Thursday 24 October 2013

206 Kanak-Kanak Dirai Sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah 2013

Toh Puan Norlidah bermesra dengan kanak-kanak istimewa yang hadir dalam majlis itu.
KOTA KINABALU: Seramai 206 orang kanak-kanak istimewa diraikan dalam Majlis Jamuan Teh Sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah 2013 di salah sebuah hotel terkenal, sini, petang tadi.

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah R.M Jasni berkenan hadir dalam majlis sebagai tetamu kehormat.

Pada majlis tersebut, Tun Juhar turut menyampaikan hadiah kepada 26 buah institusi kebajikan dan sekolah khas.

Majlis yang diadakan setiap tahun diraikan meriah dengan pelbagai persembahan yang menarik daripada bakat-bakat muda.

Turut hadir sama isteri Ketua Menteri Sabah merangkap Yang Di-Pertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat (BAKISA), Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid, Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj. Sukarti Wakiman dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato' Abu Bakar Hassan.

No comments:

Post a Comment