Kota Kinabalu: Dua
pelajar Sekolah Pendidikan Khas Pekan Tuaran berjaya meraih tempat dan
mengharumkan nama negeri Sabah pada Majlis Tilawah Pendidikan Khas Kebangsaan
yang diadakan di Negeri Kelantan pada penghujung September lalu.
Kedua-dua
pelajar berkenaan, Muhammad Amar Amiirul Amin dan Muhammad Iman Izzuddin
Jamaludin masing-masing berjaya mendapat tempat ke-dua dan tempat ke-tiga bagi
Bahagian Tilawah dan Bahagian Hafazan.
Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG) Sekolah
Pendidikan Khas Pekan Tuaran, Jamaluddin Haji Kassim berkata kejayaan kedua-dua
pelajar itu yang mempunyai masalah penglihatan merupakan kejayaan yang amat
membanggakan bagi pihak sekolah
berkenaan.
Beliau juga
merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang turut berperanan membimbing dan memberi
tunjuk ajar sehingga berjaya membawa pelajar-pelajar mengembangkan bakat dan
ilmu ke peringkat lebih tinggi melalui pertandingan yang dianjurkan.
Sambil merakam ucapan tahniah
kepada kedua-dua pelajar, Jamaluddin berharap kejayaan ini akan mendorong lebih
ramai pelajar pendidikan khas di negeri ini khususnya pelajar-pelajar di sekolah berkenaan mewakili negeri Sabah
dalam majlis seumpama ini pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment