..Kelihatan Tun Haji Juhar (dua dari kanan) menyampaikan wang zakat kepada salah seorang penerima yang merupakan saudara baru |
..Toh Puan Hajah Norlidah (kiri) turut menyampaikan wang zakat bagi saudara baru kepada salah seorang anggota |
KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan Isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga 5 Briged di Dewan Kinabalu, Kem Lok Kawi, petang kelmarin.
Pada majlis itu, Tun Haji Juhar dan Toh Puan Hajah Norlidah turut menyampaikan wang zakat Negeri Sabah kepada 28 orang anggota 5 Briged yang terdiri daripada saudara baru dan turut bersama-sama warga 5 Briged menunaikan solat maghrib, isyak dan solat terawih.
Hadir sama, Panglima 5 Briged, Brigidier Jeneral Datuk Ramjit Singh Ramday; Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Pahlawan Haji Hamza Taib serta Panglima Wilayah Laut Dua, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Mohammad Rosland Omar.-/PENERANGAN
MFM/MK
MFM/MK
No comments:
Post a Comment