Monday 1 July 2013

1341 Pegawai Kadet akan ditauliah dalam Majlis Istiadat Pentauliahan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Ke-32


SIDANG AKHBAR...Harun (dua dari kanan) semasa sidang akhbar. Turut sama Azizan (dua dari kiri), Abdullah (paling kiri) dan Mazelan (paling kanan)

KOTA KINABALU: Seramai 1341 Pegawai Kadet bakal ditauliah dalam Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Ke-32 pada 6 Julai 2013 bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata ini merupakan satu sejarah yang mana UMS menjadi tuan rumah Majlis Istiadat Pentauliahan buat julung-julung kalinya yang diadakan di Borneo khususnya Sabah.

"Bukan itu sahaja, Istiadat Pentauliahan kali ini melibatkan 24 kontinjen yang terbesar dalam sejarah Majlis Istiadat Pentauliahan, disamping itu UMS juga mempunyai padang kawad yang terbesar," kata beliau di Sidang Media Istiadat Pentauliahan PALAPES Ke-32.

Dalam pada itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamad Ke-V, Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Kelantan Darul Naim berkenan hadir dan seterusnya menyempurnakan penyampaian watikah pentauliahan kepada Pegawai Kadet PALAPES.

Kekuatan pegawai kadet yang akan ditauliahkan iaitu seramai 655 orang Pegawai Kadet Lelaki dan 685 adalah terdiri daripada Pegawai Kadet Wanita manakala PALAPES UMS yang akan ditauliahkan seramai 91 orang.

Turut hadir sama Ketua Staf Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato' Azizan Md. Delin dan Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mazelan bin Kasap, Pendaftar UMS merangkap Timbalan Komanden PALAPES UMS, Datuk Abdullah Hj. Mohd. Said.-/PENERANGAN

EK/JG



No comments:

Post a Comment