ALBUM...... Tun Haji Juhar (
Tengah ) bergambar bersama Bekas Pelajar Maktab Sabah
|
Kota Kinabalu: Tuan
Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar
Haji Mahiruddin yang juga bekas penuntut Maktab Sabah
dan isteri Toh Puan Datuk Seri
Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni berkenan menghadiri majlis makan malam
Persatuan Bekas Pelajar Maktab Sabah ( OSCA) di salah sebuah hotel terkemuka di
ibu negeri malam tadi ( 23 Ogos ).
Hadir sama
pada majlis adalah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri Datin Seri Faridah Haji
Tusin.
Ketua Menteri
yang juga salah seorang bekas pelajar
Maktab Sabah, dalam ucapannya berharap agar semua bekas pelajar Maktab Sabah
yang pernah menuntut di sekolah berkenan agar terus memberi sokongan dan
mendekati para pelajar kerana mereka mampu mempengaruhi pelajar menjadi insan yang
cemerlang.
Katanya,
dengan sokongan bekas pelajar ditambah dengan
suasana persekitaran yang kondusif serta didikan guru yang berwibawa
sudah pasti Maktab Sabah mampu
melahirkan lebih ramai pelajar yang berjaya seterusnya melahirkan lebih banyak golongan
professional di pelbagai bidang termasuklah pemimpin dan tokoh-tokoh pemimpin yang
disegani.
Turut hadir pada majlis
Menteri Pelancongan Sabah Datuk Masidi Manjun, Presiden Persatuan Bekas Pelajar
Maktab Sabah, Datuk A. Asrie Haji Abdul Kadir serta Bekas Pengetua Pertama Maktab Sabah, J Clark.-/ PENERANGAN
No comments:
Post a Comment