Saturday 5 October 2013

ISTIADAT PERBARISAN HARI JADI KE-60 TYT

KOTA KINABALU:  Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni berangkat ke Istiadat Perbarisan Hari Jadi Rasmi Ke-60 di Stadium Kompleks Sukan, dekat Likas, pagi tadi.

Sebanyak 80 kontinjen terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan, pusat-pusat pengajian, sekolah-sekolah menengah dan rendah mengambil bahagian dalam Acara Berjalan Lalu.

Acara dimeriahkan dengan persembahan koir Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang mendendangkan tiga buah lagu iaitu Gunung Kinabalu, Sabah Maju Jaya dan Selamat Hari Jadi diiringi tarian oleh Kumpulan Kebudayaan Sabah.

Turut berlangsung ialah persembahan gimnastik oleh Soka Gakkai Malaysia Cawangan Sabah dan persembahan khas oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Antara yang hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri, Datin Seri Panglima Hajah Faridah Haji Tussin; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Raya Erom; Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-60 TYT, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin dan isteri, Dati Seri Panglima Hajah Siti Jouyah Mohd Yunin serta menteri-menteri kabinet./PENERANGAN-

No comments:

Post a Comment