MAJLIS
IFTAR RAMADHAN ERATKAN HUBUNGAN KAKITANGAN JAPEN SABAH.
KOTA KINABALU: Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Jabatan
Penerangan Negeri Sabah (JAPEN) telah mengadakan Majlis Iftar Ramadan
1435H/2014 masihi yang diadakan di Dewan Semarak, Wisma Dang Bandang, petang
kelmarin.
Majlis tersebut diadakan bagi merapatkan lagi tali
silatulrahim antara warga Jabatan Penerangan Sabah sama ada yang masih
berkhidmat mahupun kakitangan jabatan yang telah bersara.
Pada majlis iftar tersebut, turut diadakan takzirah
Ramadan yang bertajuk “Ramadhan Bulan Kasih Sayang” yang telah disampaikan oleh penceramah
terkenal, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad yang mana beliau mengupas konteks kehidupan bermasyarakat agar saling
mengasihi sesama sendiri.
Pada majlis itu, warga
jabatan yang hadir turut menunaikan solat maghrib, isyak serta solat sunat
Terawih disamping membuat rakaman takbir raya.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Haji
Almain Ajirul; Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah; Yunus Haji Saprin;
para pegawai kanan, Pengerusi dan ahli-ahli Komuniti 1Malaysia (K1M) sekitar
Bahagian Pantai Barat Selatan serta warga Jabatan Penerangan Sabah.
Kelihatan… Ustaz Malai Ali memberikan takzirah Ramadhan kepada
kakitangan Japen Sabah. |
1.
Warga jabatan yang hadir turut menunaikan solat
maghrib, isyak serta solat sunat Terawih secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Malai Ali.
ROZAILIAH/MFM/AJ/ZJ
|