Saturday 7 December 2013

41 WARGA KERJA KPSKTM TERIMA APC 2012

KOTA KINABALU: Seramai 41 warga kerja Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi sesi 2012.

Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat berkata majlis malam ini adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada penerima anugerah cemerlang yang telah memberi perkhidmatan dan prestasi terbaik sepanjang tahun tersebut.

"Kepada pemenang dan penerima anugerah kita perlu meneruskan serta meningkatkan lagi usaha ke arah pencapaian yang lebih baik.

Anggaplah ini sebagai satu proses dan perjalanan yang panjang," ucap beliau semasa Perasmian Majlis Gala KPSKTM dan Malam Gala ICT di Grand Ballroom 1Borneo, semalam.

Selain itu, nasihat beliau, jika melakukan sesuatu dengan semangat yang kental dan unggul, kita akan sentiasa mencapai yang terbaik dan boleh dibanggakan.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang-pemenang pertandingan sempena Bulan ICT.


Antara anugerah-anugerah yang telah dipertandingkan iaitu Anugerah Laman Web Kerajaan Sabah Terbaik, Anugerah Laman Web Popular, Anugerah Rekabentuk Laman Web Terbaik, Laman Web Interaktif Terbaik, Laman Web Berinformasi, Perkhidmatan Penyampaian Laman Web Terbaik dan Anugerah Gambar Terbaik Mengikut Tema.-/PENERANGAN.

No comments:

Post a Comment