James (tujuh dari kiri) dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan CAPS merakam kenangan bersama Tun Juhar. |
KOTA KINABALU: Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) menjemput
masyarakat khususnya di Sabah menjadi ahli bersekutu CAPS untuk sama-sama melindungi
dan menjaga masyarakat pengguna dari pelbagai unsur penipuan, pemerasan,
pemalsuan serta penindasan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
Presiden CAPS, James Baga berkata orang ramai yang
berminat boleh mendaftar sebagai ahli bersekutu CAPS dengan memuat turun borang
di laman sesawang www.caps.org.my atau menghubungi Setiausaha Agong CAPS, Voo
Ming Chung di talian 013-878 3007.
"Buat masa ini seramai 200 ahli CAPS yang aktif di
seluruh Sabah dan dengan adanya ahli-ahli bersekutu ini akan dapat membantu
masyarakat pengguna untuk memantau harga barangan keperluan dan perkhidmatan
yang ada di Sabah dan menyemak tarikh luput produk," kata beliau selepas
mengadakan kunjungan hormat terhadap Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri
Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri,
pagi tadi.
Menurut James, matlamat Pertubuhan CAPS adalah untuk
mendidik masyarakat pengguna untuk mengetahui hak-hak pengguna selain menjadi
pengguna yang berwawasan, beretika dan berdisiplin.
Mengulas tujuan kunjungan hormat, katanya adalah untuk
menjemput Tun Juhar sebagai tetamu kehormat sempena Majlis Makan Malam Amal
Pengguna yang akan diadakan pada 28 November 2013.
Terdahulu Tun Juhar berkenan menerima kunjungan hormat
Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Puan
Anita Baranting dan rombongan.
Beliau yang selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan
Hari Warga Emas berkata tujuan kunjungan hormat adalah untuk memaklumkan kepada
Tun Juhar tentang Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Sabah 2013 yang
akan diadakan pada 12 November 2013 di Grand Ballroom, 1Borneo.
Katanya, Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Datuk Seri
Panglima Hajah Norlidah R.M Jasni sebagai tetamu kehormat dalam majlis sambutan
itu nanti.
"Bertemakan "Ilmu Dijunjung, Warga Emas Disanjung", majlis tersebut
diserikan dengan penyampaian Anugerah Usia Emas mengikut kategori iaitu
pasangan, individu lelaki dan individu perempuan," kata beliau.
No comments:
Post a Comment