Thursday 4 July 2013

Toh Puan Adakan Lawatan Kebajikan Ke Kiansom



Toh Puan (kanan) ketika menyampaikan sumbangan semasa lawatan kebajikan beliau

KOTA KINABALU: Seramai 18 ahli keluarga terdiri daripada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal menerima sumbangan daripada isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Norlidah RM Jasni semasa lawatan kebajikan beliau di Surau Al-Aqsa, Kampung Kobuni Kiansom di sini, pagi tadi.

Pada majlis penyampaian sumbangan itu, Norlidah yang juga penaung kepada Yayasan Nur Jauhar telah menyampaikan sumbangan berupa beras dan wang tunai kepada kesemua penerima sumbangan.

Turut serta dalam lawatan itu, Datin Enung Njoman isteri kepada Datuk Edward Ong, Presiden Sutera Harbour.  

Puan Murni Nawansah, nenek kepada salah seorang penerima OKU, Puteri Adawiyah berusia enam tahun melahirkan rasa syukur di atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Toh Puan.

“Sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kesusahan yang dialami cucu saya,” katanya.

Berhubung soal bentuk bantuan yang lain, Murni memaklumkan cucunya turut menerima bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak dua tahun lalu.

“Cucu saya mengalami masalah kepala berair sejak lahir dan pernah menjalani pembedahan dua tahun lalu...dia kini boleh berjalan dan mempunyai temu janji dengan doktor setiap tiga bulan sekali,” tambahnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubungi Puan Murni Nawansah di talian 016-8248254.-/PENERANGAN

KT/VJ


No comments:

Post a Comment