Sunday 16 February 2014

BANJIR DITENOM SEMAKIN PULIH

BMKK/SA(G)/                                    SELASA : 15 Februari 2014
 
 
   Encik Madiem (kanan) memberikan taklimat kepada Datuk Radin (bertopi) turut kelihatan Datuk Raime
TENOM  :   Bacaan paras air di daerah ini menunjukkan penurunan hari ini. Berdasarkan laporan bilik gerakan bencana daerah bacaan hari ini setakat jam 3.00 petang  177.30 hari ini berbanding hari sebelum 178.96.


Sehingga hari ini seramai 3,000 orang mangsa yang ditempatkan di 24 buah pusat pemindahan yang melibatkan 38 buah kampung di daerah ini.

Menurut Pegawai Daerah Tenom, Encik Madiem Layapan , yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah operasi bantuan menyelamat dan penghantaran makanan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan berjalan lancar.

Tambah Madiem lagi , bahawa operasi berkaitan bantuan mangsa banjir dilaksanakan secara bersepadu antara agensi kerajaan didaerah ini. Antaranya Unit Udara Polis telah memberikan bantuan awal dengan menghantar bantuan makanan ke tujuh pusat pemindahan Yng terputus hubungan dengan menggunakan helikopter.

Beliau berkata demikian dipusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom yang turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap, Datuk Radin Malleh, yang turut meninjau mangsa banjir dipusat pemindahan tersebut.

Sementara itu beliau berkata , Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi telah memberikan sumbangan lima buah bot dan enjin sangkut yang telah diserahkan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat daerah bagi membantu mempercepatkan bantuan menyelamat serta memindahkan mangsa-magsa banjir ke pusat pemindahan sementara.

Beliau menambah, Persatuan Bulan Sabit Merah telah menyumbangkan tilam manakala Persatuan Isteri Polis turut membantu menyediakan dan memasak makanan untuk mangsa-mangsa banjir dipusat berkenaan.

Pada perkembangan yang berkaitan Pengerusikan Biro Kebajikan UMNO & Barisan Nasional Malaysia , Datuk Hj Abdul Azeez Abdul Rahim, turut menyampaikan bantuan tambahan keperluan mangsa-mangsa banjir.
 
Datuk Azeez bertanyakan sesuau kepada salah seorang mangsa
Menurut beliau  , Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana telah mengarahkan beliau dengan serta merta turun padang bagi memberikan bantuan tambahan yang diperlukan.

Turut melawat mangsa banjir di dewan berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Wira Hamzah Taib.

 
Datuk Radin (dua dari kiri) bersama Datuk Wira Taib (kiri sekali),Datuk Raime(tiga dari kanan) Datuk Azeez (dua dari kanan) juga menghulurkan kepada kanak-kanak

/PENERANGAN-WW/VSM

Tuesday 4 February 2014

Kunjungan Hormat Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Sabah ke Istana Negeri


KOTA KINABALU: Politeknik Kota Kinabalu bakal meraikan 1433 orang graduan pada Majlis Konvokesyen Kali Ke-18 pada 22 hingga 23 Mac depan.

Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Haji Wan Mohamad Nasir Wan Abdul Rahman (pertama dari kiri) berkata demikian pada kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin (dua dari kiri) di Istana Negeri, pagi tadi.  

Dalam pada itu, beberapa program seperti program kemasyarakatan dan keusahawanan turut diadakan yang melibatkan para pelajar.

Majlis tersebut akan diadakan di Nexus Resort Karambunai.

Turut hadir pada kunjungan tersebut, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah R.M Jasni (dua dari kanan) dan Timbalan Pengarah Politeknik Sokongan Akademik, Samat Soion(kanan)./PENERANGAN-