Wednesday 17 July 2013

Ketibaan Ketua Menteri dan rombongan dari menunaikan Umrah malam tadi


Musa bersalaman dengan hadirin sejurus masuk ke Balai Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu lewat petang kemarin.

Bacaan Doa selamat dan kesyukuran sejurus ketibaan Musa di balai ketibaan sekembalinya dari mengerjakan umrah

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman dan Isteri, Datin Seri Panglima Hajah Faridah Haji Tussin  selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang kelmarin (16 Julai 2013) setelah mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah sejak 9 Julai yang lalu.

Ketibaan Musa dan rombongan telah diiringi dengan  bacaan doa selamat dan kesyukuran  yang dipimpin oleh Ustaz Imbran Anggun dan disusuli dengan  majlis berbuka puasa  bersama  rombongan dan hadirin yang hadir.

Hadir sama menyambut ketibaan ketua Menteri dan rombongan, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji  Yahya Hussin, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Mohd Noor serta Menteri-menteri kerajaan negeri serta Ketua-ketua Jabatan peringkat Negeri dan Persekutuan.-/Penerangan

ZJ/VJ

No comments:

Post a Comment