABALU:  Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni berangkat ke Istiadat Perbarisan Hari Jadi Rasmi Ke-60 di Stadium Kompleks Sukan, dekat Likas, pagi tadi.

Sebanyak 80 kontinjen terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan, pusat-pusat pengajian, sekolah-sekolah menengah dan rendah mengambil bahagian dalam Acara Berjalan Lalu.

Acara dimeriahkan dengan persembahan koir Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang mendendangkan tiga buah lagu iaitu Gunung Kinabalu, Sabah Maju Jaya dan Selamat Hari Jadi diiringi tarian oleh Kumpulan Kebudayaan Sabah.

Turut berlangsung ialah persembahan gimnastik oleh Soka Gakkai Malaysia Cawangan Sabah dan persembahan khas oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Antara yang hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri, Datin Seri Panglima Hajah Faridah Haji Tussin; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Raya Erom; Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-60 TYT, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin dan isteri, Dati Seri Panglima Hajah Siti Jouyah Mohd Yunin serta menteri-menteri kabinet./PENERANGAN-

Wednesday 2 October 2013

Majlis Penyampaian Kek Sempena Perayaan Harijadi TYT ke 60

KOTA KINABALU: Beberapa buah hotel terkemuka sekitar Kota Kinabalu berpeluang menyampaikan kek sempena perayaan ulang tahun ke-60 Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah Tun Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin di Istana Negeri, pagi tadi.

Majlis ringkas yang diadakan telah diwarnai dengan persembahan 10 buah kek hasil sentuhan kreatif oleh Chef Pastri daripada 10 buah hotel yang terlibat.
Chef Sugih Muliana, Chef Pastri daripada Sutera Harbour berkata Kek Mentega Vanila Walnut dan Kurma Madu seberat 50kg hasil ciptaan beliau merupakan persembahan unik sempena hari jadi Tun Juhar yang ke-60.

Menurutnya, kek empat tingkat setinggi empat kaki itu merupakan interpretasi simbolik status dan kedaulatan pemimpin negeri diterajui Tuan Yang Terutama Tun Juhar.

Sejarah penggunaan bantal dalam upacara rasmi kerabat di raja di seluruh dunia dari awal kurun ke-12 menjadi sumber inspirasi Chef Sugih dan ahli pasukannya untuk menghasilkan sebuah kek yang menarik perhatian ramai.

Bantal-bantal kek dihiasi dengan replika sebilah keris dan songkok yang dipakai oleh Tuan Yang Terutama sebagai lambang negeri Sabah.

Sementara itu, Chef Natasha Samin, Chef Pastri daripada Hotel Horizon menghasilkan ciptaan kek berlatarbelakangkan suasana masyarakat yang sedang membuat persiapan bagi merayakan perayaan ulang tahun Tun.

“Budaya tempatan yang saling bekerjasama dan bergotong royong bekerjasama apabila tiba sesuatu perayaan merupakan sumber inspirasi saya untuk menghasilkan kek ini,” katanya.

Turut mencuri perhatian ialah persembahan kek daripada Hyatt Regency, dimana Chef Pastri, Chef Ismail Saidan menghasilkan kek yang bertemakan hidupan di dalam dasar laut.

Menurut Chef Ismail, hasil ciptaan beliau didorong oleh kesedaran untuk memelihara dan memulihara hidupan dasar laut yang semakin pupus.

Beliau berkata Sabah mempunyai tarikan pelancongan yang sangat baik terutama dalam aktiviti menyelam di dasar laut. Justeru, amat penting generasi pada masa kini memupuk kesedaran dalam diri masing-masing untuk memelihara khazanah yang dimiliki.

Pada akhir majlis, Tun Juhar turut menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat di atas usaha mereka mempersembahkan hasil kreatif yang amat bermakna buat beliau dan keluarga.

Antara hotel yang turut terlibat pada Majlis Penyampaian Kek sempena perayaan harijadi Tun Juhar ialah Hotel Palace; Hotel Ming Garden; Rasa Ria Resort; Nexus Karambunai; Le Meridien dan Sabah Oriental.

Turut hadir, isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Norlidah RM Jasni, pengurus-pengurus hotel dan kakitangan hotel.-/PENERANGAN

Harold Rangkul Hadiah Anugerah Khas TYT

KOTA KINABALU: Karya bertajuk “Sabah Kaya Bah” nukilan Harold Reagan Eswar berjaya merangkul Anugerah Khas Tuan Yang Terutama dan membawa pulang wang tunai RM7,000.

Anugerah yang julung kali diadakan itu adalah sempena sambutan 50 tahun Sabah merdeka dalam Malaysia.

Manakala karya lukisan Masni Haji Muin yang bertajuk “Klias Riverside 1” pula memenangi Pemenang Karya Utama (Kategori C) dan menerima hadiah wang tunai RM6,000.

Hadiah-hadiah tersebut disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Mahiruddin pada Majlis Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi TYT Ke-60, di salah sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah merupakan aktiviti pengembangan seni visual tahunan anjuran Balai Seni Lukis Sabah yang dipengerusikan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) di bawah naungan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri.
Aktiviti tahunan ini melibatkan penyertaan dari para pelukis, pengukir, pengarca, perekabentuk dan sebagainya bagi menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi untuk dipilih, dipamer dan dikumpul sebagai koleksi dan khazanah Balai Seni Lukis Sabah dan Negeri.
Sebanyak 3 kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori A (Menengah Rendah), Kategori B (Menengah Atas) dan Kategori C (Terbuka) yang diadakan dalam dua peringkat iaitu Peringkat Bahagian dan Peringkat Negeri.
Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun yang mewakili Ketua Menteri Sabah; Pengerusi LKNS, Datuk Wences Angang dan Pengurus Besar LKNS./PENERANGAN-

Tuesday 1 October 2013

Sabah Govt Praised For Giving Expensive Land For People’s Housing Programme

KOTA KINABALU: Deputy Prime Minister Tan Sri  Datuk Seri Hj Muhyiddin Hj. Mohd Yassin urged the State Governments to allocate sufficient land to build affordable homes.
This will help the government  to reach its objective to build 1 million homes for the low income group.
“I praise the Sabah State government for allocating a land costing millions of ringgit at a strategic place here,” he told before officiating  the ground breaking ceremony  of  People’s  Housing Programme at Kepayan Ridge this morning.
Muhyiddin said  Sabah was fortunate that with the help of the Chief Minister,  able to obtain a piece of land for the People’s Housing Project at Kepayan Ridge.
“ Without land the Federal Government can’t carry out the project. This is the second largest project in Malaysia after Wilayah Persekutuan,” he added.
The Deputy Prime Minister said five hundred houses would be built here and though  this is a small number, it means  big thing for him as the government was committed to build more affordable houses for the low income group in Malaysia.
The houses consisting five blocks will be built on 6.437 acres of land belonging to Sabah Housing and Town Development Board (LPPB).
Muhyiddin said the  RM80 million project  is aimed at   providing adequate housing for people with monthly income less than RM2500  and those living in squatter areas without proper housing.
“The houses would be sold at RM42,000 each and the people must understand those are highly subsidised by the government. A similar house will cost between RM130,000 to RM150,000 outside," he added.
Earlier, Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said  this housing project was  a clear testimony .that the Federal Government is really committed in giving priority to the needs of people  basic facilities such as education and affordable housing.
“I believe the implementation of this housing project will not only benefit the people with low income, but will also see more comfortable and systematic homes,” he said.
Minister of Urban Wellbeing, Housing and Local Government Dato’ Abdul Rahman Dahlan, who has been entrusted with the task to complete such projects in Malaysia,  said the construction work at Kepayan Ridge  will begin soon and expected to be completed  in 2017.
“The houses with 700sq ft  floor space  will have 3 rooms, 2 baths, a hall, dining space, kitchen and place to dry clothes.
“The houses are priced at  RM42,000 each. But those who can’t afford to buy can opt to rent at  RM124 per month..
“Also 100 units of these houses will be allotted for  young married couples below 30 years of age as a ”transit house” to allow them to stay for two years before they can save enough money to buy  own houses, “ Rahman said.
The housing scheme will have various facilities such as kindergarten, surau, multipurpose hall, parking lots, administrative office, play ground and open space.
The Kepayan Ridge People Housing Project is one of the 13 projects which were approved under the budget for 2013.
It is located 5km away from the city.-PENERANGAN