Friday, 23 August 2013

80 Peserta Hadir Bengkel Draf Pelan Tempatan Kota Kinabalu 2020

Mayor Bandaraya, Datuk Abidin ketika menyampaikan ucapan pada majlis penutupan bengkel Draf Pelan Tempatan Kota Kinabalu 2020

Kota Kinabalu: Seramai 80 peserta ahli professional pelbagai bidang di kalangan penjawat awam dan swasta telah menghadiri Bengkel Draf Pelan Tempatan Kota Kinabalu 2020 yang diadakan bertempat di  salah sebuah hotel terkemuka di sini petang kelmarin.  

Antara kertas kerja yang dibentangkan pada bengkel merangkumi Pelan Tempatan Kota kinabalu menjelang tahun 2020 disampaikan oleh Encik Stanley Chong Hon Chung daripada Jabatan Perancangan Bandaraya manakala  kertas kerja bertajuk  “ The Importance Of Geologigal Input For Landuse Planning- Case Study Of Draf Kota Kinabalu Local Plan 2020”  disampaikan oleh Encik Zamri bin Ramli  daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah.

Bengkel sehari anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu tersebut telah disempurnakan majlis penutupannya oleh Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu,  Datuk Abidin Madingkir.

Hadir sama pada majlis penutupan bengkel Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya, Encik Alijus Haji Sipil serta Encik Micheal Samuil Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia , Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.-/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment