Sunday 24 November 2013

TYT DAN TOH PUAN HADIRI MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA GRADUAN CEMERLANG UMS

Kelihatan.. Nur Syazwani Yussof (kanan) menerima saguhati yang disampaikan oleh Tun Haji Juhar.
KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Sabah yang juga merangkap Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan Isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk RM Jasni menghadiri Majlis Makan Malam Untuk Meraikan Para Graduan Cemerlang Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sempena Konvokesyen UMS Ke-15, yang diadakan di Istana Negeri, Kota Kinabalu, di sini, malam tadi.

Seramai enam orang graduan cemerlang daripada pelbagai bidang yang dianugerahi beberapa anugerah pada  Majlis Konvokesyen UMS kali ke-15 telah diraikan pada majlis tersebut yang kali kedua diadakan pada tahun ini.

Mereka adalah Penerima Anugerah Pelajar Diraja (Bumiputera), Nur Syazwani Yussof daripada Program Pendidikan dengan Sains, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan; Jong Lin Wei daripada Program Bioteknologi, Sekolah Sains dan Teknologi yang menerima Anugerah Pelajar Diraja (Bukan Bumiputera); Tan Mei Ling daripada Program Doktor Perubahan, Sekolah Perubatan yang telah berjaya mendapat Anugerah Pingat Emas Canselor.

Selain itu, Penerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor, Goh Kay Mint daripada Program Doktor Perubatan; Roselin Lye Shu Mei yang berjaya menerima Anugerah Pingat Emas Alumni serta Rodtney Hererra Jamie, penerima Anugerah Hadiah Zainal Abidin Bador turut diraikan pada majlis tersebut.

Turut hadir, Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Pro Canselor UMS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Yeoh Tiong Lay;  Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Profesor Madya Datuk Dr. Haji Kasim Haji Md. Mansur serta pegawai-pegawai kanan UMS.-/PENERANGAN

MFM/JK

No comments:

Post a Comment