Thursday, 8 August 2013

Majlis Melihat Anak Bulan Syawal Tahun 1434H/2013M

MELIHAT ANAK BULAN…Yahya ketika mengetuai majlis melihat anak bulan syawwal disaksikan bersama ahli-ahli jawatankuasa yang hadir
Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri Sabah Merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin beserta ahli-ahli Jawatankuasa Melihat Anak bulan bagi Negeri Sabah menghadiri  Majlis Melihat Anak Bulan Syawal Tahun 1434H/2013M bertempat di Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan petang kelmarin.

Majlis Melihat Anak Bulan Syawal yang turut dikenali sebagai Majlis Ru’yah Hilal Syawwal Tahun 1434H/2013M telah dihadiri  bersama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri  Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif,  Mufti Kerajaan Negeri Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Melihat Anak Bulan  Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar serta Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Ru’yah Hilal Syawwal Tahun 1434H/2013M. /Penerangan

ZD/MK

No comments:

Post a Comment