Tuesday 12 November 2013

TYT dan Toh Puan Hadiri Majlis Perasmian Pameran Khas “Dirgahayu Tuan Yang Terutama”

Kelihatan..Tun Haji Juhar (kanan) menerima cendera kenangan daripada Masidi
KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan Isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk RM Jasni telah menghadiri Majlis Perasmian Pameran Khas “Dirgahayu Tuan Yang Terutama” sempena Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-60, Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri Sabah yang diadakan di Kompleks Muzium Sabah, Kota Kinabalu, di sini, kelmarin.

Majlis Perasmian Pameran Khas tersebut adalah bertujuan memaparkan kepada masyarakat peranan dan aktiviti institutsi Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri Sabah sebagai payung perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Pameran ini akan berlangsung sehingga penghujung Disember tahun ini yang mana pameran tersebut memfokuskan tiga segmen iaitu Aktiviti Tuan Yang Terutama sepanjang tahun lalu, 50 Tahun Sabah Maju Jaya dalam Malaysia dan Sabah Rangers atau Rejimen Kedua Renjer Diraja yang merupakan kebanggan rakyat Sabah dalam mempertahankan kedaulatan Negara.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Pang Nyuk Ming serta Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pameran Khas “Dirgahayu Tuan Yang Terutama”, Datuk Michael Emban.

No comments:

Post a Comment