Monday 2 December 2013

Kunjungan Hormat daripada Duta Besar Romanian dan Duta-duta Besar Eropah Union

KOTA KINABALU: Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Luc Vandebon hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri, petang tadi.

Mengulas tujuan kunjungan tersebut, Luc berkata ini merupakan peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama yang lebih rapat antara Duta-duta Kesatuan Eropah tersebut dengan kerajaan negeri Sabah.

Beliau yang diiringi oleh tiga orang iaitu Duta Romania ke Malaysia, Constantin Volodea Nistor, Duta Austria ke Malaysia, Cristophe Ceska dan Duta Perancis ke Malaysia, Martine Dorance.

Menurut Luc mereka telah dijadualkan dengan pelbagai aktiviti dan program menarik sepanjang mereka di sini.

Antaranya ialah mereka bakal menandatangani kontrak sejumlah 3.8 million Euro dengan Jabatan Perhutanan Sabah mengenai projek pengurusan hutan pada hari Rabu ini.

Selain itu, mereka juga akan menghadiri Persidangan Hak-hak Kanak-Kanak Migrasi bersama SUHAKAM, lawatan ke Pertubuhan Bantuan Kanak-kanak Humana di Lahad Datu dan menghadiri pelancaran Filem Kesatuan Eropah ke-14.

Dalam pada itu, katanya, Malaysia merupakan rakan dagang kedua terbesar Kesatuan Eropah selepas Singapura di Asia.

"Justeru, Malaysia merupakan rakan dagang yang penting dalam perdagangan dan kami ingin bekerjasama lebih rapat lagi pada masa hadapan."-/PENERANGAN.

EK

No comments:

Post a Comment