Wednesday 28 August 2013

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMS

Gerai Terbaik…Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial
KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Majlis Rumah Terbukanya sempena Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, pagi tadi.

Pendaftar UMS, Lt. Kol (K) Datuk Abdullah Hj. Mohd Said berkata majlis tahunan itu diadakan untuk memberi peluang kepada semua warga UMS untuk merapatkan hubungan silaturahim dan mewujudkan semangat kekeluargaan bagi mengukuhkan perpaduan sesama mereka.

Majlis Rumah Terbuka yang bermula pada jam 10 pagi itu diserikan dengan pertandingan gerai aneka juadah terbaik yang bertujuan untuk menggalakkan penyertaan warga UMS sambil menghayati hubungan persaudaraan di antara mereka yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Johan bagi pertandingan itu dimenangi oleh Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan menerima wang tunai RM1,500 berserta sijil, tempat kedua dimenangi oleh Sekolah Pengajian Seni dan menerima wang tunai RM1,000 berserta sijil manakala tempat ketiga dimenangi oleh Institut Biologi Tropika Pemuliharaan dan menerima wang tunai RM500 berserta sijil.

Pertandingan itu disertai oleh 31 Jabatan/Sekolah/Pusat/Institut termasuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita UMS.

Turut hadir, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah merangkap Canselor UMS, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin merangkap Canselor UMS bersama Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti Datuk R.M Jasni.-/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment