Friday 22 November 2013

Persatuan OMBAK anjur Pesta Muzik Bambu 2013 Tamparuli pada 27 November 2013

KOTA KINABALU: Persatuan Orkestra Muzik Bambu Kinabalu (OMBAK) akan mengadakan Pesta Muzik Bambu 2013 Tamparuli Ke-8 pada 27 November 2013.

Setiausaha Persatuan OMBAK, Moffen Gondoloi, dalam kenyataannya, berkata pesta itu merupakan pesta tahunan yang sudah menjadi ikon bagi daerah Tamparuli.

Katanya, tahun ini Pesta Muzik Bambu bertemakan "Festival Memelihara, Mempromosi dan Memperkasa Muzik Traditional Bambu" yang diadakan di Dewan Masyarakat Tun Hamdan, Tamparuli.

Menurut beliau, pesta tersebut merupakan anjuran bersama Pejabat Daerah Kecil Tamparuli bertujuan untuk mengetengahkan acara-acara kebudayaan khususnya persembahan muzik berasaskan bambu oleh kumpulan-kumpulan muzik bambu tempatan.

Pelbagai acara sampingan yang menarik bakal memeriahkan program itu seperti acara sukan rakyat, gerai-gerai pameran dan jualan, persembahan artis-artis Pertisa dan persembahan gamelan UMS.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun akan hadir pada majlis penutupan pesta tersebut.-/PENERANGAN

EK

No comments:

Post a Comment