Monday 26 August 2013

Kembara Merdeka Dan Kempen Galur Gemilang Ranau Meriah

Haji Faimin ketika melakukan perlepasan " Flag off" bagi pengembaraan konvoi meneruskan menuju ke daerah Tuaran
RANAU : Lebih Dua Puluh Kenderaan pacuan empat roda terdiri daripada  agensi kerajaan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) serta  ahli-ahli  Komuniti 1Malaysia   sekitar Ranau  telah menyemarakkan lagi  Program Konvoi Kembara Merdeka dan Kempan Jalur Gemilang anjuran Jabatan Penerangan Peringkat Bahagian Pantai Barat Selatan yang diadakan di Daerah Ranau petang tadi.

Konvoi Kembara Merdeka dimulakan dengan mengunjungi Komuniti 1Malaysia Kampung Luanti, Kampung Lohan, Kampung Libang dan Kampung Paka Jaya dan berakhir pengembaraanya di Komuniti 1 Malaysia kawasan Kundasang.

Pelbagai acara telah diadakan sempena pengembaraan konvoi antaranya penyampaian titik sentuhan  kepada golongan memerlukan termasuklah anak-anak yatim, ibu tunggal serta warga emas yang memerlukan.

Selain daripada mendekati masyarat dengan program penyerahan bantuan, program turut diimarahkan lagi dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua-ketua masyarakat dan masyarakat setempat di semua laluan  konvoi berlangsung.

Majlis perlepasan Konvoi telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Ranau,  Tuan Haji Faimin Kamin  sebelum konvoi meneruskan perjalanan ke Daerah Tuaran

Dalam ucapan ringkasnya  beliau  menyeru kepada masyarakat berbilang kaum di Ranau agar sama-sama menghayati erti kemerdekaan yang sebenar disamping menolak sebarang tohmahan yang mengugat perpaduan dan kehormonian  sedia ada termasuklah anasir songsang yang ingin menukar Jalur Gemilang.

Tambahnya, dengan kesepaduan untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang samada di rumah kediaman mahupun gerai-gerai peniagaan sudah pasti semangat patriotism dan rasa cinta pada negera akan terus berkekalan malah akan menular kepada    genarasi akan datang.

Pada majlis berkenaan Haji Faimin turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada semua pengerusi-pengerusi komuniti mukim kawasan Ranau seterusnya mengagih-agihkan Jalur Gemilang kepada peniaga-peniaga gerai sekitar Kundasang.

Turut hadir, Encik Peter Tong Ah Pin selaku Ketua Konvoi Kembara Merdeka  serta Pengerusi Komuniti Mukin Kundasang, Encik Suatin Mayor.-/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment