Tuesday 18 March 2014

SABAH TUAN RUMAH KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSM KALI KE - 13

Kelihatan...Jame ketika membuat sidang media kejohanan tersebut.
KOTA KINABALU:  Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) kali ke- 13 akan menyaksikan Negeri Sabah menjadi tuan rumah bagi penganjuran kejohanan tersebut yang akan diadakan pada Sabtu ini, di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip berkata, Jabatan Pendidikan Sabah telah diberi mandat oleh Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengelola kejohanan tersebut.

"Kejohanan ini merupakan acara pertama kalendar sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia dan 11 lagi sukan akan berlangsung di beberapa buah negeri pada fasa pertama ini," beliau berkata demikian pada majlis sidang media kejohanan itu di Kompleks Bersepadu Kementerian Multimedia dan Komunikasi (KKMM) Sabah, Jalan Lintas, disini, petang tadi.

Kejohanan itu melibatkan seramai 512 orang atlet dan 128 orang pegawai kontinjen daripada 16 buah negeri seluruh negara yang mengambil bahagian.

Menurut Jame, semua peserta telah berada di Kota Kinabalu sejak Jumaat lepas untuk membiasakan diri dengan laluan kejohanan tersebut yang turut dikatakan sebagai cabaran eko kampus.

"Sabah mempunyai tempat yang menarik dan matlamat bagi kejohanan ini juga adalah untuk memberi peluang kepada para peserta dari seluruh negara untuk melihat keindahan di negeri ini," jelasnya.

Kejohanan itu bakal dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusuf./-PENERANGAN

KT/AM/ZJ

No comments:

Post a Comment