Sunday 16 March 2014

PDRM JUARA BOLA SEPAK PERSAHABATAN NBOS 8

BMKK/SA(G)/11(03)                                 AHAD : 16 MAC 2014
 
PDRM JUARA BOLA SEPAK PERSAHABATAN NBOS 8

Pasukan PDRM muncul juara bola sepak persahabatan NBOS 8 setelah menewaskan MAWILLA 2,  3-1



KOTA KINABALU  :    Polis DiRaja Malaysia (PDRM) muncul juara bola sepak persahabatan NBOS 8 ( Joint Communication Of PDRM and ATM ) yang telah diadakan semalam ( 15 Mac 2014 ) di Stadium Kompleks Sukan Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia Sepanggar, Kota Kinabalu.
PDRM mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan pasukan MAWILLA 2 (Markas Wilayah Laut 2) pada perlawanan akhir dengan jaringan 3-1.
Pada saingan separuh akhir, PDRM telah menewaskan Viking FC menerusi sepakan penalti (5-2), manakala MAWILLA 2 telah menewaskan 5 Briged 1-0.
Panglima 5 Briged Brigedier Jeneral Haji Jalaluddin Haji Manan turut hadir bagi menyampaikan hadiah-hadiah kepada pasukan yang mengambil bahagian.
Menurut Brigedier Jeneral Hj Jalaluddin, program sukan  yang julung kalinya diadakan merupakan salah satu aktiviti NBOS 8 bagi mengeratkan lagi jalinan kerjasama dan persefahaman antara Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia bersama masyarakat.
Tambahnya lagi, menerusi NBOS 8 dua aktiviti lagi bersama masyarakat iaitu gotong royong perdana dan sambutan Hari Polis yang akan diadakan.
Beliau melahirkan rasa puas hati dengan semangat kesukanan tinggi yang dipamerkan oleh setia peserta yang mengambil bahagian disamping kehadiran penyokong yang turut memeriahkan lagi perlawanan akhir ini.
Hadir sama pada majlis tersebut Laksamana Muda Zulhelmy Ithnain, Panglima Angkatan Kapal Selam, ACP Zainal Rahmat, Timbalan Ketua Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah, Ketua Staff 5 Briged Leftenan Kolonel Mohamad Noorlizam Shamsuddin.

/PENERANGAN-WW/TH/zj
Brigedier Jeneral Hj Jalaluddin (kanan) menyampaikan piala kepada pemain PDRM



Juara NBOS 8 pasukan PDRM menjulang piala kemenangan sambil diperhatikan oleh Brigedier Jeneral Hj Jalaluddin (kanan)

No comments:

Post a Comment