Tuesday 31 December 2013

K1M DISERU BANTU KERAJAAN SEBAR LUAS MAKLUMAT MENGENAI GST

SELASA: 31 DISEMBER 2013

K1M DISERU BANTU KERAJAAN SEBAR LUAS MAKLUMAT MENGENAI GST

PUTATAN: Pengarah Jabatan Penerangan Sabah (JAPEN Sabah), Haji Almain Ajirul menyeru ahli-ahli Komuniti 1Malaysia (K1M) di negeri ini agar dapat membantu pihak kerajaan menyebarluaskan maklumat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015.

Justeru peranan K1M sebagai telinga, mata dan mulut dalam menyampaikan dasar-dasar dan maklumat kerajaan adalah begitu besar peranannya dan tidak boleh dinafikan lagi.

Beliau berkata demikian pada Majlis Malam Mesra K1M Daerah Putatan Bersama Pengarah Jabatan Penerangan Sabah di Dewan Restoran Sri Kajura, di sini, malam tadi.

Ujarnya, sebagai ejen penyebar maklumat dan dasar-dasar kerajaan, ahli-ahli K1M juga perlu sentiasa bersiap sedia dengan melengkapkan ilmu pengetahuan dan informasi tentang dasar-dasar kerajaan khususnya maklumat mengenai cukai GST bagi menyebarkannya pula kepada masyarakat di komuniti masing-masing.

Justeru penglibatan ahli-ahli K1M dalam memberikan informasi mengenai dasar-dasar kerajaan tersebut diharapkan  memberi pemahaman yang sejelas-jelasnya mengenai dasar-dasar kerajaan khususnya mengenai cukai GST yang menjadi bualan hangat ketika ini, tambah Almain lagi.

Pada majlis itu juga, Almain  menyambut baik dan bersetuju untuk merealisasikan cadangan Komuniti 1 Malaysia (K1M) Sabah bagi mengadakan lawatan sambil belajar ke Negara Brunei Darussalam pada tahun hadapan.

Turut hadir, Pengerusi Permuafakatan K1M Negeri Sabah, Tahir Haji Mat Soon; Ketua Penolong PengarahBahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JAPEN Sabah, Mohd Kaya Iggoh; Pegawai Penerangan Daerah Putatan, Alias Jaafar serta pengerusi-pengerusi K1M daerah Putatan.

Keterangan Gambar: Almain menerima cenderahati daripada Tahir (tengah) sambil diperhatikan oleh Alias (kanan sekali) pada majlis tersebut.

MFM/VJ

No comments:

Post a Comment