Wednesday 14 August 2013

Penutupan Jalan Sempena Jelajah Borneo 18 Ogos - 22 Ogos 2013


KOTA KINABALU : Beberapa laluan utama di ibu negeri akan ditutup sempena Jelajah Borneo (ToB) yang akan berlangsung selama lima hari bermula 18 Ogos sehingga 22 Ogos nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Jelajah Borneo, Dato' Fredie Sua berkata pengguna jalan raya dinasihati untuk menggunakan jalan alternatif kerana laluan-laluan utama akan digunakan untuk kejohanan ini nanti.

Terdapat lima peringkat laluan yang akan digunakan iaitu pada hari pertama 18 Ogos, permulaan kejohanan di 1Borneo Hypermall, Jalan Sulaman dan berakhir di Pekan Tuaran.

Pada 19 Ogos pula akan dimulakan di Taman Perdana, Tanjung Aru dan berakhir di Papar dengan jarak 189.5 kilometer.

Peringkat ketiga, 20 Ogos bermula di kawasan Penampang dan berakhir di Kota Kinabalu dan peringkat seterusnya pada 21 Ogos antara peringkat paling mencabar iaitu laluan ke Kundansang bermula dari 1Borneo Hypermall, Jalan Sulaman.

Hari terakhir 22 Ogos, laluan adalah bermula dari Pekan Kundasang dan berakhir di 1Borneo Hypermall, Jalan Sulaman.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang Jelajah Borneo di www.tourofborneo.com.my.-/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment