Thursday 23 January 2014

TYT MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT LIONS CLUBS KOTA KINABALU DAN KELAB GOLF KUDAT

Barisan Jawatankuasa Baharu Kelab Golf Kudat merakamkan gambar kenangan bersama Tun Haji Juhar ( duduk tengah ) dan Tuan Haji Abd Halim( duduk kiri )
KOTA KINABALU  :   Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahirudin berkenan menerima kunjungan hormat rombongan daripada Kelab Golf Kudat di Istina negeri pagi tadi. ( 21 Januari 2014 )

Kunjungan hormat yang diketuai Presidennya, Tuan Haji Abdul Halim Haji Yussof antara lain bertujuan memaklumkan kepada Tuan Yang Terutama Tun berhubung aktiviti dan perancangan Kelab Golf Kudat sepanjang tahun ini termaksuklah program dan usaha menarik lebih ramai pemain dalam dan luar negeri menyertai kejohanan yang dianjurkan.

Pada kunjungan hormat berkenaan Tuan Haji Abdul Halim turut memperkenalkan barisan ahli Jawatankuasa Kelab Golf Kudat yang baru dan bercadang mengadakan kejohanan Golf Amal pada pertengahan tahun ini.

Presiden Lions Clubs Kota Kinabalu (duduk kiri ) merakamkan gambar bersama Tun Haji Juhar ( duduk tengah ).
Terdahulu, Tuan Yang Terutama Tun berkenaan menerima kunjungan hormat daripada Lions Clubs Kota Kinabalu diketua Presidennya Dr.Ln Mohd Suffian Chong.

Antara lain tujuan kunjungan tersebut adalah memaklumkan kepada Tuan Yang Terutama berhubung perancangan dan program Lions Clubs Kota Kinabalu pada tahun ini termasuklah program kemasyarakatan terutama usaha menyalurkan bekalan air gravity di kawasan pedalaman Sabah.

Dr.Ln Mohd Suffian berkata, Lions Clubs Kota Kinabalu bekerjasama dengan Lions Clubs International dari Negara Jepun dan Korea serta Jabtan Kesihatan negeri Sabah bagi program membekalkan air bersih gravity yang dilaksanakan.

Sebagai tambahan, Lions Clubs Kota KInabalu juga akan terus menyalurkan bantuan kepada pesakit kronik dan tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan termasuklah rawatan dalam dan luar Negara.

/PENERANGAN-WW/JGK






No comments:

Post a Comment