Sunday 11 August 2013

Lapan Ribu Orang Penduduk Di Kawasan Membakut Mendapat Manfaat Daripada Pembinaan Sebuah Dewan Yang Serba Lengkap

Musa sedang bersalaman dengan penduduk-penduduk yang hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis ini
MEMBAKUT : Kira-kira lapan ribu orang sekitar kampung Pimping, Membakut mendapat manfaat daripada pembinaan sebuah dewan yang serba lengkap.

Dewan yang boleh menampung seramai 700 ratus orang dalam satu masa ini dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, di sini hari ini.

Menurut Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk  Arifin Haji Mohd Arif berkata, dewan yang serba lengkap ini hanya mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan dengan kos pembinaan sebanyak 500 ratus ribu.

Selain dewan ini, penduduk di kawasan ini juga akan mendapat kemudahan dengan pembinaan sebuah Kompleks Masjid Membakut dengan kos sebanyak lima juta, katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Membakut menjelaskan bahawa penduduk dikawasan ini juga akan menerima projek daripada kerajaan Persekutuan dengan pembinaan 100 buah rumah dibawa program Rimbunan Kasih yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah yang mula dilaksanakan pada tahun ini, menurutnya lagi.

“ini adalah bukti kerajaan Barisan Nasional yang sangat perihatin dengan kemudahan dan keperluan rakyat selaras dengan slogan kerajaan  Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” , sebagai tambahan beliau.

Turut hadir Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin dan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Haji Ghulam Haidar Khan.-/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment