Pembuat Gitar, Jeffrey Yong (dua dari kiri) menunjukkan sebuah gitar unik yang dihasilkan daripada pokok mangga kepada Tun Juhar. |
Album....George (duduk kiri) bersama rombongan SGA turut merakam kenangan bersama Tun Juhar (tengah). |
KOTA KINABALU: Bersempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Persatuan Teater Muzik Sabah (SMTS) akan menganjurkan Pesta Gitar Antarabangsa Borneo (BIGFest) bermula 4 Oktober sehingga 6 Oktober depan.
Presiden SMTS, Peter Chua berkata pesta ini bakal dihadiri oleh ramai pemain gitar yang terkemuka di seluruh dunia termasuklah daripada Jepun, Australia, New Zealand, Filipina dan Malaysia sendiri.
Antara pemain gitar terkemuka yang terlibat dalam pesta ini adalah Acapella dari Filipina.
Tambah beliau, semasa festival berlangsung dan sebagai daya tarikan turut dianjurkan juga pelbagai karnival menarik seperti karnival makanan, karnival kanak-kanak dan juga bengkel membuat gitar secara percuma oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana, pagi tadi.
Terdahulu, Tun Juhar turut berkenan menerima kunjungan hormat daripada rombongan Persatuan Golf Sabah (SGA).
Presiden SGA, George B.H. Bandusena berkata tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk menjemput Tun Juhar sebagai tetamu kehormat sempena Kejohanan Piala TYT Antara Kelab SGA yang akan diadakan pada September nanti.
"Sebanyak 17 gabungan kelab dengan SGA akan bertanding masing-masing menghantar lapan pemain setiap kelab untuk kejohanan tersebut," kata beliau.
Dalam kunjungan hormat itu George turut memperkenalkan ahli majlis tertinggi yang baru kepada Tun Juhar.-/PENERANGAN
EK/JM
EK/JM
No comments:
Post a Comment