Saturday, 22 March 2014

Majlis Pelancaran Semarak Rakyat Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Negeri Sabah 2014 di Dewan Tun Said Kota Belud

BMKK/SA(G)/                                  SABTU:  22 MAC 2014

PROGRAM SEMARAK RAKYAT K1M TERJEMAHKAN LAGI ERTI PERPADUAN: SALLEH

KOTA BELUD: Program Semarak Rakyat Komuniti 1Malaysia (K1M) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia merupakan platform terbaik bagi menterjemah erti perpaduan dan permuafakatan antara rakyat berbilang bangsa di negeri ini.

Malah, usaha ini tidak hanya berhenti di situ tetapi menjangkau kepada pengukuhan hubungan antara masyarakat dan para pemimpin melalui pengisian program yang dijalankan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Usukan, Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Semarak Rakyat Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Negeri Sabah 2014 di Dewan Tun Said, di sini, pagi tadi.

Ujar Salleh, sewajarnya juga perlu ada rasa kasih sayang sesama masyarakat yang menjadi pra syarat bagi mencapai perpaduan tidak kira apa latar belakang bangsa, agama dan kedudukan pangkat mereka.

Dalam keadaan masa kini, bukti kasih dan sayang sesama manusia itu bolehlah dilaksanakan dengan berbaik, menghormati dan mengambil berat antara satu sama lain, ujarnya

Selain itu juga pengisian program yang lebih menjurus ke arah membudayakan masyarakat cergas dan sihat amat dialu-alukan bagi mendidik ahli-ahli masyarakat agar mementingkan kesihatan diri sentiasa terpelihara melalui mengamalkan senaman dan cara pemakanan yang sihat, tambah beliau.

“Pengisian program seperti kayuhan sihat berbasikal, sukaneka serta pertandingan tarik tali merupakan aktiviti-aktiviti yang bukan sahaja merapatkan lagi tali silatulrahim bahkan ia juga mengalakkan lagi ahli-ahli masyarakat membudayakan kehidupan yang sihat dan cergas”, tambah beliau lagi.

Salleh juga berbangga dengan pemilihan daerah Kota Belud yang menjadi venu pelancaran bagi program tersebut bagi tahun ini di mana ia juga turut menjadi platform penghubung mesra antara ahli masyarakat dengan para pemimpin.

Program tersebut juga turut mengadakan pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta selain mengadakan pemeriksaan kesihatan dan gigi percuma yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Kesihatan Sabah dan Hospital Kota Belud.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Haji Almain Ajirul; Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam serta Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Yunus Haji Saprin.-Penerangan 





oleh: MOHD FAIZAL MANSOR/JEFFREN MALANING/ZAIDI JAMIN

Keterangan Gambar:
Foto 1: Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam melakukan acara “Flag Off” bagi program kayuhan sihat berbasikal yang turut disertai Salleh.

Foto 2: Salleh (tiga dari kiri) menyampaikan “Mock Check” kepada salah seorang pengerusi K1M daerah Kota Belud, turut kelihatan Almain (dua dari kiri) dan Abdul Gari (kiri sekali).

Foto 3: Kelihatan… Salleh turut serta dalam pertandingan tarik tali.


Foto 4: Salleh melawat ke salah sebuah gerai pameran iaitu gerai pameran Bank Rakyat.

No comments:

Post a Comment