Hajah Norlidah (dua dari kanan) dan Enung (empat dari kanan) meyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar SAN Pekan Tambunan. |
TAMBUNAN: Seramai 125 anak-anak yatim di Rumah Anak-anak Yatim (RAY) di sini menerima sumbangan daripada Yayasan Nur Jauhar sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh isteri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni, baru-baru ini.
Turut menerima sumbangan, 48 orang pelajar di Sekolah Agama Negeri (SAN), Pekan Tambunan.
Guru besar sekolah itu, Hajah Zubaidah Abd Rahim berkata beliau amat menghargai sumbangan serta keprihatinan yayasan berkenaan sebagai penyuntik semangat 64 orang murid di sekolah tersebut untuk terus cemerlang dalam akademik.
Hadir sama, isteri Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datin Florence Malakig; isteri Presiden Sutera Harbour, Datin Enung Njoman dan Pengetua RAY, Rahim Yahya./PENERANGAN
ZA/ISTANA
No comments:
Post a Comment