Wednesday 29 January 2014



RABU:  29 JANUARI 2014


AMALKAN KONSEP MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM: ALMAIN
 
 KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Penerangan Sabah (Japen Sabah), Haji Almain Ajirul menggesa para anggota Jabatan Penerangan Sabah agar dapat mengamalkan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam seperti yang disarankan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, baru-baru ini.
 
“Kerajaan telah memperkenalkan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam yang akan diterapkan kepada 1.4 juta penjawat awam dalam memastikan penyampaian perkhidmatan tersebut menepati kehendak rakyat”.
 
Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bilangan 1/2014 Japen Sabah di Dewan Semarak Wisma Dang Bandang, di sini, pagi tadi.
 
Almain berkata, konsep itu merupakan salah satu usaha transformasi kerajaan sebelum memasuki fasa Wawasan 2020 bagi menjadikan perkhidmatan awam sebagai perkhidmatan rakyat menerusi Enam prinsip dalam konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam tersebut.
 
Justeru semua anggota Japen Sabah diseru agar menghayati enam prinsip tersebut serta dapat mengamalkannya bagi memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam lebih-lebih lagi peranan Jabatan Penerangan Malaysia sendiri yang merupakan penyebar maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat akar umbi, kata Almain.
 
"Enam prinsip tersebut iaitu seperti keterbukaan, turun padang, musyawarah, insaniah, kekitaan dan kerjasama bersama swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ialah satu pendekatan dalam mewujudkan penyampaian terbaik dalam sistem penyampaian kakitangan awam”, Almain menambah.
 
Ujar beliau, antara salah satu prinsip Merakyatkan Perkhidmatan Awam ialah turun padang yang merupakan pendekatan yang paling berkesan untuk mengenal pasti isu yang dihadapi serta menyelesaikannya secepat mungkin.
 
" Menerusi konsep turun padang, Anggota Japen Sabah perlu memainkan peranan dalam menjawab isu-isu yang dilemparkan terhadap kerajaan selain menjelaskan agenda dan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat," tambahnya lagi.
 
Pada Majlis yang sama, beliau juga turut merasmikan Program “Bergerak Sederap” bersempena Sambutan Hari Krismas 2013, Tahun Baharu 2014, Sambutan Maulidur Rasul dan Tahun Baru Cina 2014 anjuran Kelab Anggota Jabatan Penerangan Negeri Sabah (KAPSA).
 
Beliau berharap agar program tersebut dapat merapatkan lagi tali silatul Rahim antara kakitangan Japen Sabah yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.
 
Majlis tersebut turut meraikan kakitangan Japen Sabah yang telah bersara di samping cabutan tiket bertuah dan persembahan oleh artis-artis Pentarama Japen Sabah.
 
Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Yunus Haji Saprin; Pengerusi KAPSA Japen Sabah, Ishak Momin serta para pegawai kanan dan anggota Japen Sabah.
 
 Keterangan gambar:
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1. Kelihatan Puan Hajah Rosnie Ekin (kiri) menerima anugerah pekerja cemerlang bagi bulan Januari 2014 yang disampaikan oleh Almain, sambil diperhatikan oleh Yunus (kanan sekali) pada majlis perhimpunan bulanan
 
 

2. Gimik perasmian Program Bergerak Sederap anjuran Kapsa Japen Sabah yang disempurnakan oleh Almain.
 
 



3. Puan Kenny Thomas (kiri) daripada Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Japen Sabah antara pemenang cabutan bertuah pada majlis itu.

Teks n Foto oleh: Mohd Faizal Mansor, Jeffren Malaning dan Vicky Matanjang
 

Thursday 23 January 2014

KEPIMPINAN , KEPERIBADIAN RASULLULAH TUNJANG KEKUATAN UMMAH

KOTA KINABALU  :    Umat Islam disaran  mencotohi keperibadian Rasulullulah SAW dan meresapi segala sifat terpuji sebagai tunjang kekuatan ummah.  
Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeoh Boon Hai berkata kelahiran Rasululullah SAW telah memancarkan Nur keperibadian yang tinggi serta memiliki sifat terpuji yang tinggi.
 “ Antara perilaku Nabi Muhammad SAW yang wajib kita contohi ialah sifat lemah lembut baginda yang boleh kita amalkan dalam kehidupan”  katanya semasa merasmikan sambutan Maulidur Rasul SAW 1435H/2014M peringkat Bandaraya Kota Kinabalu, di sini pagi tadi. ( 22/1/2014 )


Yeoh juga umat islam terus mengamalkan cara kehidupan yang berkualiti dan mengekalkan kekuatan silaturahim dalam kehidupan bermasyarakat yang harmoni dan toleransi.
 Wakil Jabatan Tanah dan Ukur Sabah menerima hadiah daripada Datuk Yeoh Boon Hai ( tiga dari kiri )
Pada majlis itu juga, kontinjen dari Jabatan Tanah dan Ukur diumumkan sebagai johan pertandingan sepanduk dan menerima wang tunai Rm 700  piala, sijil  dan hadiah iringan.
Manakala Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah dan Jabatan Kerja Raya di umum sebagai pemenang kedua dan ketiga dan menerima hadiah Rm 500 dan RM 300, piala beserta sijil dan hadiah iringan, yang disampaikan oleh Yeoh.
Sebanyak tujuh buah kumpulan mengambil bahagian termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kastam, SEDCO dan Sekolah Menengah Agama Tun Ahmadshah.
Hadir sama dalam majlis tersebut S.S Ustaz Bongsu Aziz Jaafar, Mufti Negeri Sabah, Ustaz Musoly Moksin, Wakil Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah serta ketua-ketua jabatan sekitar bandaraya kota kinabalu.

Pemenang merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kenaman yang hadir
/PENERANGAN-WW/SMR 

TYT MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT LIONS CLUBS KOTA KINABALU DAN KELAB GOLF KUDAT

Barisan Jawatankuasa Baharu Kelab Golf Kudat merakamkan gambar kenangan bersama Tun Haji Juhar ( duduk tengah ) dan Tuan Haji Abd Halim( duduk kiri )
KOTA KINABALU  :   Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahirudin berkenan menerima kunjungan hormat rombongan daripada Kelab Golf Kudat di Istina negeri pagi tadi. ( 21 Januari 2014 )

Kunjungan hormat yang diketuai Presidennya, Tuan Haji Abdul Halim Haji Yussof antara lain bertujuan memaklumkan kepada Tuan Yang Terutama Tun berhubung aktiviti dan perancangan Kelab Golf Kudat sepanjang tahun ini termaksuklah program dan usaha menarik lebih ramai pemain dalam dan luar negeri menyertai kejohanan yang dianjurkan.

Pada kunjungan hormat berkenaan Tuan Haji Abdul Halim turut memperkenalkan barisan ahli Jawatankuasa Kelab Golf Kudat yang baru dan bercadang mengadakan kejohanan Golf Amal pada pertengahan tahun ini.

Presiden Lions Clubs Kota Kinabalu (duduk kiri ) merakamkan gambar bersama Tun Haji Juhar ( duduk tengah ).
Terdahulu, Tuan Yang Terutama Tun berkenaan menerima kunjungan hormat daripada Lions Clubs Kota Kinabalu diketua Presidennya Dr.Ln Mohd Suffian Chong.

Antara lain tujuan kunjungan tersebut adalah memaklumkan kepada Tuan Yang Terutama berhubung perancangan dan program Lions Clubs Kota Kinabalu pada tahun ini termasuklah program kemasyarakatan terutama usaha menyalurkan bekalan air gravity di kawasan pedalaman Sabah.

Dr.Ln Mohd Suffian berkata, Lions Clubs Kota Kinabalu bekerjasama dengan Lions Clubs International dari Negara Jepun dan Korea serta Jabtan Kesihatan negeri Sabah bagi program membekalkan air bersih gravity yang dilaksanakan.

Sebagai tambahan, Lions Clubs Kota KInabalu juga akan terus menyalurkan bantuan kepada pesakit kronik dan tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan termasuklah rawatan dalam dan luar Negara.

/PENERANGAN-WW/JGK






Wednesday 22 January 2014

BAKISA BERAZAM PERTAHANKAN KEJUARAAN - JULIA

KOTA KINABALU :   Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Sabah (BAKISA) berazam mempertahankan kejuaraan untuk kali ke-10 pada temasya Sukan Isteri Wakil-wakil Rakyat SeMalaysia 2014.

Pengerusi Biro Sukan, Datin Seri Panglima Hajah Julia Salag berkata kontinjen tersebut akan berangkat ke Johor pada Selasa depan dan mensasarkan kejuaraan pada acara sukan badminton, boling dan perbarisan.

“Misi Bakisa untuk mempertahankan kejuaraan dan membawa balik Piala Perdana 1Malaysia untuk kali ke-10 tahun ini.

“Sasaran acara masih lagi kepada sukan badminton dan boling selain acara perbarisan kita dominasi sejak Sembilan tahun lalu,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada isteri Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang juga penaung badan amal itu, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni di istana Negeri, petang tadi.

Dengan menggunakan khidmat tiga orang jurulatih professional, Yang Ket Liang serta Steven Joker bagi badminton dan Ricky Loh bagi sukan boling, Bakisa menurut Julia, yakin dengan prestasi kontijennya.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan kehadiran masyarakat di sekitar Sembulan untuk menghadiri majlis anjuran Bakisa bersama YADIM Zon Sabah iaitu Program Santai Bersama Al-Hafiz ustaz Mohd Kazim Elias di Dewan Saadah, bermula jam 7 malam esok (Jumaat).

Personaliti yang popular dengan rancangan Kalau Dah Jodoh di siaran Astro Oasis itu akan menyampaikan ceramah bertajuk “Keluarga Pembentuk Ummah Berkualiti”./PENERANGAN-

KETERANGAN GAMBAR:


  1. CENDERAMATA…Yang Di-Pertua Bakisa, Datin Seri Panglima Hajah Faridah Haji Tussin (lima dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Hajah Norlidah (enam dari kiri) sambil disaksikan Julia (lima dari kiri) serta para AJK Bakisa.
  2. ALBUM…Hajah Norlidah (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama rombongan Bakisa yang akan berangkat ke Johor, Selasa depan.

Tuesday 21 January 2014

Chinese Community Urged To Support The Government

Dr. Ir. Edward Yong Oui Fah (2nd from right) receiving a momento during the closing ceremony of the 2014 Chinese New Year Carnival from Mayor of Kota Kinabalu City Hall, Datuk Abidin Madingkir (2nd from left) at Lintasan Deasoka. Also present, President of Chinese Associations Sabah (FCAS), Datuk T.C. Goh (left) and President of Chinese Chamber of Commerce and Industry (KKCCCI), Datuk Michael Lui (right).
KOTA KINABALU: Chinese Community must support the Government with sincerity and never conceal their gratitude, urged the President of Chinese Chamber of Commerce and Industry (KKCCCI), Datuk Michael Lui.

He said the community must adhere to the spiritual culture of reciprocating the gratitude with meaningful deeds.

“It is about time for our community to change our mindset and thinking, we must be consistent in our words and action,” he said during the closing ceremony of the 2014 Chinese New Year Carnival held at Lintasan Deasoka, last night.

Michael also stated that the Chinese Chamber of Commerce and Industry (KKCCCI) has always supports the Government with full sincerity and maintain their steady stance.

Adding to it, he said the organization will continue to act as the bridge for the Chinese business community as well as the cultural bodies to convey the voices of the community to the Government.

“We will cooperate with both State and Federal Government in the promotion of ongoing social welfare and economic programs for the people in Sabah towards realizing a more prosperous Sabah,” he said.

Meanwhile, the Assistant Minister of the Chief Minister’s Department, Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah in his speech said that the State Government has always been supportive to Kota Kinabalu City Hall by providing grants to organize cultural events such as the 2014 Chinese New Year Carnivals.

Therefore, the people of Sabah should be grateful that everyone can lives in peace and harmony despite religious differences.-/PENERANGAN

KT/AM