BMKK/SA(G)/ SELASA : 15 Februari 2014
Encik Madiem
(kanan) memberikan taklimat kepada Datuk Radin (bertopi) turut kelihatan Datuk
Raime
TENOM : Bacaan paras air di daerah ini menunjukkan penurunan
hari ini. Berdasarkan laporan bilik gerakan bencana daerah bacaan hari ini
setakat jam 3.00 petang 177.30 hari ini berbanding
hari sebelum 178.96.
Sehingga hari ini seramai 3,000 orang mangsa yang ditempatkan di
24 buah pusat pemindahan yang melibatkan 38 buah kampung di daerah ini.
Menurut Pegawai Daerah Tenom, Encik Madiem Layapan , yang juga Pengerusi
Jawatankuasa Bencana Alam Daerah operasi bantuan menyelamat dan penghantaran
makanan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan berjalan lancar.
Tambah Madiem lagi , bahawa operasi berkaitan bantuan mangsa
banjir dilaksanakan secara bersepadu antara agensi kerajaan didaerah ini. Antaranya
Unit Udara Polis telah memberikan bantuan awal dengan menghantar bantuan
makanan ke tujuh pusat pemindahan Yng terputus hubungan dengan menggunakan
helikopter.
Beliau berkata demikian dipusat pemindahan mangsa banjir di Dewan
Datuk Seri Panglima Antenom yang turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Luar
Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap, Datuk Radin Malleh, yang
turut meninjau mangsa banjir dipusat pemindahan tersebut.
Sementara itu beliau berkata , Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime
Unggi telah memberikan sumbangan lima buah bot dan enjin sangkut yang telah
diserahkan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat daerah bagi membantu
mempercepatkan bantuan menyelamat serta memindahkan mangsa-magsa banjir ke
pusat pemindahan sementara.
Beliau menambah, Persatuan Bulan Sabit Merah telah menyumbangkan
tilam manakala Persatuan Isteri Polis turut membantu menyediakan dan memasak
makanan untuk mangsa-mangsa banjir dipusat berkenaan.
Pada perkembangan yang berkaitan Pengerusikan Biro Kebajikan UMNO
& Barisan Nasional Malaysia , Datuk Hj Abdul Azeez Abdul Rahim, turut
menyampaikan bantuan tambahan keperluan mangsa-mangsa banjir.
Menurut beliau , Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana
telah mengarahkan beliau dengan serta merta turun padang bagi memberikan
bantuan tambahan yang diperlukan.
Turut melawat mangsa banjir di dewan berkenaan ialah Pesuruhjaya
Polis Sabah Datuk Wira Hamzah Taib.
Datuk Radin (dua dari kiri) bersama Datuk Wira Taib (kiri sekali),Datuk Raime(tiga dari kanan) Datuk Azeez (dua dari kanan) juga menghulurkan kepada kanak-kanak |
/PENERANGAN-WW/VSM
No comments:
Post a Comment