KOTA KINABALU :
Isteri Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri
Panglima Hajah Norlidah R.M Jasni
menerima kunjungan hormat rombongan Exco Tertinggi Kelab Suri Rumah dan Staf
Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) di Istana Negeri, pagi tadi.
Pengerusinya, Datin Baidah Ibrahim berkata kunjungan
tersebut bertujuan memperkenalkan barisan exco tertinggi yang baharu di samping
menjemput Hajah Norlidah ke Majlis Makan Malam Amal persatuan itu pada Mac,
tahun depan.
“Makan malam berkenaan adalah untuk mendapatkan dana bagi kelab dan sumbangan ke pada anak-anak yatim.
“Hajah Norlidah telah bersetuju untuk menyertai
lawatan KESUMBA ke rumah anak yatim pada
masa akan datang,” jelas Baidah.
Kelab yang dianggotai seramai 300 orang ahli itu memfokus
kepada aktiviti-aktiviti amal meliputi kemasyarakatan, keagamaan, kebudayaan,
sukan dan keusahawanan di kalangan ahli./PENERANGAN-
ZA
No comments:
Post a Comment