BMKK/SA(G)/14
AHAD: 23
MAC 2014
TOH PUAN SERU GOLONGAN GRADUAN TERUS PERKASAKAN
ILMU PENGETAHUAN
KOTA KINABALU: Isteri Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Sabah,
Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni menyeru golongan graduan
di negeri ini agar terus memperkasakan ilmu pengetahuan walaupun setelah berjaya
menamatkan pengajian mereka di institutsi-institutsi Pengajian Tinggi yang
mereka pelajari.
“Usaha mencari dan meningkatkan dan meningkatkan
ilmu melalui pembacaan perlu terus diamalkan kerana ia menjadi satu proses
pembelajaran sepanjang hayat”.
Toh Puan Hajah Norlidah berkata demikian pada Majlis
Hari Ke-2 Istiadat Konvokesyen Ke-18 Politeknik Kota
Kinabalu yang diadakan di Nexus Resort & Spa Karambunai, di sini, pagi
tadi.
Justeru melalui usaha tersebut barulah golongan
graduan khususnya para graduan Politeknik Kota Kinabalu
mempunyai nilai tambah atau “Value Added” disamping segulung Diploma atau Sijil,
kata beliau.
Beliau juga memuji komitmen dan semangat dedikasi
yang ditunjukkan oleh para pensyarah Politeknik Kota Kinabalu dalam melahirkan
graduan yang berkualiti oleh institutsi tersebut selama ini.
Hajah Norlidah juga turut menyeru kepada para
pensyarah agar sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara
berterusan di samping memberi perhatian serius terhadap nilai integriti,
disiplin dan memupuk sikap toleransi serta amanah dalam melaksanakan tugas.
Pada Istiadat Konvokesyen Ke-18 Politeknik Kota
Kinabalu ini, seramai 1,442 orang graduan telah dilahirkan yang terdiri
daripada bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik, Perdagangan,
Pelancongan dan Hospitaliti dan menjadikan jumlah graduat keseluruhan sehingga
kini mencecah 16,379 orang.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian
Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Haji Mohlis Jaafar; Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Sabah, Haji Wan Mohamad Nasir Wan Abdul Rahman serta
Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Kota Kinabalu Sabah, Cik Hajah Norehan
Md. Shariff.
oleh: MFM/VJ
KETERANGAN GAMBAR:
No comments:
Post a Comment