Hajah Norlidah (enam dari kiri), Lucilla (lima dari kiri) serta para Ahli Jawatankuasa Kinabalu Pink Ribbon memotong kek pada majlis tersebut. |
KOTA KINABALU: Kinabalu Pink Ribbon memerlukan sebuah pusat aktiviti untuk kemudahan
para mangsa serta penghidap kanser payudara di negeri ini.
Presidennya, Lucilla Pang berkata pusat tersebut akan
menyediakan penginapan selain tempat untuk berehat bagi pesakit yang datang
dari luar bandaraya untuk medapatkan rawatan atau temujanji di mana-mana hospital
di sini.
“Kini kami mempunyai bilangan ahli seramai 400 orang
seluruh negeri ini yang terdiri daripada para pesakit dan juga sukarelawan.
“Kami menyeru kepada para pesakit kanser payu dara untuk
menyertai program ‘Unmasking Breast Cancer’ bagi memberi inspirasi dan
menggalakkan semangat untuk meneruskan kehidupan di kalangan mereka.
'”Dengan mendengar serta berkongsi cerita-cerita daripada
pesakit kanser payudara yang lain, diharap dapat memberi inspirasi dan
menggalakkan mereka untuk meneruskan perjuangan dan yang paling penting untuk
meraikan kehidupan,” katanya semasa berucap pada Majlis Malam Gala Masquerade
2013 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.
Menurutnya, majlis tersebut bagi mengumpul dana tabung
kebajikan pesakit yang akan digunakan untuk membantu para mangsa dan pesakit
kenser dari segi bantuan kewangan yang meliputi pelbagai perbelanjaan termasuk
pengangkutan, penginapan dan bantuan terapi.
Pada majlis itu, badan tersebut telah menerima cek
sumbangan bernila RM 10,585.00 daripada syarikat Diamoney yang disampaikan oleh
isteri Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Seri Panglima
Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni.
Selain menampilkan 10 orang pesakit yang
berkongsi cerita perjuangan hidup mereka melawan penyakit tersebut dan cabutan
tiket bertuah, majlis turut diserikan dengan persembahan artis yang juga bekas
pesakit kanser payudara, Salamiah Hassan dan Atilia.
No comments:
Post a Comment