Sunday, 27 October 2013

TYT Rasmi Tamu Besar Kota Belud 2013

GIMIK PELANCARAN DAN PERASMIAN TAMU BESAR KOTA BELUD ……Tun Haji Juhar  ketika membuka tirai perasmian berbentuk replika  Mangis   salah satu  permainan tradisi suku kaum Bajau dan kaum Irranun  pada majlis pelancaran tersebut.
Kota Belud: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan isteri  Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni berkenan menghadiri  dan menyempurnakan  Majlis Perasmian Tamu Besar Kota Belud tahun 2013 bertempat di Tapak Tamu Mingguan Kota Belud pagi tadi.

Keberangkatan tiba Tuan Yang Terutama Tun diiringi sepasukan Penunggang Kuda Bajau lengkap berpakaian tradisional telah diberi sambutan meriah termasuklah persembahan Sambut Tamu dan persembahan kebudayaan suku kaum.

Pelbagai acara disusun sempena Tamu Besar Kota Belud Tahun ini.   Antaranya Pertandingan Ratu Serimpak, Pertandingan Betitik di samping pameran hasil-hasil kraft termasuklah acara kebudayaan suku-suku kaum dan aktiviti pertunjukan Penunggang Kuda Bajau yang menjadi acara istemewa dan tarikan yang besar kepada para pelancong.

Turut hadir pada majlis Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap  Ahli Parlimen Kota Belud,  Datuk Haji Abdul Rahman Haji Dahlan, Pembantu Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar, Datuk Kamarlin Haji Ombi, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan  Datuk Haji Musbah Haji Jamli serta Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Tamu Besar Kota Belud  Norsafi Haji Dukah.

No comments:

Post a Comment