Friday 25 October 2013

Konvoi Kembara Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1435h Di Lancar

Datuk Haji Tawfiq ketika menyempurnakan  perlepasan Konvoi Program Kembara Hijrah 1435H  Peringkat Negeri Sabah  bertempat di Perkarangan Masjid Bandaraya,  Kota kinabalu pagi tadi. 
Kota Kinabalu: Menteri Belia  dan Sukan Negeri Sabah, Yang Berhormat Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan  telah menyempurnakan  perlepasan Konvoi Kembara Hijrah 1435H Peringkat Negeri Sabah  bertempat di Perkarangan Masjid Bandaraya,  Kota kinabalu pagi tadi.

Program Konvoi Kembara Hijrah 1435H  Peringkat Negeri Sabah yang bermula hari ini dan berakhir pada Ahad adalah program bersama anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM),  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM).

Lebih 20 kenderaan pacuan empat roda dan 60 peserta daripada pelbagai jabatan  dan agensi  terlibat dalam pengembaraan ke beberapa lokasi antaranya ke daerah  Tuaran, Ranau, dan Beaufort.

Antara  objektif Program Kembara Hijrah  1435H dianjurkan bertujuan membentuk disamping  menjalin rasa ukhuwah dan kerjasama erat di kalangan agensi kerajaan dengan masyarakat setempat dalam melaksanakan program-program dakwah selain bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Negeri Sabah  yang akan disambut awal November depan.

Antara pengisian sepanjang program berlangsung termasuklah Program Khidmat Komuniti, Gotong-royong di Masjid dan Tanah Perkuburan, Membaiki surau, Khidmat Kaunter Tabung Haji disamping mengadakan kuliah-kuliah berbentuk keagamaan di Masjid dan Surau yang dilawati.

Turut hadir pada Majlis Pelancaran Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Bin Haji Mohd Arif, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ( JHEAINS) Datuk Amri A. Suratman serta  Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM ) Zon Sabah Haji Samin Haji Ongki.

No comments:

Post a Comment