KOTA KINABALU : Seramai 10 peserta akhir akan berentap bagi merebut tujuh kategori anugerah pada pertandingan akhir Juara Carta Lagu Dusun Musim Ke-4 2011/2012 yang akan diadakan pada 24 Ogos 2013, di Dewan Masyarakat Tun Hamdan, Tamparuli, Sabtu ini.
Timbalan Pengarah Penyiaran Kawasan Sabah, Ali Ngasio berkata objektif penganjuran Pertandingan Akhir Juara Lagu Dusun ini adalah untuk memartabatkan lagu-lagu Dusun dalam industri muzik tanah air.
Tambahnya, pertandingan ini juga adalah sebahagian daripada usaha untuk kita menghargai dan mengiktiraf usaha penyanyi, pencipta dan penulis lirik lagu Dusun agar mereka dapat memajukan industri muzik di negeri ini dan berkembang setaraf dengan penyanyi-penyanyi lain di peringkat kebangsaan.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun Musim Ke-4 2011/2012 di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia, petang tadi.
Tambahnya lagi, pertandingan anjuran Sabah V fm Unit Siaran Dusun yang diadakan pada dua tahun sekali itu juga angkat diangkat sebagai wadah seni bagi mengeratkan lagi hubungan mesra di kalangan pendengar dan peminat RTM.
Hadir sama pada sidang media itu, Ketua Penolong Pengarah Rancangan Radio, Encik Abdul Razak Hamid, Penolong Pengurus Sabah V fm, Encik Mohd Azzry Abdullah, juruhebah dan kakitangan pengurusan Sabah V fm Unit Siaran Dusun.-/PENERANGAN
No comments:
Post a Comment