Tuesday 16 July 2013

KSU KKMM Hadiri Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan

KOTA KINABALU: Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan dan Jubli Emas Perayaan Hari Malaysia Ke-50, Tahun 2013 di sini, hari ini.

Menurut beliau, Majlis Sambutan tahun ini dijangka lebih besar dan berbeza daripada sambutan tahun-tahun yang lepas.

Beliau berharap, sambutan tahun ini lebih memberi kesan kepada rakyat untuk menyemai sikap mencintai tanah air dan mempertahankan kedaulatan Negara serta meningkatkan kesetiaan rakyat kepada Negara.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Dato’ Dr. Rothiah Omar, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Abdul Rahman Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Dato’ Norhayati Ismail.-/PENERANGAN

SB

No comments:

Post a Comment