KOTA
KINABALU : Tuan Yang
Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Tun Haji
Juhar Haji Mahiruddin berkenan menerima kunjungan Hormat daripada Etiqa Insuran
dan Takaful Berhad di Istana Negeri disini pagi tadi.
Kunjungan hormat
ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Rizlan Azman bertujuan untuk
menyerahkan Zakat Perniagaan 2012 sebanyak RM 474,853.60 kepada Pusat Zakat
Sabah (MUIS) yang diwakili oleh Timbalan Pengerusinya, Aspah Abdullah Sani.
Menurut Ahmad, ini
merupakan salah satu tanggungjawab syarikat kepada masyarakat dan
beliau berharap sumbangan ini dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan di
negeri ini.
Terdahulu, Tuan
Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah menerima kunjungan hormat daripada
Pengarah Jabatan Audit Negeri Sabah yang baru, Zaaba Zainuddin, 54 bertujuan
untuk mengerat dan memupuk hubungan baik yang sedia ada di antara Jabatan Audit dengan
kerajaan khususnya kerajaan negeri.
Beliau menyarankan
agar jabatan dan agensi di negeri ini meningkatkan prestasi untuk mencapai
kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan secara tidak langsung merancakkan
lagi pertumbuhan ekonomi di negeri ini.-/PENERANGAN
SB/JJ
No comments:
Post a Comment