Joniston semasa mengagihkan Jalur Gemilang di permis peniagaan sekitar Pekan Kiulu. |
Kota
Kinabalu: “Hargai nikmat
kemerdekaan kerana ianya tidak akan kekal sekiranya masyarakat di negara ini
berpecah belah, bersengketa dan tidak menghormati antara satu dengan lain”.
Ahli Dewan Undangan Kiulu, Yang Berhormat Datuk Joniston Bangkuai berkata, anasir luar dan dalam sentiasa mencari ruang
dan peluang untuk mengugat serta cuba memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian
masyarakat negara ini.
“Pergolakan
dan perbalahan yang berlaku di negara Mesir umpamanya sudah cukup dijadikan
contoh sekiranya perpaduan dan kecintaan
kita terhadap negara tidak dihargai dan dipelihara sebaik mungkin”.
‘Justeru kita harus sentiasa meningkatkan semangat
patriotisme dan rasa cintakan tanah air dengan menterjemahkannya melalui
pengibaran Jalur Gemilang di rumah kediaman, pejabat mahupun dipermis-permis
perniagaan, katanya.
Dengan berbuat demikian sudah pasti ianya akan
membentuk jiwa kita agar terus membara dalam mempertahankan kedaulatan Negara, tambahnya.
Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis
Perasmian Penutupan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Daerah Tuaran bertempat di
Kampung Rumindako, Kiulu petang tadi.
Program Konvoi Kembara Merdeka dan Kempen Kibar
Jalur Gemilang Peringkat Daerah Tuaran telah dilancarkan di Pekan Tuaran yang
melibatkan lebih kurang 25 kenderaan pacuan empat roda daripada pelbagai agensi
kerajaan dan swasta dengan mengelilingi Pekan Tuaran sebelum menuju ke Pekan Tamparuli dan berakhir di
Pekan Kiulu.
Antara pengisian sepanjang
konvoi kembara merdeka termasuklah penyampaian titik sentuhan serta bantuan kepada golongan yang memerlukan serta
pengagihan Jalur Gemilang kepada masyarakat setempat termasuklah sekolah-sekolah, pengerusi dan ketua-ketua kampung serta permis-permis perniagaan sekitar Daerah Tuaran, Tamparuli dan Kiulu.-/PENERANGAN
No comments:
Post a Comment