Musa ketika menyampaikan sumbangan kepada sebahagian anak-anak yatim yang hadir. |
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyeru dan mengalu-alukan agar lebih ramai golongan korporat dan usahawan di negeri ini tampil membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan seperti anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas serta golongan yang masih berada di bawah paras kemiskinan.
‘Saya percaya sumbangan yang diberikan bukan sahaja merupakan satu ibadah yang mulia bahkan ia juga adalah salah satu cara untuk kita membentuk peribadi mulia di bulan Ramadan Al –Mubarak melalui amalan-amalan sebagaimana dianjurkan dalam Islam’. Beliau berkata demikian semasa hadir pada Majlis Berbuka Puasa PADI BERAS Nasional Berhad (BERNAS) di salah sebuah hotel terkemuka di sini petang kelmarin.
Pada majlis tersebut, Musa turut menyaksikan penyampaian sumbangan daripada BERNAS sebanyak RM 10.000 kepada Lima (5) buah rumah anak yatim antaranya, Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh, Tawau, Rumah Putera Harapan, Ranau, Rumah Anak Yatim Suria, Tuaran, Rumah Anak Yatim Darul Bakti, Kota Belud, Rumah Anak Yatim Al-Aman, Beaufort.
Terdahulu Pengerusi BERNAS Tan Sri Syed Abdul Jabbar Shahabudin berkata, selaras dengan matlamat membantu golongan yang kurang berkemampuan pihak BERNAS akan memastikan semua program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dirancang dapat dilaksanakan demi kesejahteraan dan kemakmuran semua khususnya rakyat di negeri ini.
Tambah Syed Abdul Jabbar, selain memberi sumbangan kepada rumah-rumah anak yatim, BERNAS juga turut menyalurkan sumbangan beras kepada rakyat Sabah yang kurang berkemampuan melalui pelbagai saluran antaranya melalui badan-badan sukarela, jabatan mahupun agensi-agansi kerajaan.
Syed Abdul Jabbar turut memberi jaminan bahawa bekalan beras import untuk negeri Sabah adalah mencukupi bagi menghadapi tempoh perayaan yang akan menjelang tiba dan tidak perlu dibimbangkan.
Tambahnya Bernas mempunyai bekalan beras Import di Sabah berjumlah lebih 100,00 metrik tan (mt) dan mampu menampung permintaan dan keperluan rakyat untuk jangka sehingga enam (6) bulan.-/PENERANGAN
ZJ/VJ
ZJ/VJ
No comments:
Post a Comment