Sultan Muhammad V memeriksa tabik kerhormat sebelum berangkat balik |
KOTA KINABALU: Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darul Naim, Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V berangkat balik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu selepas lawatan lima hari di Sabah, hari ini.
Baginda disambut dan diiringi oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin sebelum berlepas balik ke negeri Kelantan Darul Naim.
Semasa berada di Sabah, baginda berkenan berangkat menghadiri Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes Ke-32 Peringkat IPTA di Universiti Sabah Malaysia (UMS) pada 6 Julai lalu, dan pada sebelah malamnya berangkat ke Majlis Santapan Negeri di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri.
Sultan Kelantan berada di negeri ini selama lima hari bermula 4 hingga 9 Julai.-/PENERANGAN
SB/JK
No comments:
Post a Comment