Tuesday, 31 December 2013

K1M DISERU BANTU KERAJAAN SEBAR LUAS MAKLUMAT MENGENAI GST

SELASA: 31 DISEMBER 2013

K1M DISERU BANTU KERAJAAN SEBAR LUAS MAKLUMAT MENGENAI GST

PUTATAN: Pengarah Jabatan Penerangan Sabah (JAPEN Sabah), Haji Almain Ajirul menyeru ahli-ahli Komuniti 1Malaysia (K1M) di negeri ini agar dapat membantu pihak kerajaan menyebarluaskan maklumat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015.

Justeru peranan K1M sebagai telinga, mata dan mulut dalam menyampaikan dasar-dasar dan maklumat kerajaan adalah begitu besar peranannya dan tidak boleh dinafikan lagi.

Beliau berkata demikian pada Majlis Malam Mesra K1M Daerah Putatan Bersama Pengarah Jabatan Penerangan Sabah di Dewan Restoran Sri Kajura, di sini, malam tadi.

Ujarnya, sebagai ejen penyebar maklumat dan dasar-dasar kerajaan, ahli-ahli K1M juga perlu sentiasa bersiap sedia dengan melengkapkan ilmu pengetahuan dan informasi tentang dasar-dasar kerajaan khususnya maklumat mengenai cukai GST bagi menyebarkannya pula kepada masyarakat di komuniti masing-masing.

Justeru penglibatan ahli-ahli K1M dalam memberikan informasi mengenai dasar-dasar kerajaan tersebut diharapkan  memberi pemahaman yang sejelas-jelasnya mengenai dasar-dasar kerajaan khususnya mengenai cukai GST yang menjadi bualan hangat ketika ini, tambah Almain lagi.

Pada majlis itu juga, Almain  menyambut baik dan bersetuju untuk merealisasikan cadangan Komuniti 1 Malaysia (K1M) Sabah bagi mengadakan lawatan sambil belajar ke Negara Brunei Darussalam pada tahun hadapan.

Turut hadir, Pengerusi Permuafakatan K1M Negeri Sabah, Tahir Haji Mat Soon; Ketua Penolong PengarahBahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JAPEN Sabah, Mohd Kaya Iggoh; Pegawai Penerangan Daerah Putatan, Alias Jaafar serta pengerusi-pengerusi K1M daerah Putatan.

Keterangan Gambar: Almain menerima cenderahati daripada Tahir (tengah) sambil diperhatikan oleh Alias (kanan sekali) pada majlis tersebut.

MFM/VJ

Wednesday, 11 December 2013

Kerajaan Negeri Komited Pastikan Perpaduan Rakyat Kekal Kukuh di Negeri ini

Edward (empat dari kanan) melancarkan Perayaan Krismas Gaya 2013
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri komited untuk memastikan perpaduan rakyat, keharmonian kaum dan toleransi beragama kekal kukuh di negeri ini, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah.

Katanya, rakyat di negeri ini harus menolak sebarang tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat dan kestabilan kerajaan untuk merealisasikan agenda pembangunan dengan lebih berkesan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Perayaan Krismas Gaya di Lintasan Deasoka, semalam.

Dalam ucapannya, Edward turut berkata bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman komited untuk memelihara budaya dan adat yang merupakan khazanah penting untuk diwarisi oleh generasi akan datang di negeri ini.

Jelasnya, sebanyak RM29.6 juta telah diperuntukkan untuk tahun 2014 dalam usaha kerajaan negeri untuk memulihara, memperkaya dan memajukan program-program dokumentasi bagi semua aspek budaya etnik di negeri ini.

Dalam pada itu, Edward berharap penganjuran program seperti Perayaan Krismas Gaya dapat diperbanyakkan lagi bagi menyokong usaha kerajaan negeri untuk memelihara kemakmuran sosial dan mengukuhkan perpaduan rakyat di negeri ini.

Perayaan Krismas Gaya 2013 diadakan selama empat hari dan akan berakhir pada 13 Disember.-/PENERANGAN

KT/VM

Tuesday, 10 December 2013

MAJLIS PERASMIAN SEMINAR PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM & MAJLIS PENTAULIAHAN RAKAN PEMBIMBING PKHIDMATAN AWAM (AKRAB) NEGERI SABAH 2013

Zabidi menyampaikan ucapannya pada majlis itu
KOTA KINABALU: Anggota Perkhidmatan Awam digesa untuk memantapkan keperibadian masing-masing bagi memenuhi ekspektasi rakyat yang tinggi terhadap kerajaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata gesaan ini selaras dengan peranan anggota perkhidmatan awam sebagai ejen transformasi kerajaan untuk menangani isu-isu berbangkit yang disuarakan oleh rakyat.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2013 (AKRAB) di sebuah hotel terkemuka, pagi tadi.

Menurut Zabidi, beliau melihat penganjuran majlis itu sebagai salah satu usaha bagi mempersiapkan anggota perkhidmatan awam untuk berhadapan dengan cabaran era kemajuan teknologi pada masa kini.

Katanya, kemajuan teknologi memerlukan pendekatan yang lebih tangkas untuk memberi perkhidmatan yang lebih cepat kepada pelanggan yakni rakyat.

“Dalam keadaan ini, setiap anggota perkhidmatan awam perlu mempunyai daya tahan mental yang tinggi untuk membolehkan kita membuat keputusan yang lebih rasional,” kata beliau.

Dalam pada itu, Zabidi berharap anggota perkhidmatan awam yang ditauliahkan sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam 2013 kali ini memberi tumpuan dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan transformasi ilmu seterusnya kepimpinan.

Pada Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2013, seramai 53 orang terdiri daripada anggota perkhidmatan awam negeri Sabah telah ditauliahkan sebagai Rakan Pembimbing AKRAB.

Program AKRAB adalah salah satu mekanisme baru bagi menyahut seruan kerajaan dalam proses transformasi negara dengan menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling yang humanistik serta holistik.

Matlamat utama AKRAB adalah “bimbing diri dan bantu rakan” yang menghadapi cabaran hidup sama ada di tempat kerja, keluarga dan persekitaran.-/PENERANGAN


KT/JJ

SABAH URGED TO HAVE OWN MARITIME COLLEGE - MUSA AMAN

Datuk Seri Masidi Manjun (centre) holding  a memento with Director of Marine Department Sabah Region Rosnan bin Fathlal (left) and MD/CEO Centre of Maritime Excellence Dato Capt Jaffar bin Lamri (right).
KOTA KINABALUChief Minister Datuk Seri Musa Aman said it's a good idea to  have a  Sabah Maritime College to encourage more Sabahans to be trained as future seafarers and urged the relevant authorities to draw up programmes for such training.

He said the the two maritime training institutions at present in Kota Kinabalu- Pusat Latihan Pelaut Dagang (PLPD) and Pelita Maslaut, operated with limited facilities and training resources.

“It is unfortunate  that the many opportunities available in the shipping sector are not taken up by locals, perhaps due to ignorance on what the maritime industry can offer” he said in his keynote address at the Sabah Maritime Seminar: Maritime Sectoral Developments in Sabah Shipping; Oil and Gas; and Maritime Security at a leading hotel here this morning.

His text of speech was read by Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Seri Masidi Manjun who represented the Chief Minister.

Musa said the maritime industry is one of the main pillars of our economy, with an estimated 95 percent of Malaysia’s trade carried via sea... the bulk of malaysia’s international trade – the lifeline of the country’s economy – is transported by ships through major ports in the country including the Kota Kinabalu, Kudat, Lahad Datu, Sandakan and Tawau ports in Sabah.

Sabah shares the governments aspiration for Malaysia to be a strong maritime nation and supports policies to increase the nation’s participation in the maritime industry, Musa added.

On the same note, Datuk Seri Masidi Manjun who spoke to reporters after the opening ceremony, welcomed the idea of Marine Department of Malaysia Sabah Region and Centre of Maritime Excellence to set up a Sabah Maritime College.

He said 65 percent of seafarers in Malaysian ships were foreigners and out of 112,000 seafarers only 1112  were Sabahans.

“This is the first seminar on Maritime in Sabah and I hope this will open the mind of the  Sabahans to venture into this  sector which has vast potentials,” he said.

Masidi also praised the organisers of the seminar to invite ESSCOM to present a working paper on the sea security in this region.

The paper by ESSCOM will give confidence to investors and tourism players in this region, he said.

The seminar was attended by more than 140 participants from Shipping , Oil and Gas and Ports sectors.-/PENERANGAN

RS/AZ

Monday, 9 December 2013

KUNJUNGAN HORMAT KESUMBA KEPADA TOH PUAN

KOTA KINABALU :  Isteri Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri Panglima  Hajah Norlidah R.M Jasni menerima kunjungan hormat rombongan Exco Tertinggi Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) di Istana Negeri, pagi tadi.

Pengerusinya, Datin Baidah Ibrahim berkata kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan barisan exco tertinggi yang baharu di samping menjemput Hajah Norlidah ke Majlis Makan Malam Amal persatuan itu pada Mac, tahun depan.

“Makan malam berkenaan adalah untuk mendapatkan dana bagi kelab dan sumbangan ke pada anak-anak yatim.

Hajah Norlidah telah bersetuju untuk menyertai lawatan  KESUMBA ke rumah anak yatim pada masa akan datang,” jelas Baidah.

Kelab yang dianggotai seramai 300 orang ahli itu memfokus kepada aktiviti-aktiviti amal meliputi kemasyarakatan, keagamaan, kebudayaan, sukan dan keusahawanan di kalangan ahli./PENERANGAN-

ZA

Sunday, 8 December 2013

NEW BRIDGE CUTS LONG WAIT AT PANDARUAN RIVER

LAWAS : The long wait to cross the Pandaruan river finally came to an end with the opening of a new bridge connecting  both ends of two neighbouring countries, Brunei Darussalam and Malaysia,  this morning.
Aptly named as the Jambatan Persahabatan (Friendship Bridge), the RM20.8 million bridge which connects the Borneo and Sarawak border at Pandaruan , was jointly officiated by Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah and Malaysian Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.
With the construction of the189 meter bridge, motorists need not wait for four to five hours during peak hours just to cross the Pandaruan river with the ferry.  With the new bridge,  Malaysia and Brunei hope to foster closer relationship and see increase in economic activities such as tourism and business.
The bride also marks a historical point as it is the last stretch to connect the Pan- Borneo highway which runs for more than 2000km  from Kuching in Sarawak , through Brunei Darussalam to Tawau, Sabah.
Brunei and Malaysia signed the agreement to construct the bridge on 12th September 2011 and it was completed by a Malaysian contractor , Perkerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd in 15 months. The cost of the bridge was jointly shared by both countries and the construction of the roads on each side were borne by individual countries.

The event was also attended by Sarawak Chief Minister Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman, Foreign Minister Datuk Seri Haniffah Aman, Home Minister Datuk Seri Zahid Hamidi, Works Minister Datuk Hj Fadillah Yusof and other invited dignitaries from both countries.-/PENERANGAN
RS/AM

Saturday, 7 December 2013

41 WARGA KERJA KPSKTM TERIMA APC 2012

KOTA KINABALU: Seramai 41 warga kerja Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi sesi 2012.

Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat berkata majlis malam ini adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada penerima anugerah cemerlang yang telah memberi perkhidmatan dan prestasi terbaik sepanjang tahun tersebut.

"Kepada pemenang dan penerima anugerah kita perlu meneruskan serta meningkatkan lagi usaha ke arah pencapaian yang lebih baik.

Anggaplah ini sebagai satu proses dan perjalanan yang panjang," ucap beliau semasa Perasmian Majlis Gala KPSKTM dan Malam Gala ICT di Grand Ballroom 1Borneo, semalam.

Selain itu, nasihat beliau, jika melakukan sesuatu dengan semangat yang kental dan unggul, kita akan sentiasa mencapai yang terbaik dan boleh dibanggakan.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang-pemenang pertandingan sempena Bulan ICT.


Antara anugerah-anugerah yang telah dipertandingkan iaitu Anugerah Laman Web Kerajaan Sabah Terbaik, Anugerah Laman Web Popular, Anugerah Rekabentuk Laman Web Terbaik, Laman Web Interaktif Terbaik, Laman Web Berinformasi, Perkhidmatan Penyampaian Laman Web Terbaik dan Anugerah Gambar Terbaik Mengikut Tema.-/PENERANGAN.

Thursday, 5 December 2013

BE VIGILANT AGAINST SUBVERSIVE THREATS AGAINST NATION

KOTA KINABALU : Malaysia’s  56 years of independence can be jeopardised if we are not careful and vigilant as we faced many form of  threats.

Sabah Information Department Director Haji Almain Ajirul said such threats can come in many forms, even through virtual and social media, as such we must be wary of the news contents of such media.

He was delivering his speech before presenting the prizes to the winners of  the Merdeka Cheer Competition, State Level at a leading hotel here Wednesday night.

“This our our land, the place where we were born and bred. We are the heir to this land and we have a duty to protect our land. We can teach our future generation to fight these bad elements without even taking arms but  through patriotism and love for the country,” he said.

Almain said the Lahad Datu incidence was an awakening call for all of us  to constantly remind and be vigilant of the security of our country.

“Should we have any information of any subversive activities of our enemies, we must inform our security personnels and we should not allow them to penetrate  our society,” he added.

On the Merdeka Cheers competition, Almain said the it is held during the Merdeka month , not so much for the prizes alone, but to create awareness and nurture patriotism among the people and organisations to love our country and cherish the independence.

The competition organized by the Sabah Information Department, was first held in 2010 . The objective is to give due recognition to individuals and organisations  who display high patriotism and respect for the Independence Day.

The competition is divided into eight categories namely School, Government Building, Traditional Kampung, Main Gate, Individual, Private Building, Housing Estate and Anjung Komuniti 1 Malaysia.

Apart from displaying national flags, winners are selected based on their creativity and patriotic components.

Under the School category, the SMK Badin, Tuaran was adjudged the best school and for the government building, the Kota Kinabalu City Council was selected as the winner.

The other winners are Kg Tombotuon , Tambunan ( best Traditional Kampong ), Giat Mara Tenom (best Main Gate ), Proton Edar Sdn Bhd (best private building), KRT Taman Teluk Villa Putatan (best housing estate), Komuniti 1 Malaysia Kg Sinulihan, Keningau (best Anjung Community) and Hj. Mohd. Halikin bin Angga (best individual).


Winners under each category carried a cash prize of RM500, a trophy and a certificate of participation.-/PENERANGAN

RS

Tuesday, 3 December 2013

PUBLIC COMPLAINTS BUREAU MOVES TO UTC BUILDING

KOTA KINABALU: The Public Complaints Bureau (Biro Pengaduan Awam) under  the Prime Minister’s Department has shifted its office to 5th Floor Menara UTC here.

It will fully operate from the Sabah Urban Transformation Centre (UTC) building beginning December 16 this year.

The correspondence address and contact numbers for all official purposes is as follow:

BIRO PENGADUAN AWAM NEGERI SABAH 
JABATAN PERDANA MENTERI 
TINGKAT 5, MENARA UTC 
JALAN BELIA, OFF JALAN TENGKU ABDUL RAHMAN 
88100 KOTA KINABALU, 
SABAH 

NO: TEL  : 088- 280300
NO: FAX:  088- 280301

Monday, 2 December 2013

Kunjungan Hormat daripada Duta Besar Romanian dan Duta-duta Besar Eropah Union

KOTA KINABALU: Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Luc Vandebon hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri, petang tadi.

Mengulas tujuan kunjungan tersebut, Luc berkata ini merupakan peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama yang lebih rapat antara Duta-duta Kesatuan Eropah tersebut dengan kerajaan negeri Sabah.

Beliau yang diiringi oleh tiga orang iaitu Duta Romania ke Malaysia, Constantin Volodea Nistor, Duta Austria ke Malaysia, Cristophe Ceska dan Duta Perancis ke Malaysia, Martine Dorance.

Menurut Luc mereka telah dijadualkan dengan pelbagai aktiviti dan program menarik sepanjang mereka di sini.

Antaranya ialah mereka bakal menandatangani kontrak sejumlah 3.8 million Euro dengan Jabatan Perhutanan Sabah mengenai projek pengurusan hutan pada hari Rabu ini.

Selain itu, mereka juga akan menghadiri Persidangan Hak-hak Kanak-Kanak Migrasi bersama SUHAKAM, lawatan ke Pertubuhan Bantuan Kanak-kanak Humana di Lahad Datu dan menghadiri pelancaran Filem Kesatuan Eropah ke-14.

Dalam pada itu, katanya, Malaysia merupakan rakan dagang kedua terbesar Kesatuan Eropah selepas Singapura di Asia.

"Justeru, Malaysia merupakan rakan dagang yang penting dalam perdagangan dan kami ingin bekerjasama lebih rapat lagi pada masa hadapan."-/PENERANGAN.

EK

Friday, 29 November 2013

KPWKM SASAR LEBIH BANYAK PROGRAM ADVOKASI DI SABAH

Kelihatan Azizah menandatangani ‘sandwich board’ yang memaparkan tulisan tentang anti keganasan terhadap wanita.
BEAUFORT: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan lebih giat mendekati wanita Sabah melalui program-program di peringkat akar umbi dalam usaha untuk membendung dan mengurangkan keganasan terhadap wanita terutamanya yang melibatkan institutsi keluarga.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Hajah Azizah  Datuk Seri Panglima Mohd. Dun ketika ditemui pemberita pada sidang media sempena Majlis Perasmian Karnival Respek Wanita: Wanita Anti Jenayah yang diadakan di Dewan Masyarakat Pa ’Musa, di sini, petang kelmarin.

Berdasarkan rekod pihak Polis Diraja Malaysia, kes keganasan rumah tangga yang dicatatkan di seluruh negara pada Januari hingga September tahun lalu adalah sebanyak 2558 kes dilaporkan berbanding tahun ini yang hanya mencatat sebanyak 2229 kes pada tempoh yang sama.

Manakala di negeri Sabah pula, pada Januari hingga September tahun lalu, kes yang telah direkodkan adalah sebanyak 141 kes manakala tahun ini sebanyak 144 kes yang telah dilaporkan.

“Saya yakin salah satu faktor yang menyumbang kepada penurunan kes berkenaan adalah disebabkan kempen atau program berbentuk advokasi yang telah dijalankan oleh KPWKM di pelbagai peringkat khususnya di peringkat akar umbi”, kata Azizah.

“Sementara itu, bagi negeri Sabah pula peningkatan angka yang kecil bagi kes tersebut adalah ditahap yang masih terkawal namun begitu hal ini perlu di ambil serius oleh semua pihak agar dapat memastikan kadar jenayah terhadap wanita berkurangan di negeri ini”, ujar Azizah lagi.

Tambah beliau, KPWKM menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan memperbanyakkan lagi usaha untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan wanita di negeri Sabah terus terbela.

Program-program advokasi seperti Seminar Kepekaan Gender, Literasi Undang-Undang, Wanita Anti Jenayah (WAJA), Seminar Menangani Keganasan Terhadap Wanita dan Gadis, Selamatkan Diri Anda (SEDiA), Program Kesejahteraan Emosi dan Program Transformasi Minda akan lebih giat dijalankan di negeri ini.

Dalam pada itu, Azizah berharap agar program-program yang dijalankan oleh pihak kementeriannya di negeri ini akan terus membantu mengurangkan berlakunya kes keganasan terhadap wanita khususnya keganasan rumah tangga.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Siti Sapoo Haji Ahok; Timbalan Ketua Pengarah JPW, Puan Che Azizah Che Rashid; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA), Hajah Fatimah Japar serta Penolong Pegawai Daerah Beaufort, Haji Mohd Shaid Othman.-/PENERANGAN

MFM/JK

BOOK ON CUSTOMS AND TABOOS OF ETHNIC GROUPS IN SABAH LAUNCHED

Masidi Manjun launches the book
KOTA KINABALU: Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun launched the book ‘Customs and Taboos of the Ethnic groups in Sabah’  at a leading hotel here yesterday afternoon.

The book  highlights  the different customs and taboos practised traditionally by the various Sabah ethnic groups, namely the Kadazan of Penampang, Bajau sama, Iranun, Bisaya and  Runggus Dusun Bonggi.

Published by the Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabah branch, the book was authored by five writers. They are Rita Lasimbang (Kadazan Penampang), Hajah Siti Aidah Lokin (Bisaya), Raymond Majumah (Rungus and Bonggi), Abdul Naddin Shaiddin (Iranun) and Radik Taim (Bajau Sama).

Masidi said Sabah is blessed with rich traditions, customs and taboos from more than 32 recognised ethnic groups and it’s a treasure that should be safeguarded.-/PENERANGAN

RS/SHA

INFO DEPARTMENT TO INTRODUCE THIRD JOURNALISM AWARD

Acting President of the Sabah Journalists Association Francis Fahir (right) receiving the Appreciation Award from Almain. On looking are Abdul Jalani (left) and Abdul Manap Lakariba (second right).
KOTA KINABALU: The Sabah Information Department is to introduce another Jounalism Award for local print and electronic media.

Its director Hj Almain Hj Ajirul said the new award would be given to journalists who write about the government policies and developments in Sabah.

“ At present  the Sabah Journalists association(SJA) and the Kota Kinabalu Journalists Associations are giving out Journalists Awards annually. We want to introduce the third award,” Almain said during the Media Night dinner function organized by the Media Section of the department at a leading hotel here on Wednesday.

He said  the categories, however, had to be identified and specified and urged local journalists to give inputs on its divisions.

“For example, there could be three divisions for the award - one for the age group 21 to 35, the second  from 36 to 48 and the last the veteran group and sub categories under each.

“ There could be better suggestion than this, as such we want more feedback and inputs from writers and editors,” he told the media participants during the said dinner which was aimed at fostering closer and cordial relations with local media players.

Earlier in his speech, Almain praised and thanked the media for working together in giving greater publicity for government projects and policies.

He hoped to continue the cordial relations with the media for a long period of time.

Almain also presented Appreciation awards to the Sabah Journalists Association(SJA), the Kota Kinabalu Journalists Association(KKJA) and Sabah Media Association (SMA).

About 100 journalists and editors from print and electronic media attended the function.

There was also lucky draw and many lucky participants won attractive prizes such as Samsung Note III and Sony Digital TV 32”.

Also present were the Acting president of the Sabah Journalist Association Francis Fahir, the Director of Broadcasting Department (RTM) Sabah, Ahmad Jalani Mahmud, BERNAMA Sabah Chief Nashir Mansor, president of Kota Kinabalu Journalists Association Jimmy Goh, Utusan Borneo Chief Editor Lichong Ah kui, director of JASA Haji Abdul Manap Lakariba and Principal assistant Director of Media Section of Sabah Information Department Wolis Juinik.-/PENERANGAN

RS/VM

Tuesday, 26 November 2013

MAJLIS TAKLIMAT BAJET 2014 DAN CUKAI GST JAWATANKUASA PENYELARAS KKMM SABAH

Yunus (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Akram.
KOTA KINABALU: Satu Majlis Taklimat Bajet 2014 dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi Negeri Sabah telah diadakan di Dewan Semarak, Wisma Dang Bandang, di sini, pagi tadi.

Taklimat tersebut diadakan bagi memberi penerangan dan kefahaman terhadap Bajet 2014 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Oktober lalu serta Cukai GST yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015.

Pada majlis tersebut Pasukan Bajet 2014, Kementerian Kewangan Malaysia yang diketuai oleh Encik. Mohd Akram Abdul Aziz telah memberikan sesi taklimat  berkaitan dengan Bajet 2014 manakala Puan Sakinah Begum Md. Nasir daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia pula menerangkan mengenai Cukai GST.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Yunus Haji Saprin serta wakil-wakil jabatan dan agensi di bawah KKMM Sabah.-/PENERANGAN

MFM/JGG

Monday, 25 November 2013

TRADE UNIONS CAN BE TRANSFORMATION AGENTS - RICHARD RIOT

Richard Riot presenting his speech
KOTA KINABALU: Trade Union leaders can shoulder the responsibility vested by Trade Unions and the Government to be transformation agents for all its members.

This is where the tripartite concept involving the employee, the employer and the government becomes  central  in efforts to maintain harmonious relations  between employer and employee to establish healthy investment atmosphere.

In this regard, Human Resources Minister Dato’ Sri Richard Riot said  his  Ministry constantly  prepared transformation and development programmes in an effort to further enhance the harmonious and condusive industrial realtions to develop productive human resources.

Richard Riot was speaking during his opening speech of the Seminar on Trade Union Training on Leadership and Reconteur (TUTELAR) at Magellen Sutera Resort this afternoon.

The seminar is attended by 200 participants representing  40 Trade Unions all over Sabah.

The Minister said it is government’s wish to create human capital which is knowledgeable and able to think.

“ As such workers should sharpen their knowledge and skills through reskilling, multiskilling and upskilling. Many training opportunities have been designed to produce  workers who are self- confident and able to assist the employers to compete in local and international markets,” he said.

Richard said the role played by Trade Unionists today remains very big and challenging.

“ The often negative perception that Trade Unions are “forcing agents” should be discarted. Their  leadership today should be transformed to regard the present Trade Unions  as supporters, partners and suppliers. As a medium between the employer and the employee, the leaders should sharpen their communicative skills to channell the members immediately and effectively the decisions that are taken,” he added.

He also said the Minimum Retirement Age 2012  effective 1st July, 2013 introduced for the private sector,  had benefitted 7.8 million workers.

“ Extension of retirement age would benefit workers to generate more income and savings for the retirement age,”.

Richard said although the government decided to implement the Act on 1st July, 2013, it has been postponed to 31st December 2013 upon the request of the employers.-/PENERANGAN

RS/AJ

Sunday, 24 November 2013

TYT DAN TOH PUAN HADIRI MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA GRADUAN CEMERLANG UMS

Kelihatan.. Nur Syazwani Yussof (kanan) menerima saguhati yang disampaikan oleh Tun Haji Juhar.
KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Sabah yang juga merangkap Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan Isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk RM Jasni menghadiri Majlis Makan Malam Untuk Meraikan Para Graduan Cemerlang Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sempena Konvokesyen UMS Ke-15, yang diadakan di Istana Negeri, Kota Kinabalu, di sini, malam tadi.

Seramai enam orang graduan cemerlang daripada pelbagai bidang yang dianugerahi beberapa anugerah pada  Majlis Konvokesyen UMS kali ke-15 telah diraikan pada majlis tersebut yang kali kedua diadakan pada tahun ini.

Mereka adalah Penerima Anugerah Pelajar Diraja (Bumiputera), Nur Syazwani Yussof daripada Program Pendidikan dengan Sains, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan; Jong Lin Wei daripada Program Bioteknologi, Sekolah Sains dan Teknologi yang menerima Anugerah Pelajar Diraja (Bukan Bumiputera); Tan Mei Ling daripada Program Doktor Perubahan, Sekolah Perubatan yang telah berjaya mendapat Anugerah Pingat Emas Canselor.

Selain itu, Penerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor, Goh Kay Mint daripada Program Doktor Perubatan; Roselin Lye Shu Mei yang berjaya menerima Anugerah Pingat Emas Alumni serta Rodtney Hererra Jamie, penerima Anugerah Hadiah Zainal Abidin Bador turut diraikan pada majlis tersebut.

Turut hadir, Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Pro Canselor UMS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Yeoh Tiong Lay;  Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Profesor Madya Datuk Dr. Haji Kasim Haji Md. Mansur serta pegawai-pegawai kanan UMS.-/PENERANGAN

MFM/JK

Friday, 22 November 2013

GAYA CHRISTMAS CELEBRATION 2013 TO PRESENT “THE STAR OF GREAT JOY”

Datuk Abidin Madingkir (centre) and President of the Sabah Council of Churches, Bishop Datuk Thomas Tsen (third from left) showing the carnival poster.
KOTA KINABALU: Kota Kinabalu folks will have again the chance to enjoy a four nights Christmas celebration beginning December 10 at Lintasan Deasoka, Gaya Street.

Mayor of Kota Kinabalu City Hall, Datuk Abidin Madingki said the celebration would be jointly organized by the Sabah Council of Churches and Kota Kinabalu City Hall for the 8th year with supporting fund from the state government.

Chief Minister Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman is expected to officiate the annual event.

Bringing “The Star of Great Joy” as the celebration’s theme, Gaya Christmas Celebration 2013 aims to promote the message of Joy, Peace, Hope and Love by presenting various performances from the churches, government and social agencies throughout the four night’s carnival.

Abidin said this year’s celebration is unique and everyone regardless of religion should attend the event to feel the joy of Christmas preparation while spending quality time with their families.

“The joy of Christmas is not only for Christian but it is for everybody to enjoy and share the celebration together,” he added.

On the other note, Abidin also said that the four days carnival would target 100 thousand visitors including the locals and tourists.

He hopes that the local hotel operators would promote the carnival to their guests.

All visitors will have the chance to enjoy children performances; drama and singing; Yap Ling String which involves majority of children; choir and key to music Ukelele group.

More than 300 stalls would be opened during the carnival and visitors will get to taste the various local foods from the hawker stalls, also to buy the native handicrafts with different tropicalized colors as souvenir.-/PENERANGAN

KT/JJ

Persatuan OMBAK anjur Pesta Muzik Bambu 2013 Tamparuli pada 27 November 2013

KOTA KINABALU: Persatuan Orkestra Muzik Bambu Kinabalu (OMBAK) akan mengadakan Pesta Muzik Bambu 2013 Tamparuli Ke-8 pada 27 November 2013.

Setiausaha Persatuan OMBAK, Moffen Gondoloi, dalam kenyataannya, berkata pesta itu merupakan pesta tahunan yang sudah menjadi ikon bagi daerah Tamparuli.

Katanya, tahun ini Pesta Muzik Bambu bertemakan "Festival Memelihara, Mempromosi dan Memperkasa Muzik Traditional Bambu" yang diadakan di Dewan Masyarakat Tun Hamdan, Tamparuli.

Menurut beliau, pesta tersebut merupakan anjuran bersama Pejabat Daerah Kecil Tamparuli bertujuan untuk mengetengahkan acara-acara kebudayaan khususnya persembahan muzik berasaskan bambu oleh kumpulan-kumpulan muzik bambu tempatan.

Pelbagai acara sampingan yang menarik bakal memeriahkan program itu seperti acara sukan rakyat, gerai-gerai pameran dan jualan, persembahan artis-artis Pertisa dan persembahan gamelan UMS.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun akan hadir pada majlis penutupan pesta tersebut.-/PENERANGAN

EK

Kunjungan Hormat Mantan Archbishop Datuk John Lee & Archbishop John Wong Soo Kau

Archbishop Lee (kiri) dan Archbishop Wong (kanan) merakam kenangan bersama Tun Juhar (tengah).
Kota Kinabalu: Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin hari ini berkenan menerima kunjungan hormat daripada mantan Ketua Gereja Katolik bagi Kawasan Archdiocese Kota Kinabalu, Archbishop Datuk John Lee.

Mengulas tujuan kunjungan tersebut Archbishop Datuk John Lee berkata adalah untuk memperkenalkan Archbishop John Wong Soo Kau sebagai Ketua Gereja Katolik bagi Kawasan Archdiocese Kota Kinabalu yang baru kepada Tun Juhar.

Archbishop John Wong telah dilantik pada 1 Disember 2012.-/PENERANGAN

EK/VJ

TYT DAN TOH PUAN HADIRI MAJLIS PERASMIAN TAMU GADANG UMS KALI KE-15

KELIHATAN.. TUN HAJI JUHAR DAN TOH PUAN HAJAH NORLIDAH  MELAWAT PAMERAN YANG DIADAKAN SEMPENA TAMU GADANG UMS 2013.
KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Sabah yang juga merangkap Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan Isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk RM Jasni telah menghadiri Majlis Perasmian TamuGadang Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kali Ke-15 yang diadakan di Padang Kawad UMS, Kota Kinabalu, di sini, malam tadi.

Tamu Gadang yang diadakan hampir setiap tahun adalah bersempena dengan Majlis Konvokesyen UMS yang akan berlangsung Sabtu ini dan ia juga sebagai meraikan graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di UMS.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Dato' Seri Zaki Tun Azmi; Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Profesor Madya Datuk Dr. Haji Kasim Haji Md. Mansur.-/PENERANGAN

FM/MK

Tuesday, 12 November 2013

TYT dan Toh Puan Hadiri Majlis Perasmian Pameran Khas “Dirgahayu Tuan Yang Terutama”

Kelihatan..Tun Haji Juhar (kanan) menerima cendera kenangan daripada Masidi
KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan Isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk RM Jasni telah menghadiri Majlis Perasmian Pameran Khas “Dirgahayu Tuan Yang Terutama” sempena Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-60, Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri Sabah yang diadakan di Kompleks Muzium Sabah, Kota Kinabalu, di sini, kelmarin.

Majlis Perasmian Pameran Khas tersebut adalah bertujuan memaparkan kepada masyarakat peranan dan aktiviti institutsi Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri Sabah sebagai payung perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Pameran ini akan berlangsung sehingga penghujung Disember tahun ini yang mana pameran tersebut memfokuskan tiga segmen iaitu Aktiviti Tuan Yang Terutama sepanjang tahun lalu, 50 Tahun Sabah Maju Jaya dalam Malaysia dan Sabah Rangers atau Rejimen Kedua Renjer Diraja yang merupakan kebanggan rakyat Sabah dalam mempertahankan kedaulatan Negara.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Pang Nyuk Ming serta Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pameran Khas “Dirgahayu Tuan Yang Terutama”, Datuk Michael Emban.

Tuesday, 5 November 2013

TYT dan Toh Puan Hadiri Majlis Tahlil & Doa Selamat Sempena Sambutan Maal Hijrah 1435H

Kelihatan... Tun Haji Juhar bersama-sama tetamu kehormat serta para jemaah pada majlis itu.
KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan isteri,  Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni berkenan menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena Sambutan Maal Hijrah 1435 Hijrah, yang diadakan di Masjid Negeri, Sembulan malam tadi.

Majlis tahlil dan  doa selamat akhir dan awal tahun telah dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibus Samahah, Ustaz Bungsu@Aziz Haji Jaafar dan Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Ibrahim Haji Kisab.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang mewakili Ketua Menteri Sabah; beberapa Jemaah kabinet negeri Sabah; ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan  dan Negeri Sabah serta umat islam sekitar daerah Kota Kinabalu.

Monday, 4 November 2013

CAPS Jemput Orang Ramai Menjadi Ahli Bersekutu

James (tujuh dari kiri) dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan CAPS merakam kenangan bersama Tun Juhar.
KOTA KINABALU: Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) menjemput masyarakat khususnya di Sabah menjadi ahli bersekutu CAPS untuk sama-sama melindungi dan menjaga masyarakat pengguna dari pelbagai unsur penipuan, pemerasan, pemalsuan serta penindasan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Presiden CAPS, James Baga berkata orang ramai yang berminat boleh mendaftar sebagai ahli bersekutu CAPS dengan memuat turun borang di laman sesawang www.caps.org.my atau menghubungi Setiausaha Agong CAPS, Voo Ming Chung di talian 013-878 3007.

"Buat masa ini seramai 200 ahli CAPS yang aktif di seluruh Sabah dan dengan adanya ahli-ahli bersekutu ini akan dapat membantu masyarakat pengguna untuk memantau harga barangan keperluan dan perkhidmatan yang ada di Sabah dan menyemak tarikh luput produk," kata beliau selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri, pagi tadi.

Menurut James, matlamat Pertubuhan CAPS adalah untuk mendidik masyarakat pengguna untuk mengetahui hak-hak pengguna selain menjadi pengguna yang berwawasan, beretika dan berdisiplin.

Mengulas tujuan kunjungan hormat, katanya adalah untuk menjemput Tun Juhar sebagai tetamu kehormat sempena Majlis Makan Malam Amal Pengguna yang akan diadakan pada 28 November 2013.

Terdahulu Tun Juhar berkenan menerima kunjungan hormat Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Puan Anita Baranting dan rombongan.

Beliau yang selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Warga Emas berkata tujuan kunjungan hormat adalah untuk memaklumkan kepada Tun Juhar tentang Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Sabah 2013 yang akan diadakan pada 12 November 2013 di Grand Ballroom, 1Borneo.

Katanya, Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah R.M Jasni sebagai tetamu kehormat dalam majlis sambutan itu nanti.

"Bertemakan "Ilmu Dijunjung, Warga Emas Disanjung", majlis tersebut diserikan dengan penyampaian Anugerah Usia Emas mengikut kategori iaitu pasangan, individu lelaki dan individu perempuan," kata beliau.

Ariffin Rasmi Program Di Ambang Hijrah

Ariffin menyampaikan Puisi Perasmian yang bertajuk 'Dirasah Hijrah'
KOTA KINABALU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Mohd Ariffin Mohd Arif telah merasmikan Program Di Ambang Hijrah anjuran bersama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya Kota Kinabalu Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Penyiaran Sabah (RTM) Sabah melalui Radio Sabah FM yang diadakan di Dewan Utama, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, di sini, malam tadi.

Program tersebut diadakan bagi mengimarahkan lagi sambutan Maal Hijrah 1435 Hijrah yang akan disambut pada hari esok disamping menghayati dan memahami erti sebenar sambutan maal hijrah melalui pengisian program yang diadakan.

Majlis itu juga turut disiarkan secara langsung melalui saluran radio Sabah FM, yang mana antara pengisian program itu adalah nyanyian lagu-lagu nasyid, tarannum Al-Quran, zikir, qasidah serta persembahan puisi dan sajak.

Antara kumpulan-kumpulan yang mempersembahkan qasidah dan lagu-lagu nasyid adalah Kumpulan Nur al-Mu sthofa yang membawakan qasidah yang bertajuk 'Ya Hana Na'; kumpulan nasyid Soutun Najah dan lain-lain lagi.

Pada majlis itu juga, Datuk Haji Mohd Ariffin turut menyampaikan Puisi Perasmian yang bertajuk 'Dirasah Hijrah'.

Turut hadir, Pengarah JHEAINS Sabah, Datuk Haji Amri Suratman; Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Puan Salmah Abdullah; wakil Pengarah RTM Sabah, Jaafar Jaidin serta warga kerja dan para pelajar kampus IPG Kampus Gaya.

Friday, 1 November 2013

Warga Penerangan Perlu Lengkapkan Diri Dengan Kemahiran

ALMAIN (tengah) melancarkan gimik perasmian
KOTA KINABALU: Warga kerja Jabatan Penerangan Sabah diseru untuk melengkapkan diri dengan kemahiran di samping memperkasakan ilmu pengetahuan dan sifat peribadi yang berdaya saing.

Pengarah Penerangan Sabah, Tuan Haji Almain Ajirul berkata seruan ini selaras dengan agenda transformasi negara yang berpaksikan inovasi dan kreativiti dalam menjalankan setiap tugas yang diberi.

"Inovasi berterusan diperlukan bukan hanya mencakupi prosedur dan proses kerja tetapi termasuk juga cara kita berfikir serta sanggup mengubah diri sendiri," katanya pada Majlis Perasmian Hari Inovasi Jabatan Penerangan Sabah Tahun 2013 disini, pagi tadi.

Menurut Almain, pelaksanaan inovasi menuntut warga kerja Jabatan Penerangan Sabah supaya berfikiran terbuka dan sentiasa bersedia untuk melakukan pembaharuan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Justeru Almain mengajak semua anggotanya untuk berfikir dengan lebih kritis agar dapat menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan tanpa mengenepikan peraturan-peraturan Kerajaaan.

Dalam pada itu, Almain berharap para penerima Anugerah Inovasi Tahun 2013 pada kali ini dicontohi dan dimanfaatkan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan produktiviti Jabatan Penerangan Sabah.

Pada Majlis Anugerah Inovasi Tahun 2013, sebanyak 15 anugerah yang dipertandingkan termasuk  tiga anugerah kategori berkumpulan dan dua belas anugerah kategori individu.

Turut hadir, Encik Yunus Haji Saprin, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah dan Puan Emily Clarice Joannes, Pemangku Pengarah Penerangan Labuan.