Tuesday 27 August 2013

Konvoi Kembara Merdeka Medium Terbaik Menyampaikan Mesej Kemerdekaan : Pairin


TAMBUNAN : Usaha Jabatan Penerangan Sabah menerusi Konvoi Kembara Merdeka dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 
adalah sebuah
 medium yang terbaik untuk menyampaikan mesej kemerdekaan kepada masyarakat di seluruh Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.

"K
embara
 ini telah memberi ruang kepada agensi dan jabatan kerajaan untuk mendekati rakyat di merata tempat," kata beliau semasa menyampaikan ucapan perasmian Sambutan Konvoi Kembara Merdeka dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Daerah Tambunan di Rumah Anak Yatim Tambunan, sini, petang tadi.

Konvoi ini
 turut
 disertai 23 buah dari pelbagai Agensi dan Jabatan Kerajaan
 di
 Keningau untuk sama-sama berkempen mengibarkan jalur gemilang bagi menyemarakkan semangat 
patriotisme sempena bulan kemerdekaan
 .

Teks ucapan beliau diibacakan oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Wilfreddoline Jakil.

Dalam pada itu
,
 beliau menyeru agar masyarakat di negeri ini berusaha sendiri untuk mendapatkan jalur gemilang tanpa mengharapkan pemberian kerajaan atau pihak lain secara percuma.

Pada majlis tersebut turut diadakan penyerahan titik sentuhan berupa sumbangan ikhlas kepada Timbalan Pengetua Rumah Anak Yatim Tambunan, Abu Bakar Panglima Libadah.
/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment