Thursday 27 March 2014

NEW NAME ADOPTED FOR COMMUNITY DEVELOPMENT OFFICERS

Chief Minister Datuk Seri Musa Aman (centre) receives a memento from the Director of the Community Development Leaders Unit, Datuk Japlin Akim (second right). On looking are Deputy Chief Minister Datuk Seri Haji  Yahya Hussin (left), Speaker of the State Assembly Datuk Seri Mohd Salleh Tun Said (second left) and Sabah State Secretary Tan Sri Sukarti Wakiman (right).
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said from now onwards, the Community Development Officers (CDO), would be known as Community Development Leaders or Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) in Bahasa Malaysia.

Previously they were known as Pemimpin Kemajuan Rakyat or PKR officers in short.He said he received many complaints regarding these leaders who were called as PKR leaders.

“These leaders  may be wrongly connoted to the opposition political party – Parti Keadilan Rakyat,” he said.

Musa said he made the changes to the name after a request from the Director of the Sabah Community Development Leaders Unit, Datuk Japlin Akim.

Musa was speaking to 600 over participants during a meeting session with the Community Development Leaders at Menara Tun Mustapha here this morning.

The Chief Minister expressed confident that with new brand name, new image,  new challenges and new approach, the community development leaders would be more  proactive, responsive and work hard in keeping close contact with the people.

He said the leaders played crucial role in conveying the important messages of the government as they worked very  close  with  the people on the ground.

“This is the responsibility that is given to you. We want you to give the best service to the people. This is very important. We want them to know what the government is doing for them through various policies, projects and subsidies. We want them to know that the Barisan Nasional government is still relevant and in the hearts of the people”, he said.

The Community Development Leaders  are politically appointed by the State Assemblymen of the respective constituencies to assist them in political and community matters.-/PENERANGAN

RS/VM

UMS BAKAL SEDIA KEPAKARAN UNTUK TIMOR-LESTE

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah akan menyediakan kepakaran dan kemahiran industri minyak dan gas kepada Timor-Leste.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata UMS akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Petroleum dan Sumber Mineral kerajaan Republik Demokratik Timor-Leste pada 2 April ini.

Katanya, lanjutan daripada MoU itu, hasrat Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk bekerjasama dengan institusi penyelidikan dan pembelajaran bakal tercapai melalui skim latihan dalam industri minyak dan gas yang disediakan untuk penduduk Timor-Leste.
  
“UMS akan menawarkan peluang pengajian daripada peringkat sijil hingga diploma kepada mereka dan setakat ini seramai 30 orang pelatih telah dipilih untuk mengikuti program pengajian ini,” katanya pada sidang akhbar disini, pagi tadi.

Jalinan kerjasama diantara UMS dan Timor-Leste dilihat bakal memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.

Harun berkata hubungan kerjasama itu bukan saja dapat membawa imej UMS ke peringkat antarabangsa tetapi pada yang sama akan meningkatkan jumlah pelajar antarabangsa di universiti itu sendiri.

Katanya, sebuah Pusat Perhubungan UMS-Timor Leste turut ditubuhkan untuk menyelaras dan mempererat jalinan silaturahim serta kerjasama dengan kerajaan Timor-Leste.

Dalam perkembangan lain, Universiti Malaysia Sabah akan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Hubungan Antarabangsa kepada Perdana Menteri Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Kay Rala Xanana Gusmao pada 2 April 2014 pukul 9 pagi.

Majlis Konvokesyen Komemoratif itu akan berlangsung di Dewan Canselor, UMS dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Juhar Haji Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan beberapa menteri dari Republik itu./-PENERANGAN


KT/EK

Monday 24 March 2014

KESUMBA SUMBANG RM 15,000.00


Hajah Norlidah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Rumah As Sakinah
KESUMBA SUMBANG RM 15,000.00

KEPADA RUMAH ANAK YATIM
DAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR UMS


KOTA KINABALU  :    Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah ( KESUMBA ) telah menyumbang sebanyak 15 ribu ringgit kepada Rumah Anak Yatim As Sakinah Taman Sabindo Lok Kawi, Rumah Anak Yatim Putera Harapan Ranau dan Tabung Kebajikan Pelajar UMS.
Sumbangan ini adalah sebahagian tanggungjawab sosial dan sebagai tanda keprihatinan KESUMBA kepada mereka yang memerlukan selain mendekati masyarakat akar umbi dengan memberi khidmat bantuan.

"Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 1996 yang bertujuan antara lain membantu dan meninggikan imej serta nama baik universiti melalui pelaksanaan aktiviti dalam bidang sosial dan kebajikan".

"Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah kelas memasak, kraftangan, kelas Al-Quran dan Iqra, Program 'Half Day Care' serta kelas tuisyen kepada anak-anak ahli KESUMBA yang mencecah 300 orang disamping menjalinkan kerjasama menerusi aktiviti berkaitan bersama badan-badan persatuan yang lain".

Yang Di-Pertua KESUMBA, Datin Baidah Ibrahim berkata demikian semasa berucap di Majlis Makan Malam Amal Semarak Budi KESUMBA yang bertujuan mengumpul dana untuk disumbangkan kepada rumah anak yatim dan golongan yang memerlukan.

Majlis  itu yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi telah dihadiri oleh isteri Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni yang juga selaku Penaung KESUMBA.

Toh Puan Hajah Norlidah turut menyampaikan sumbangan dari KESUMBA kepada Rumah Anak Yatim As Sakinah, Sabindo Lok Kawi, Rumah Putera Harapan Ranau serta Tabung Kebajikan Pelajar UMS.
 
Rumah Anak Yatim Putera Harapan Ranau menerima sumbangan dari KESUMBA yang disampaikan oleh Hajah Norlidah (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Datin Baidah (kanan sekali)
Pada majlis itu juga, Yayasan Nur Jauhar turut menyampaikan sumbangan kepada KESUMBA yang diterima oleh Datin Baidah.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah serta Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Mohd Ayid.
 
Hajah Norlidah (tiga dari kiri ) bersama Jainab (dua dari kiri) dan Mohd Harun (kiri sekali), Baidah (tiga dari kanan) ketika menghadiri majlis tersebut
/PENERANGAN-WW/THJ/MFM


Sunday 23 March 2014

TOH PUAN HADIRI HARI KEDUA KONVOKESYEN POLITEKNIK K.K


TOH PUAN SERU GOLONGAN GRADUAN TERUS PERKASAKAN ILMU PENGETAHUAN

KOTA KINABALU:  Isteri Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni menyeru golongan graduan di negeri ini agar terus memperkasakan ilmu pengetahuan walaupun setelah berjaya menamatkan pengajian mereka di institutsi-institutsi Pengajian Tinggi yang mereka pelajari.

“Usaha mencari dan meningkatkan dan meningkatkan ilmu melalui pembacaan perlu terus diamalkan kerana ia menjadi satu proses pembelajaran sepanjang hayat”.

Toh Puan Hajah Norlidah berkata demikian pada Majlis Hari Ke-2 Istiadat Konvokesyen Ke-18 Politeknik Kota Kinabalu yang diadakan di Nexus Resort & Spa Karambunai, di sini, pagi tadi.

Justeru melalui usaha tersebut barulah golongan graduan khususnya para graduan Politeknik Kota Kinabalu mempunyai nilai tambah atau “Value Added” disamping segulung Diploma atau Sijil, kata beliau.

Beliau juga memuji komitmen dan semangat dedikasi yang ditunjukkan oleh para pensyarah Politeknik Kota Kinabalu dalam melahirkan graduan yang berkualiti oleh institutsi tersebut selama ini.

Hajah Norlidah juga turut menyeru kepada para pensyarah agar sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara berterusan di samping memberi perhatian serius terhadap nilai integriti, disiplin dan memupuk sikap toleransi serta amanah dalam melaksanakan tugas.

Pada Istiadat Konvokesyen Ke-18 Politeknik Kota Kinabalu ini, seramai 1,442 orang graduan telah dilahirkan yang terdiri daripada bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik, Perdagangan, Pelancongan dan Hospitaliti dan menjadikan jumlah graduat keseluruhan sehingga kini mencecah 16,379 orang.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Haji Mohlis Jaafar; Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Sabah, Haji Wan Mohamad Nasir Wan Abdul Rahman serta Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Kota Kinabalu Sabah, Cik Hajah Norehan Md. Shariff.

 oleh: MFM/VJ

 KETERANGAN GAMBAR:










Saturday 22 March 2014

Majlis Pelancaran Semarak Rakyat Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Negeri Sabah 2014 di Dewan Tun Said Kota Belud

BMKK/SA(G)/                                  SABTU:  22 MAC 2014

PROGRAM SEMARAK RAKYAT K1M TERJEMAHKAN LAGI ERTI PERPADUAN: SALLEH

KOTA BELUD: Program Semarak Rakyat Komuniti 1Malaysia (K1M) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia merupakan platform terbaik bagi menterjemah erti perpaduan dan permuafakatan antara rakyat berbilang bangsa di negeri ini.

Malah, usaha ini tidak hanya berhenti di situ tetapi menjangkau kepada pengukuhan hubungan antara masyarakat dan para pemimpin melalui pengisian program yang dijalankan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Usukan, Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Semarak Rakyat Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Negeri Sabah 2014 di Dewan Tun Said, di sini, pagi tadi.

Ujar Salleh, sewajarnya juga perlu ada rasa kasih sayang sesama masyarakat yang menjadi pra syarat bagi mencapai perpaduan tidak kira apa latar belakang bangsa, agama dan kedudukan pangkat mereka.

Dalam keadaan masa kini, bukti kasih dan sayang sesama manusia itu bolehlah dilaksanakan dengan berbaik, menghormati dan mengambil berat antara satu sama lain, ujarnya

Selain itu juga pengisian program yang lebih menjurus ke arah membudayakan masyarakat cergas dan sihat amat dialu-alukan bagi mendidik ahli-ahli masyarakat agar mementingkan kesihatan diri sentiasa terpelihara melalui mengamalkan senaman dan cara pemakanan yang sihat, tambah beliau.

“Pengisian program seperti kayuhan sihat berbasikal, sukaneka serta pertandingan tarik tali merupakan aktiviti-aktiviti yang bukan sahaja merapatkan lagi tali silatulrahim bahkan ia juga mengalakkan lagi ahli-ahli masyarakat membudayakan kehidupan yang sihat dan cergas”, tambah beliau lagi.

Salleh juga berbangga dengan pemilihan daerah Kota Belud yang menjadi venu pelancaran bagi program tersebut bagi tahun ini di mana ia juga turut menjadi platform penghubung mesra antara ahli masyarakat dengan para pemimpin.

Program tersebut juga turut mengadakan pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta selain mengadakan pemeriksaan kesihatan dan gigi percuma yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Kesihatan Sabah dan Hospital Kota Belud.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Haji Almain Ajirul; Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam serta Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Yunus Haji Saprin.-Penerangan 





oleh: MOHD FAIZAL MANSOR/JEFFREN MALANING/ZAIDI JAMIN

Keterangan Gambar:
Foto 1: Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam melakukan acara “Flag Off” bagi program kayuhan sihat berbasikal yang turut disertai Salleh.

Foto 2: Salleh (tiga dari kiri) menyampaikan “Mock Check” kepada salah seorang pengerusi K1M daerah Kota Belud, turut kelihatan Almain (dua dari kiri) dan Abdul Gari (kiri sekali).

Foto 3: Kelihatan… Salleh turut serta dalam pertandingan tarik tali.


Foto 4: Salleh melawat ke salah sebuah gerai pameran iaitu gerai pameran Bank Rakyat.

Tuesday 18 March 2014

SABAH TUAN RUMAH KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSM KALI KE - 13

Kelihatan...Jame ketika membuat sidang media kejohanan tersebut.
KOTA KINABALU:  Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) kali ke- 13 akan menyaksikan Negeri Sabah menjadi tuan rumah bagi penganjuran kejohanan tersebut yang akan diadakan pada Sabtu ini, di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip berkata, Jabatan Pendidikan Sabah telah diberi mandat oleh Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengelola kejohanan tersebut.

"Kejohanan ini merupakan acara pertama kalendar sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia dan 11 lagi sukan akan berlangsung di beberapa buah negeri pada fasa pertama ini," beliau berkata demikian pada majlis sidang media kejohanan itu di Kompleks Bersepadu Kementerian Multimedia dan Komunikasi (KKMM) Sabah, Jalan Lintas, disini, petang tadi.

Kejohanan itu melibatkan seramai 512 orang atlet dan 128 orang pegawai kontinjen daripada 16 buah negeri seluruh negara yang mengambil bahagian.

Menurut Jame, semua peserta telah berada di Kota Kinabalu sejak Jumaat lepas untuk membiasakan diri dengan laluan kejohanan tersebut yang turut dikatakan sebagai cabaran eko kampus.

"Sabah mempunyai tempat yang menarik dan matlamat bagi kejohanan ini juga adalah untuk memberi peluang kepada para peserta dari seluruh negara untuk melihat keindahan di negeri ini," jelasnya.

Kejohanan itu bakal dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusuf./-PENERANGAN

KT/AM/ZJ

WARGA KKMM ADAKAN SOLAT HAJAT KESELAMATAN PESAWAT MH370

KOTA KINABALU Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Sabah telah mengadakan Solat Hajat bagi keselamatan Pesawat MH370 di Surau Kompleks Bersepadu KKMM Jalan Lintas, tengahari kelmarin.

 Pengarah Jabatan Hal Ehwal khas (JASA) Sabah, Abdul Manaf Lakariba telah mengimamkan Solat Hajat tersebut yang dihadiri oleh warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Sabah.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Haji Almain Ajirul; Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah (RTM), Abdul Jalani Mahmud serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KKMM, Sabah.

Keterangan Gambar:

 1. Antara warga KKMM yang hadir        mengerjakan solat hajat.
2. Pengarah Jabatan Hal Ehwal khas           (JASA) Sabah, Abdul Manaf Lakariba     telah mengimamkan Solat Hajat             tersebut.















OLEH: MOHD FAIZAL MANSOR/VICKY MATANJANG.

Sunday 16 March 2014

PDRM JUARA BOLA SEPAK PERSAHABATAN NBOS 8

BMKK/SA(G)/11(03)                                 AHAD : 16 MAC 2014
 
PDRM JUARA BOLA SEPAK PERSAHABATAN NBOS 8

Pasukan PDRM muncul juara bola sepak persahabatan NBOS 8 setelah menewaskan MAWILLA 2,  3-1



KOTA KINABALU  :    Polis DiRaja Malaysia (PDRM) muncul juara bola sepak persahabatan NBOS 8 ( Joint Communication Of PDRM and ATM ) yang telah diadakan semalam ( 15 Mac 2014 ) di Stadium Kompleks Sukan Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia Sepanggar, Kota Kinabalu.
PDRM mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan pasukan MAWILLA 2 (Markas Wilayah Laut 2) pada perlawanan akhir dengan jaringan 3-1.
Pada saingan separuh akhir, PDRM telah menewaskan Viking FC menerusi sepakan penalti (5-2), manakala MAWILLA 2 telah menewaskan 5 Briged 1-0.
Panglima 5 Briged Brigedier Jeneral Haji Jalaluddin Haji Manan turut hadir bagi menyampaikan hadiah-hadiah kepada pasukan yang mengambil bahagian.
Menurut Brigedier Jeneral Hj Jalaluddin, program sukan  yang julung kalinya diadakan merupakan salah satu aktiviti NBOS 8 bagi mengeratkan lagi jalinan kerjasama dan persefahaman antara Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia bersama masyarakat.
Tambahnya lagi, menerusi NBOS 8 dua aktiviti lagi bersama masyarakat iaitu gotong royong perdana dan sambutan Hari Polis yang akan diadakan.
Beliau melahirkan rasa puas hati dengan semangat kesukanan tinggi yang dipamerkan oleh setia peserta yang mengambil bahagian disamping kehadiran penyokong yang turut memeriahkan lagi perlawanan akhir ini.
Hadir sama pada majlis tersebut Laksamana Muda Zulhelmy Ithnain, Panglima Angkatan Kapal Selam, ACP Zainal Rahmat, Timbalan Ketua Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah, Ketua Staff 5 Briged Leftenan Kolonel Mohamad Noorlizam Shamsuddin.

/PENERANGAN-WW/TH/zj
Brigedier Jeneral Hj Jalaluddin (kanan) menyampaikan piala kepada pemain PDRM



Juara NBOS 8 pasukan PDRM menjulang piala kemenangan sambil diperhatikan oleh Brigedier Jeneral Hj Jalaluddin (kanan)

Tuesday 4 March 2014

Majlis Penyerahan BR1M Damai, Luyang


Pembantu Menteri yang juga ADUN N17 Tanjung Aru, Datuk Ir. Edward Yong turut hadir pada Majlis Penyerahan  BR1M kepada lebin 6,000 penerima bertempat di Dewan Serbaguna Damai, Luyang pagi tadi.

Pemberian bantuan bagi Kumpulan 1 (Tanpa Akaun) ini melibatkan tiga buah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN 14 Likas dengan peruntukan sebanyak RM1,588,250; DUN 15 Api-Api dengan peruntukan sebanyak RM1,145,800 dan DUN 16 Luyang dengan peruntukan sebanyak RM765,050. /-PENERANGAN

KT/AJ/ZJ

Monday 3 March 2014

Majlis Perasmian Hari Landskap Negara 2014


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menyeru semua pihak untuk memelihara dan mengekalkan kekayaan landskap semula jadi di negeri ini.

Musa berkata ia bukan saja mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tetapi turut menjadi pemangkin kepada perkembangan industri eko pelancongan.

“Sambutan yang bertemakan ‘Landskap Mampan, Bandar Sejahtera’ ini sinonim dengan keindahan dan keunikan alam semulajadi di negeri Sabah...Dalam konteks ini, landskap mempunyai peranan dan sumbangan penting bagi menjayakan usaha pembentukan bandar yang indah, selesa serta selamat,” kata beliau.

Sambutan tersebut sememangnya amat relevan dan signifikan kepada rakyat Malaysia di Sabah, kata beliau semasa berucap merasmikan Hari Landskap Negara 2014 dan pelancaran Rakan Taman Awam Teluk Likas, di sini, pagi tadi.

Dalam pada itu, Musa menyeru agar semua pihak termasuk badan-badan korporat dan sektor swasta untuk membantu melaksanakan penyelenggaraan yang lebih efektif di taman-taman awam serta kawasan kejiranan masing-masing melalui Program Rakan Taman.

Terdahulu, Datuk Abdul Rahman Dahlan, menteri di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kementeriannya mensasarkan untuk membangunkan sekurang-kurangnya sebuah taman awam bertaraf Taman Bandaran bagi setiap bandar di negara ini menjelang 2020.

Sehubungan itu, Dahlan telah mengumumkan kementeriannya melalui Jabatan Landskap Negara akan memulakan pembinaan Taman Awam Baru di Batu 2 1/2, Sandakan dan menyambung Taman Awam Teluk Likas Fasa 2 Kota Kinabalu sehingga ke Muara Likas pada tahun ini.  

Beliau juga mensasarkan supaya persekitaran di 50 buah bandar dipertingkatkan melalui Pembangunan Landskap Perbandaran.

Kementeriannya juga akan terus berusaha untuk mencapai penetapan supaya dua hektar kawasan lapang disediakan bagi setiap 1000 orang penduduk selaras dengan hasrat kerajaan bagi mewujudkan "vibrant city".

Menurut Dahlan, terdapat hanya 2,445 buah taman awam dengan keluasan berjumlah 14,185 hektar saja di seluruh negara pada tahun 2013. Dan daripada jumlah tersebut, hanya 781 dalam keadaan yang memuaskan manakala 1,377 buah taman awam perlu dinaiktaraf.

"Justeru, bagi menampung keperluan penduduk bandar semasa, kira-kira 39,200 hektar kawasan lapang diperlukan di seluruh negara,"katanya.

Selain itu, kementeriannya akan terus membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyediakan rangkaian kawasan hijau, lapang dan berkualiti, tambah beliau.

Beliau menjelaskan bahawa di negeri Sabah sendiri, pelbagai projek telah pun dilaksanakan oleh Jabatan Landskap Negara termasuklah penyediaan Pelan Induk Landskap untuk PBT, pembangunan Taman Awam Baru, menaiktaraf Taman Awam, Pembangunan Landskap Persekitaran Kehidupan dan pemuliharaan landskap.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Haji Mohd Noor, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan, Datuk Halimah Mohamed Mohd Sadique, Ketua Setiausaha Kementerian, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, menteri-menteri kabinet negeri Sabah, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir, Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Tuan Haji Esa Haji Ahmad dan exco-exco kerajaan serta ketua-ketua jabatan./-PENERANGAN

KT/EK/AM