Wednesday 9 July 2014

MAJLIS IFTAR RAMADHAN ERATKAN HUBUNGAN KAKITANGAN JAPEN SABAH 8 JULAI 2014

MAJLIS IFTAR RAMADHAN ERATKAN HUBUNGAN KAKITANGAN JAPEN SABAH.
KOTA KINABALU: Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Jabatan Penerangan Negeri Sabah (JAPEN) telah mengadakan Majlis Iftar Ramadan 1435H/2014 masihi yang diadakan di Dewan Semarak, Wisma Dang Bandang, petang kelmarin.

Majlis tersebut diadakan bagi merapatkan lagi tali silatulrahim antara warga Jabatan Penerangan Sabah sama ada yang masih berkhidmat mahupun kakitangan jabatan yang telah bersara.

Pada majlis iftar tersebut, turut diadakan takzirah Ramadan yang bertajuk “Ramadhan Bulan Kasih Sayang”  yang telah disampaikan oleh penceramah terkenal, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad yang mana beliau mengupas  konteks kehidupan bermasyarakat agar saling mengasihi sesama sendiri.

Pada majlis itu, warga jabatan yang hadir turut menunaikan solat maghrib, isyak serta solat sunat Terawih disamping membuat rakaman takbir raya.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Haji Almain Ajirul; Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah; Yunus Haji Saprin; para pegawai kanan, Pengerusi dan ahli-ahli Komuniti 1Malaysia (K1M) sekitar Bahagian Pantai Barat Selatan serta warga Jabatan Penerangan Sabah.

Kelihatan… Ustaz Malai Ali memberikan takzirah Ramadhan kepada kakitangan Japen Sabah.

1.   Warga jabatan yang hadir turut menunaikan solat maghrib, isyak serta solat sunat Terawih secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Malai Ali.

ROZAILIAH/MFM/AJ/ZJ